Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, February 8, 2012

Umrah Mac 2012

Alhamdulilah dengan izin ALLAH, saya dapat meneruskan perkongsian di blog ini.

Sejak seminggu lepas, jadual kerja agak padat. Hujung minggu lepas, sibuk menguruskan jamaah umrah untuk Kursus Umrah teori. InsyaALLAh minggu ini akan ada follow-up Kursus Umrah – praktikal. InsyaALLAh hujung bulan Februari nanti, saya bercadang akan mengadakan kursus intensif Umrah di rumah saya. Ini bagi memantapkan kefahaman Umrah dan langkah-langkah A-Z Umrah yang jamaah perlu lalui khususnya kepada jamaah yang kali pertama ke Tanah Suci.

Alhamdulilah seramai 60 orang jamaah akan bersama saya dalam rombongan Umrah Cuti Sekolah pada 9-21 Mac 2012 nanti. Hampir setiap hari mereka berkomunikasi dengan saya dengan pelbagai soalan. Alhamdulilah! Mereka sangat positif dan excited untuk ke Tanah Suci. Jika mereka bersemangat untuk ke Tanah Suci, sudah tentu saya dan isteri juga bersemangat untuk membantu, InsyaALLAH.


Saya berharap, sikap positif ini akan menjadi budaya hidup paska Umrah, InsyaALLAH.


2 comments:

Anonymous said...

Assalam Dr,

Semuga Dr & keluarga sehat walafiat hendaknya.

Semuga mendapat umrah yang mabrur. Sampaikan assalamualaikum buat Nabi Mohammad saw serta keluarga dan sahabat sahabat baginda.

AJ

haji muda said...

Assalam AJ,
Lambat lagi saya akan pergi.. Dua-tiga hari sebelum saya berangkat, mohon email saya.