ISU
NAMA ALLAH #2
Beberapa
hari ini saya dikunjungi oleh rakan-rakan bukan Malaysia di pejabat. Mereka dari Jordan, Saudi, Yemen DAN Indonesia.
Kunjungan mereka hanya sekadar ingin
berdiskusi isu nama ALLAH.
Terus
terang mereka katakan kepada saya
“Malay
Muslim is stupid!”
“Why
you need to surrender all your rights after giving and sacrifice your life and
your land just for a group of people who
never say thank you to you?”
“Even
your Highest majesty The Sultan of Selangor
was hit left and right and it
seems nothing happen…”
“I
do not know what is happening in this peaceful nation.”
“Why
can’t Malaysia ulama’ unite and together say NO to stupid demand
which will make racial/religious tension in Malaysia?” ULAMA must wake-up!
Hakikatnya, diskusi kami sangat serius.
Nama
Allah tetap merupakan sesuatu yang fundamental
bagi umat Islam. Dalam
Surah Al-Maidah sahaja terdapat sekurang-kurangnya tiga ayat yang menjelaskan
perbezaan Tuhan “Allah” dan Tuhan atau God / lord menurut yang diiktikadkan oleh penganut
Kristian.
Terjemahannya seperti berikut:-
“Demi sesungguhnya kafirlah orang-orang yang berkata: bahawasanya Allah ialah Al-Masih ibn Maryam. Katakanlah (wahai Muhammad) “Dakwaan itu tidak benar, kerana siapakah yang dapat menahan seksa dari Allah sedikit jua pun kalau Dia mahu membinasakan Al-Masih ibn Maryam berserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya..” Al-Maidah: 17
“Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: bahawasanya Allah
ialah Al-Masih ibn Maryam, pada hal Al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani
Israel, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang
mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, meka sesungguhnya Allah
haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka, dan tiadalah
seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim” Al-Maidah: 72
“Tiadalah Al-Masih ibn Maryam itu melainkan seorang Rasul yang telah berlalu
sebelumnya beberapa orang Rasul. dan ibunya seorang perempuan yang amat benar,
mereka berdua adalah memakan makanan (seperti kamu juga). Lihatlah bagaimana
Kami jelaskan kepada mereka (Ahli Kitab itu) keterangan-keterangan (yang tegas
yang menunjukkan kesesatan mereka) kemudian lihatlah bagaimana mereka
dipalingkan (oleh hawanafsunya daripada menerima kebenaran yang jelas nyata
itu). Al-Maidah: 75
Akhir
bicara, mereka berpesan kepada saya,
“Please
tell your leader and ulama’, please
maintain peace and harmony. Don’t
let the enemies to destroy Malaysia with
unnecessary demand.”
Saya, KHM dan kita tidak mampu berbuat apa-apa. Rayuan
saya,
“Wahai
para ulama dan pemimpin Islam di Malaysia,
bersatulah agar kamu dihormati. janganlah terus membuatkan masyarakat
Islam berpecah dan bercelaru. Kalau
bukan kamu sebagai waris nabi yang berusaha kearah kesatuan, siapa lagi yang
hendak diharapkan.”
No comments:
Post a Comment