Nota: Tiada sebab untuk tidak bahagia.....
Berapa kali kita sebut dalam diri bahawa "Aku sememangnya bahagia?"
Berapa kerap anda menghargai diri sendiri?
Bila soalan ini diajukan kepada rakan-rakan,
secara rambang mereka menjawab “Aku tak pernah terfikir hendak hargai diri
sendiri!” ,
“Alamak Wan, kau perangkap aku pagi ini..”
Mengapa jadi begitu?
Pada hemat saya, kita bukanlah langsung tidak
hargai diri sendiri tetapi kita samada
kurang atau tidak sedar bahawa kita sememangnya sudahpun menghargai diri
sendiri tanpa disedari. Kita jadi begini kerana kita lebih fokuskan dunia luar,
focus kepada orang lain bukan diri
sendiri. Bila tumpuan diberikan kepada orang lain dan dunia yang kita tidak mampu mengubahnya, maka kita lalai untuk menghargai diri sendiri.
Juga tanpa disedari, kita letakkan diri kita
ditahap rendah (rendah diri dan tahap rendah hidup adalah dua perkara
berbeza).
Contohnya, “Aku ni tak cerdik, sebab tu bos tak
suka aku…” atau
"Aku ni tak de ilmu, camne nak gi Haji."
Memandangkan
topic ‘hargai diri sendiri’ ini penting (pada hemat saya), maka
InsyaALLAH saya akan berkongsi tip-tip penting bagaimana untuk kita hargai diri
sendiri. Ianya akan ditulis dalam 13
siri (13 tips) supaya ianya mudah
difahami dan yang lebih utama dapat kita sama-sama amalkan, InsyaALLAH.
Moga penulisan dan perkongsian ini bermanfaat.
No comments:
Post a Comment