
Sumbangan yang telah kita lakukan amat kecil jika dibandingkan dengan para sahabat yang telah membina Masjid Quba' ini. Masjid ini diiktiraf dalam Al-Qur'an sebagai Masjid yang dibina atas dasar TAQWA. Moga Kita semua mendapat naungan payung TAQWA ini dengan terbinanya Masjid Darul-Hekmah Bojongloa, InsyaALLLAH.
Assalamualaikum,
Alhamdulilah, Dana Masjid Terkumpul  sehingga hari ini 2/2/2012 ialah:-
RM79,232.30
InsyaALLAH, projek Masjid akan dimulakan secepat mungkin dengan harapan ianya boleh disiapkan  menjelang Ramadan.  Moga ALLAH mengizinkan rancangan ini berjalan baik  agar kita dapat manfaat, rahmat dan maghfirah yang berterusan di bulan Ramadan nanti.
InsyaALLAH, jika mendapat  sokongan tuan/puan/sdr/i  , saya akan diskus dengan teman-teman di Indonesia untuk merancang Fasa ke II  iaitu  pembinaan Tahfiz Anak Yatim.  
Terima kasih dengan sokongan.
"Ya ALLAH, Tuhan Yang Maha Agung, Pemilik Asmaul husna, Kau terimalah amalan sahabat-sahabatku ini, Kau gantikanlah wang mereka dengan limpahan rezeki yang besar,  Kau sucikanlah hati mereka, Kau lapangkanlah  urusan duniawi mereka, Kau selamatkanlah mereka dari tekanan barzakh nanti,  Kau permudahkanlah  perjalanan  mereka di Mahsyar  dan Kau terimalah mereka sebagai  penghuni  Firdaus."     AMin!
 
 
 
6 comments:
Assalam Dr,
Alhamdiulillah! Allahu Akbar.
Amin amin buat doa yg Dr panjatkan.
Semuga Allah permudahkan pembangunan masjid ini.
AJ
Dr,
Allah mendengar doa dan usaha kera Dr.
Assalam Dr,
Moga Dr dan Keluarga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang ALLAH. Amin
Alhamdulillah, Dana Masjid terus meningkat. Sama-samalah kita berdoa moga ALLAH memudahkan semua urusan pembenaan masjid hingga dapat dinikmati oleh masyarakat Bojongloa di bulan yang penuh berkat,Ramadan 1433. Insya ALLAH.
" Masjid Darul-Hekmah"
Insya ALLAH Dr, kami akan terus memberi sokongan bagi projek seterusnya.
Salam hormat
kamarjhan
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Aminn...
Post a Comment