Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, October 3, 2012

Makluman: Update Program KHM #4 Korban Kemboja

Alhamdulilah, sukacita dimaklumkan bahawa program KHM #4/2012 setakat ini berjalan lancar.  Jumlah terakhir lembu korban ialah 17 ekor.  Kesemua jumlah untuk program ini bernilai RM27,370 di mana bayaran sebanyak RM24,340 sudah dimajukan kepada  Pengerusi Institut Tarbiah di Phnom Penh. Bayaran akhir sebanyak RM3,220 akan diserahkan sedikit masa lagi.

Kepada semua peserta korban, saya berdoa moga amalan baik ini diterima oleh ALLAH dan Tahniah kerana melakukan ibadah ini.  Kepada ahli Kelab Haji Muda dan pengunjung blog KHM, terima kasih dengan sokongan.

InsyaALLAH jika ALLAH memberi peluang dan kesihatan terbaik, saya akan hadir sendiri ke Kemboja  untuk  memantau amanah penyembelihan korban ini. InsyaALLAH saya turut berhasrat untuk  meninjau sendiri  'business opportunity akhirat' untuk kita sama-sama kumpul di dalam tabung Wadah Annuiti Akhirat.   Saya akan update perancangan saya dan KHM dalam meningkatkan usaha kita membina Wadah Annuiti Akhirat ini.

Terima kasih.

1 comment:

Anonymous said...

Assalam,

semuga dalam rahmat Allah.

semuga segala urusan di permudahkan Allah. amin