Isu kalimah ALLAH bukanlah isu baru. Saya fikir ianya telah selesai tapi timbul
kembali. Kita umat Islam Malaysia sangat
lemah dewasa ini. Umat berpecah atas kepentingan masing-masing. Kita berterusan
sentiasa diserang oleh rakan-rakan kita beragama kristian dan bukan Islam.
Apa masalahnya?
Adakah sembahyang kamu di gereja tidak sah tanpa sebut ALLAH?
Bukankah Kristian Malaysia Cuma 8% (minority)? Mengapa tidak dijaga hati dan perasaan kami majority
umat Islam yang menjadi tunjang kemerdekaan dan kemakmuran Malaysia?
Bukankah agama kristian mengalakkan keamanan dan saling hormat?
Dimana hilangnya keamanan itu? Tidak
bolehkah kita hidup dengan aman?
Sekarang ini DYMM Sultan Selangor turut diserang. Bukan orang Cina dan India sahaja menyerang,
Melayupun turut sama serang DYMM Sultan.
Saya pernah berkongsi dalam blog
ini beberapa tahun lalu bila saya diserang oleh ‘orang Islam’ selepas
menyampaikan Khutbah Jumaat semata-mata saya doakan DYMM Sultan agar sentiasa sihat, selamat dan ditingkatkan
iman. Pening saya apa masalahnya
sehingga doa untuk DYMM Sultan dianggap salah oleh orang Islam sendiri dan
menghukum DYMM menjadi keseronokkan.
Bukankah ketika hendak
merdeka dahulu semua masyarakat Cina dan India dll sudah bersetuju dengan Islam
sebagai agama rasmi yang tercatat dalam perlembagaan?
Bukankah orang Melayu khususnya orang Islam sudah banyak bertoleransi
dan mencipta kasih sayang serta menghormati agama dan bangsa lain?
Mengapa berterusan menyakiti hati Melayu (khususnya orang
Islam) dengan tuntutan untuk disamaratakan, di berikan hak yang sama rata tanpa
mengira sebarang latar belakang sosial, ekonomi dan agama?
Mengapa berterusan meminta hak dalam menghayati konsep ketuhanan dalam agama
ini?
Mengapa perlu cabar dan manipulasikan kebaikan
Islam Melayu Malaysia?
Bukankah membesarkan perkara ini akan merosakkan nilai toleransi Malaysia?
Yang nyata, Perpecahan sangat merugikan ummah….
1 comment:
Bukan islam naik tocang kerana diberi muka oleh kawan-kawan mereka yang bertaraf ulamak. Sejak so-called ulamak ini berkawan baik dgn parti bukan islam itu, dh berapa ramai yang dapat ulamak ini islamkan? Atau ulamak dgn rela hati tunduk patuh kepada setiap arahan kwn bukan islam mereka?
Post a Comment