Followers- Jalinan Ukhuwah

Friday, February 17, 2012

Watikah Perlantikan International Advisor



Alhamdulilah, dengan kebesaran dan kasih sayang ALLAH, di pagi mulia hari Jumaat 17 Feb 2012, saya telah menerima watikah perlantikan rasmi sebagai Penasihat Antarabangsa Kooperasi Syariah Garut, Indonesia. Penyerahan rasmi telah dilakukan oleh Direktor Koperasi dengan disaksikan oleh Prof Dato' Muhamad Rasat- Presiden MMU.

Perlantikan ini adalah satu amanah besar buat saya di pentas antarabangsa, bagi membantu dan mencipta nilai bagi membangunkan ekonomi ummah- penduduk miskin@marhain. Ia menyuntik semangat besar buat saya secara peribadi dan hadiah buat kita semua warga KHM.

Saya berhasrat untuk mengabdikan jiwa dan kepakaran sebagai bekalan menemui Rabbul alamin-Tuhan sekelian alam. Ianya adalah satu permulaan bagi banyak lagi ruang pengorbanan yang KHM mampu lakukan secara kolektif.

"Ya ALLAH, berikanlah kami kekuatan dan bersabar atas jalan ini." Amin.




5 comments:

Anonymous said...

Assalam Dr,

Alhamdulillah! Tahniah Dr.

Semuga diberi taufiq dan hidayah serta dalam dirahmat dan di permudakan apa juga urusan. Amin ya Rabb.

Jazakaullah

AJ

Anonymous said...

Tahniah Dr .

hjSab2 said...

Alhamdulillah, TAHNIAH!
Semuanya adalah ketentuan dariNYA,
Namun ia suatu amanah untuk diuji...

salam, hjSab2

neena said...

Tahniah...semoga ALLAH senantiasa mengasihi Dr. sekeluarga dan memberikan kekuatan kepada Dr. untuk membantu semua umat ISLAM di dunia ini khususnya di MALAYSIA...amin...Jazakallah...atas kiriman buku BILA PINTU HATI TERBUKA...urusan seterusnya akan menyusul...insyaALLAH...Dr.merupakan salah seorang di antara insan yang terhebt....SUBHANALLAH...
ROSNINAH...

Anonymous said...

Assalam Dr,
Moga kasih ALLAH sentiasa bersama Dr dan keluarga. Amin.

TAHNIAH Dr. atas Nikmat yang ALLAH kurniakan pada Dr diatas semua usaha yang Dr laksanakan.

Moga ia akan menjadi satu tiket untuk Dr dan KHM untuk meneruskan hasrat untuk membantu/menolong umat Islam dimana saja mereka berada untuk mendekatkan diri pada ALLAH demi untuk mencari keredaanNYA.

Moga ALLAH permudahkan usaha dan kerjasama ini. Agar banyak lagi pembaca blog ini akan dapat menyertai KHM. Insya ALLAH

salam hormat
kamarjhan