Nota: Seronoknya solat Subuh di Masjidil Haram
Rasululah s.a.w
telah bersabda (Riwayat Abu
Hurairah),
“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya’ dan
solat Subuh.”
Tip HM HDS kali ini ialah tunaikanlah Solat Subuh. Dari lima waktu solat yang diwajibkan, solat
subuhlah yang paling mencabar. Tidur
adalah satu nikmat yang diberikan oleh ALLAH kepada kita. Akibat kelalaian, kita terlanggar solat Subuh
atau mungkin solat Subuh bersifat Subuh
gajah.
Dalam satu program, saya pernah bertanya mahasiswa/I siapa yang solat Subuh pagi itu? Jawapannya, tidak sampai 20% yang menunaikan solat Subuh. Dengan lain perkataan, hampir 80% gagal ujian ini. Mungkin inilah sebabnya, kualiti mahasiswa/I semakin
merosot. Bila generasi muda gagal
ujian Subuh, apa yang kita hendak harapkan Islam tertegak dan ekonomi ummah terbela?
Blog ini menekankan Hargailah Diri dengan Solat
Subuh. Kita akan gagal pada hari di mana
kita lupakan solat Subuh atas apa sahaja alasan. Hari tanpa Solat Subuh akan menjadikan kita hidup tanpa energi. Kita mungkin bangun dan berlagak pandai tetapi kita tidak akan peroleh hikmah dan
kebijaksanaan.
Bila kita hargai diri sendiri, nescaya ALLAH
turut menghargai diri kita yang amat mendambakan cinta ALLAH. Allah akan
kukuhkan diri kita dan perjuangan kita dengan keutamaan solat Subuh. Bagi
muslimah, ingatkan suami, anak lelaki atau saudara lelaki supaya bangun awal
dan tunaikan solat Subuh berjamaah di masjid.
Hakikatnya, Kita perlukan cahaya di dunia
apatah lagi cahaya ketika meniti titian sirat, di Padang Mahsyar. Maka doa ini boleh diamalkan,
“YA ALLAH, berikanlah cahaya pada hati, lisan,
telinga dan mata kami. Jadikanlah cahaya dari belakang, depan dan di bawah
kami. Ya ALLAH berikanlah kepada hambaMU
ini cahaya.”
Riwayat Abdullah bin Abbas- doa di atas dibaca
oleh Rasululah s.a.w sebelum keluar untuk solat Subuh.
2 comments:
Assalam Dr,
semuga dalam redha Allah dan sehat sejahtera.
Semuga Allah beri kita kekuatan dan terus istiqamah dalam beribadat dan beramal kepadaNYA.
Jazakaullah
AJ
Assalammualaikum Dr
Terima kasih Dr sudi respon di blog saya sukasukikakikayuh.blogspot.com...Jemput ke blog kedua saya dalam percubaan menjadi penuli iaitu sudutpemikiran.blogspot.com..
Saya telah membaca buku Dr Haji Muda suatu masa dahulu..Buku ini sangat berbaloi untuk dimiliki dan membuatkan saya bermotivasi untuk ke sana kelak..
Jazakallah...
Osman.Z
Post a Comment