Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, January 10, 2013

Isu Kalimah ALLAH #1





Isu kalimah ALLAH bukanlah isu baru.  Saya fikir ianya telah selesai tapi timbul kembali.  Kita umat Islam Malaysia sangat lemah dewasa ini. Umat berpecah atas kepentingan masing-masing. Kita berterusan sentiasa diserang oleh rakan-rakan kita beragama kristian dan bukan Islam.

Apa masalahnya?

Adakah sembahyang kamu di gereja tidak sah tanpa sebut ALLAH?

Bukankah Kristian Malaysia Cuma 8% (minority)?  Mengapa tidak dijaga  hati dan perasaan kami  majority  umat Islam yang menjadi  tunjang  kemerdekaan dan kemakmuran Malaysia?

Bukankah agama kristian mengalakkan keamanan dan saling hormat? Dimana hilangnya keamanan itu?  Tidak bolehkah kita hidup dengan aman?

Sekarang ini DYMM Sultan Selangor turut diserang. Bukan  orang Cina dan India sahaja menyerang, Melayupun turut sama serang DYMM Sultan.  Saya pernah berkongsi  dalam blog ini beberapa tahun lalu bila saya diserang oleh ‘orang Islam’ selepas menyampaikan Khutbah Jumaat semata-mata saya doakan  DYMM Sultan  agar sentiasa sihat, selamat dan ditingkatkan iman.  Pening saya apa masalahnya sehingga doa untuk DYMM Sultan dianggap salah oleh orang Islam sendiri dan menghukum DYMM menjadi keseronokkan.

Bukankah ketika  hendak merdeka dahulu semua masyarakat Cina dan India dll sudah bersetuju dengan Islam sebagai agama rasmi yang tercatat dalam perlembagaan?

Bukankah orang Melayu khususnya orang Islam sudah banyak bertoleransi dan mencipta kasih sayang serta menghormati agama dan bangsa lain?

Mengapa berterusan menyakiti hati Melayu (khususnya orang Islam) dengan tuntutan untuk disamaratakan, di berikan hak yang sama rata tanpa mengira sebarang latar belakang sosial, ekonomi dan agama?

Mengapa berterusan meminta  hak dalam menghayati konsep ketuhanan dalam agama ini?

Mengapa perlu cabar dan manipulasikan  kebaikan  Islam Melayu Malaysia?

Bukankah membesarkan perkara ini  akan merosakkan nilai toleransi Malaysia?

Yang nyata, Perpecahan sangat merugikan ummah….

1 comment:

Ummi said...

Bukan islam naik tocang kerana diberi muka oleh kawan-kawan mereka yang bertaraf ulamak. Sejak so-called ulamak ini berkawan baik dgn parti bukan islam itu, dh berapa ramai yang dapat ulamak ini islamkan? Atau ulamak dgn rela hati tunduk patuh kepada setiap arahan kwn bukan islam mereka?