Followers- Jalinan Ukhuwah

Friday, January 25, 2013

Makluman KHM 01/2013

Assalamualaikum,  Moga anda semua berada dalam rahmat ALLAH.


Sukacita dimaklumkan bahawa KHM sudah melakukan proses penutupan dan pengauditan Akaun Dana Wakaf kemboja pada 12hb Januari 2013. Sebagaimana yang telah diwar-warkan dalam blog ini pada 27hb Disember 2012, jumlah dana terkumpul pada waktu tersebut ialah RM44,734. Alhamdulilah dalam tempoh dua minggu sehingga akaun di tutup dan di audit, Jumlah terakhir dana wakaf ialah RM46,024.

Dengan kesucian kalimah Subhanallah, Alhamdulilah & Allahu Akbar dan kepatuhan kepada kalimah astaghfirullah alazim, dana sebanyak RM46,024 sudah dihantar  terus ke Akaun Al-Ihsan kemboja dua hari lepas. 

Kami telah memegang amanah tuan/puan dengan baik. Dan jika ada kesilapan serta kelemahan, kami mohon maaf.  

Moga ALLAh menerima amalan tuan/puan dan usaha ikhlas kami serta memasukkan kita ke dalam kelompok insan-insan yang ikhlas dan sentiasa merendah diri. 

Terima kasih.

No comments: