Followers- Jalinan Ukhuwah

Friday, January 11, 2013

Isu Kalimah ALLAh #3: Kesan Nama ALLAh di bible/gereja

Foto:  Nama ALLAH di gereja Indonesia


Ketika saya membawa anak lelaki saya ke Pusat Bandar Bandung, kami perhatikan terdapat banyak gereja. Yang memeranjatkan ialah ada satu gereja menggunakan nama ALLAH                       berdiri megah di Kota Bandung. Perkataan ALLAH bebas digunakan di Negara jiran kita itu. Kesannya  agama kristian Berjaya berkembang dengan jayanya. Difahamkan, mereka menggunakan strategi licik dengan memberi makan anak-anak sekolah, menjalankan upacara sembahyang pada hari jumaat dll. 

Semalam saya menerima panggilan telefon dari teman-teman KHM Indonesia. Pesan ringkas mereka,

“Bapak, bilang sama pemimpin dan ulama’ Malaysia usah buat kesilapan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam bible versi Melayu kerana kita bisa dikutuk oleh generasi kemudian.”

“Seinci ruang diberi, sehasta mereka bisa demand lagi.”

Teman-teman KHM Indonesia memandang serius isu yang sedang melanda umat Islam Malaysia.  Soalan terakhir kepada saya, “Bapak Dr, adakah Ulama’  Malaysia masih dialun mimpi?  Kapan bisa bangun dari tidur?”

Ya, Alhamdulilah Masjid  desa Bojongloa mempunyai cerita tersendiri. Bila agama Kristian mula cuba meracuni masyarakat muslim di desa tersebut,  masyarakat bekerja keras membina benteng dan menghalau agen kristian. Tetapi yang nyata, muslim desa tidak mempunyai  masjid untuk tujuan  peningkatan kefahaman agama dan anak muda meminggirkan agama.  InsyaALLAH, bantuan anda semua  telah dapat membantu terbinanya masjid  memperkukuhkan  aqidah ummah. 

Baca Statistik berikut (Petikan laporan Republika Online Minggu, 03 Juni 2012)

REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA – Jumlah pertumbuhan masjid di Indonesia rendah. Demikian yang terlihat dari data statistik pertumbuhan masjid di Indonesia yang dimiliki Kementrian Agama (Kemenag) Republik Indonesia (RI).
Kepala Pusat Kerukunan Beragama Kemenag RI, Abdul Fatah, menyatakan berdasarkan data tahun 2010, pada tahun 1997 hingga 2004 jumlah gereja Katolik bertambah 153 persen dari 4.934 menjadi 12.473, gereja Protestan 131 persen dari 18.977 menjadi 43.909, jumlah vihara bertambah 368 persen dari 1.523 menjadi  7.129, jumlah pura Hindu naik 475,25 persen dari  4.247 menjadi 24.431, sedangkan masjid hanya bertambah 64 persen dari  392.044 menjadi 643.843.
Abdul Fatah juga menyampaikan jumlah penduduk dan rumah ibadah di Indonesia. “Jumlah umat Islam 207.176.162 sedangkan jumlah masjid 239.497, jumlah umat Kristen 16.528.513 dengan jumlah gereja Kristen 60.170, jumlah umat Katolik 6.907.873 dengan jumlah gereja Katolik 11.021, jumlah umat budha 1.703.254 dengan jumlah vihara 2.354, jumlah umat Hindu 4.012.116 dengan jumlah pura 24.837, dan jumlah umat konghucu 117.091 dengan jumlah kelenteng 552,” kata Abdul dalam pesan singkatnya kepada Republika Ahad (3/6).


Di Indonesia selepas nama ALLAH, mereka demand universiti kristian, TV kristian dll.
Bila ruang di buka di Tanah Melayu ini,  maka fikirlah sendiri kesannya.....

Generasi akan datang akan terus mengutuk kita atas kelalaian, kebodohan dan keputusan yang kita buat hari ini.   ALLAHU AKBAR!

3 comments:

Ummi Imtiyaz said...

Assalam Dr,

Sungguh sedih dengan keadaan ini...tapi iman yang lemah ini hanya mampu membangkang dari hati...kita keliru dan diputarbelitkan...fitnah akhir zaman yang semakin jelas...Ampuni kami Ya Allah...Mahasuci Engkau daripada disifatkan dengan sesuatu yang tidak layak bagiMU...sucikan hati kami, sucikan pemikiran kami, sucikan jasmani kami dan sucikan pemikiran kami daripada kekotoran yang merugikan kami di akhirat...

JazakAllah Dr...

harleem dayam said...

As-Salam Tn Dr.
sewaktu mastautin di England (pertengahan 2002), saya hadiri majlis ilmu diadakan sebuah organisasi pelajar. Penceramah utama ialah wakil NGO terkenal di tanahair. Dia beritau tentang cadangan nak masukkan 'buddha' dan 'kristian' sebagai subjek di sekolah2 kebangsaan. kini, tak tahu apa jadi dengan cadangan itu. Tapi itulah realiti. orang kita sanggup kompromi kerana nak tunjuk tolerasi tinggi kepada penganut agama2 lain. Bagus bangat Tn Dr terus tulis tentang hal seperti 'isu kalimah Allah' ini. jangan berhenti. teruskan. ini suatu jihad!

Ummi said...

As-Salam Dr,

Terlalu sedih rasanya apabila pemimpin yang yang diangkat bertaraf 'ulamak'menegnepikan soal masa depan penganut islam di Malaysia hanya semata-mata kerana kepentingan politik. Adakah mereka akan pasti anak cucu darah daging mereka sendiri tidak akan terpesong akidah?