Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, January 30, 2013

Makluman KHM No 3/2013: Kompleks Pendidikan Islam Malaysia

Assalamualaikum sahabat yang dikasihi,


Saya secara peribadi dan KHM khasnya, berhasrat membangunkan Kompleks Pendidikan Islam di Malaysia. Misi dan objektif telah saya tuliskan secara umum di blog ini kira-kira 2 tahun lalu. Perkara yang sama juga telah saya jelaskan di dalam pertemuan & diskusi bersama exco, ahli dan jamaah di sebuah masjid bulan November 2012. 

Kerja-kerja awal telah dibuat bermula  Julai 2012. Banyak cabaran yang telah saya tempohi.  Justeru, dengan rendah hati dan keyakinan tinggi kepada ALLAH Ar Rahman Ar Rahim, saya ingin memanjangkan pelawaan kepada tuan-puan jika dapat membantu usaha kecil ini (Nota: usaha kecil, wawasan besar).

Tindakan:
1.  Sumbangan Tanah Wakaf
Kami mengharapkan jika ada sesiapa yang mahu mewakafkan tanah supaya dapat memaklumkan kami.

2. Rekabentuk & Project Costing
InsyaALLAH, bila tanah wakaf sudah tersedia, tindakan lain akan dimaklumkan di blog ini dan facebook/kelabhajimuda   facebook/drridzwan  

3.  Dana
Konsep:  Kita infaq, kita sama-sama bangunkan, Kita Hidupkan Misi (KHM).
Akaun:  KHM Dana Annuiti Akhirat  1418001-0013422  Bank Islam

Sukarelawan:
Beberapa sahabat KHM sudah menawarkan diri untuk menjadi  Pengurus Projek. 

Moga ALLAH mengizinkan usaha ini menjadi realiti.

Terima Kasih.


Dr Ridzwan Bakar
Pengasas KHM
b/p  Pengurusan- Exco KHM

Email: 
kelabhajimuda@gmail.com
drridzwanbakar@gmail.com
SMS: 013-2090000

2 comments:

Anonymous said...

Assalam,
Semuga dalam rahmat Allah.
Semuga Allah permudahkan pengurusan hal hal berkaitan dengan dana ini.

AJ

Anonymous said...

Assalamualaikum
Moga para pendukung projek ini sentiasa dlm rahmat dan kasih sayang Allah, dikurniakan kekuatan dalam mengurusnya inshaAllah.