Followers- Jalinan Ukhuwah

Saturday, January 19, 2013

Muhasabah: Buku Bila Pintu Hati Terbuka




Buku Bila Pintu Hati Terbuka (BPHT) kini sudah hampir 3 tahun berada di pasaran. Walaupun langkahnya agak perlahan dari sudut jualan, saya masih menerima email atau komen buku BPHT ini. 

Saya sangat berharap buku BPHT ini tidak mati begitu sahaja kerana ianya ditulis dari hati untuk empunya  hati yang hakikatnya hati ini perlu dibentuk dan dibajai. Ada 2 sebab utama buku BPHT (dan Haji Muda & Rindu Baitullah)  ini perlu saya teruskan promosinya. 

Pertama, kandungannya sangat penting bagi insan yang mahu mencapai satu matlamat yang tidak semua insan bersedia melakukannya. Ianya adalah satu CHALLENGE! Dikupas melalui pengalaman berharga atas anugerah pemilik nama ALLAH. 

Kedua, semua buku-buku saya sebahagian hasil jualan/royalti akan saya sumbangkan kepada Dana Annuiti Akhirat yang sedang KHM usahakan. Jika buku-buku saya terhenti jualan, maka tersangat lemahnya saya dalam usaha menambah royalti annuiti akhirat dan  menjejaskan usaha membantu golongan dhuaafa. 

Kepada penulis nota dibawah, mohon berhubung dengan saya di drridzwanbakar@gmail.com  atau facebook/drridzwan  

Berikut adalah beberapa nukilan berkait buku BPHT.

NOTA 1 (Dari Mama)

Salam Dr Ridz dan semua pembaca,
saya menemui buku yang sangat bernilai ini pada ketika saya di tahun 2 pengajian PhD ini. Ternyata buku ini memberi saya suatu nafas dan sinar baru dalam perjalanan penuh cabaran ini. Jujur saya katakan bahawa buku ini mempunyai roh yang sangat suci murni menyebabkan saya mengalirkan air mata dan sebak membacanya. Terima kasih yang tidak terhingga buat dr Ridz yang telah mengabadikan perjalanan PhD beliau buat tatapan generasi akan datang.   


Nota 2: (Dari Tinta Biru)

Alhamdulillah... buku Dr. yg telah saya perolehi 25 Sept telah selesai dibaca kemarin 5 Okt. Satu penceritaan kronologi perjalanan hamba dhoif yang agak santai & sempoi, tapi padat dgn ilmu yg bermanfaat, berilmiah & penuh dgn variasi minda positif..  Terima kasih kerana menyumbangkan idea & berkongsi pengalaman dalam usaha menggali ilmu PhD. Syukran Jaziilan ;-)

Nota 3: (Dari  Zuraini)


Salam Dr dan semua muslimin & muslimat.

Ketika ini saya berehat seketika..dan akan menyambung mukasurat yg ke 156 buku BILA PINTU HATI TERBUKA. Terlintas utk mencari blog Dr di internet saat ini. Saya menjumpai buku Dr ketika berlegar2 SACC mall bulan Nov lepas sempena promosi cuti sekolah dari MPH. Saya tidak sangka buku seperti ini telah ditulis. Belum sampai ke mukasurat 9 lagi airmata saya telah gugur membasahi pipi... dan tidak disitu sahaja. Terima kasih kerana telah menulis buku seperti ini..sangat berinspirasi. Sesungguhnya ujian perjalanan PhD ini amat hebat terutama ujian emosi...dan kini saya sedang melaluinya. Doakan kekuatan perjalanan saya dan mereka2 yang bergelar calon PhD. Semoga kami juga berjaya mendapat PhD. Amin.

Kepada pembaca buku-buku motivasi Islami tulisan saya, terima kasih dengan komen dan sokongan. Buku-buku yang saya tulis bukan untuk populariti tetapi lahir dengan semangat misi yang padu. Hasilnya bukan teori tetapi  mengajak kita sama-sama terjun dalam masyarakat.

Terima Kasih moga buku-buku saya dapat membantu kerja-kerja amal yang sedang KHM gerakkan.


No comments: