Alhamdulilah
setakat ini sudah 20 orang telah mendaftar dan membayar deposit program umrah
KHM Mac 2013. Maknanya, masih ada 20
lagi seat kosong untuk KHM. Moga ALLAH s.w.t.
mengizinkan hasrat kawan-kawan
kita ini untuk melakukan ibadah mulia
ini dan ALLAH permudahkan urusan rezeki
dan kehidupan mereka.
Kepada Peserta Umrah KHM Mac 2012, Kenangan indah Umrah tetap sentiasa diingatan. InsyaALLAH program susulan paska Umrah akan dibuat dalam bulan Novermber 2012 ini.
Foto: Jamaah Umrah KHM 2012 di Perkuburan Syuhada' Uhud
Foto: Program Outdoor KHM, Mekah
Di
dalam perkongsian ringkas saya di bumi Kemboja, saya menekankan bahawa haji dan umrah bukan sekadar pergi haji dan
umrah, bukan sekadar fizikal kita
bergerak malah seluruh anggota yang nyata mahupun tidak nyata terus berangkat
sama. Sememangnya, kita akan diuji ALLAH
dan Al-Qur’an menyentuh banyak kali persoalan ujian ALLAH kepada hambanya.,
tanda kasih ALLAH.
Saya
menerima banyak soalan mengenai umrah ini, lantas adalah wajar saya memberi sedikit penjelasan
di entri ini (soalan umum yang boleh memberi manfaat kepada semua).
Mengapa
Perlu Mendaftar sekarang sedangkan bulan Mac 2013 masih jauh?
Benar.
Mac 2013 masih jauh. Dalam pengalaman
saya membantu jamaah umrah, kelewatan mendaftar untuk program umrah akan
menyebabkan timbulnya kelemahan logistic. Perlu diingat bahawa agensi Umrah
adalah syarikat berasaskan keuntungan (profit organization). Mereka bukan organisasi berasaskan ‘social obligation’ seperti Kelab Haji Muda.
Pertama, Bila
jamaah lewat bertindak atau membuat keputusan, maka tempahan seat akan mereka
beri kepada orang lain yang bersedia
untuk membayar penuh. Untuk makluman,
tempahan untuk program umrah Mac 2013 hampir penuh di semua agensi umrah di
Malaysia. Lebih-lebih lagi jika program Umrah direct flight seperti menggunakan pesawat MAS dan Saudi Airlines. Maka agensi umrah tidak boleh menunggu jamaah
untuk membuat keputusan kerana ramai lagi yang mahu mengambil seat kita jika
kita lewat buat keputusan.
Titik
kedua, bila hasrat kita letakkan dari awal, keseronokkan, ketenangan dan keghairahan
untuk ke Tanah Suci akan hadir dengan sendiri (sila rujuk buku Rindu
Baitullah). Maka wujud burning desire amal.
Titik
ketiga, bila urusan logistic tempahan telah kita selesaikan awal, maka KHM
merancang untuk memberi bantuan, khidmat nasihat serta kursus umrah bagi semua
peserta. Maka persediaan awal selama 3-4 bulan akan lebih berkesan dari ‘last minute preparation’. Kursus terakhir akan dibuat di rumah saya
pada bulan Mac 2013 nanti, InsyaALLAH.
Mengapa 20 Mac-3 April 2013?
Hakikatnya,
ALLAH yang memberi tarikh ini untuk KHM. Asalnya, saya merancang untuk Grup KHM
berangkat pada 22 Mac 2013, tetapi semua seat direct flight pada 21,22,23 dan
24 Mac 2013 sudah penuh. Seat pada 20 Mac hanya tinggal 51 sahaja (ketika
tempahan dibuat), lantas CEO agensi umrah ini terus memberi KHM 44 seat untuk
penerbangan direct flight Saudi Airlines.
Ada tiga lagi faedah yang ALLAH
berikan untuk jamaah KHM:-
1) Tempoh
program ialah 15 Hari dan 13 malam. Maksudnya, kita akan lebih lama berada di
Tanah Suci. ALLAH beri kita peluang yang
lebih lama untuk membersihkan hati dan iman kita.
2) InsyaALLAH
kita akan berpeluang solat jumaat 2 kali, iaitu sekali di Madinah dan sekali
lagi di Mekah.
3) Jika
anda follower blog ini, tentu anda perasan bahawa saya kerap memilih Cuti
Sekolah bulan Mac untuk ke Tanah Suci. Umrah bulan Mac sememangnya sesuai jika anda merancang untuk membawa anak-anak/ adik-adik
yang bakal menduduki PMR dan SPM kerana program kelas intensif PMR dan SPM
hanya bermula ketika cuti sekolah bulan Mei setiap tahun. Justeru, jika sokongan logistic agensi umrah
baik dan suasana hotel mengizinkan, KHM akan mengendalikan program motivasi
anak muda di Tanah Suci disamping program outdoor KHM. Kami mahu anak-anak dan adik-adik kami
menjadi pelajar cemerlang, memahami kebergantungan hanya kepada ALLAH dan hanya ALLAH tempat meminta. (Tiada kos
tambahan untuk program motivasi ini. jika hendak beri juga, bolehlah masukkan
sumbangan ke Dana Annuiti AKhirat KHM).
Mengapa KHM?
Tidak
semesti menunaikan umrah dengan KHM. Lagipun, KHM tidak mempunyai syarikat agensi umrah/pelancongan.
We
just want to make others happy as we are happy to perform Umrah.
KHM
mahu kemanisan hidup dinikmati secara
bersama.
InsyaALLAH
kita akan bergerak secara berjamaah. Pengalaman saya, jamaah umrah tidak boleh
mengharapkan agensi umrah untuk menjaga kebajikan mereka. Ada dikalangan
agensi umrah yang “hilang” bila mereka
telah menguruskan check-in hotel. Mereka akan bertemu semula bila hendak
balik. InsyaALLAH, grup umrah KHM akan
diuruskan sebaik mungkin, bergerak secara berjamaah dan lebih banyak diskusi
dibuat ketika di Tanah Suci. Nilai Islam
dan nilai KHM akan dibina dan diuruskan secara bersama.
Ada Lagi nak kongsi?
Ya.
InsyaALLAH saya akan war-warkan program pengisian tambahan bila kuota/seat KHM sudah penuh nanti.
Sila war-warkan kepada kawan-kawan atau saudara-mara jika berminat
untuk bersama program Umrah KHM 2013. Hanya ada 20 seat lagi.
Moga penjelasan ini bermanfaat untuk kita bersama.
1 comment:
Setuju dgn saranan Dr.
Kepada sesiapa yg berhasrat utk menunaikan umrah Mac 2013 nanti eloklah dibuat bayaran segera supaya syarikat/agen boleh confirm tiket utk kita. Pengalaman saya mengikuti umrah Mac 2012 yg terpaksa transit 2-3 kali tukar fligh (pergi dan balik) agak memeritkan walaupun challenging sebenarnya.
Post a Comment