Foto: Jamaah Umrah KHM Mac 2013. Lokasi: Perkuburan Syuhada' Uhud.
Assalamualaikum semua sahabat-sahabat KHM
yang dikasihi,
Dengan
rahmat dan kasih sayang ALLAH kepada hambanya yang sangat kerdil disisiNYA, dan
dengan kalimah Bismillahirrahman nirrahim, sukacita saya maklumkan bahawa Exco
KHM telah bersetuju untuk mengerakkan program berikut. Program ini terbuka kepada semua samada anda
ahli berdaftar KHM ataupun bukan ahli. Yang penting, KHM komited untuk menyediakan platform
amal
kebajikan dibawah KHM Dana
Annuiti Akhirat.
Sumbangan ke
Dana Amal, sila gunakan akaun berikut:-
Nama Akaun: KHM Dana
Annuiti Akhirat
Bank: Bank Islam
No Akaun: 1418001-0013422
Untuk bayaran program
Umrah, wisata dan KHM Biznetwork, sila gunakan akaun lain yang akan dimaklumkan
terus kepada peserta.
Perancangan adalah seperti berikut:-
1. UMRAH
RAMADAN
Tarikh: 12 -23 Julai 2013 (Pertengahan Ramadan) 12H 10M
PESAWAT: SAUDI AIRLINES
HARGA: RM6,690 (Quad)
Jumlah Jamaah yang sudah daftar: 10 orang
2. IFTAR
RAMADAN ON THE STREET (TAJAAN BERBUKA
PUASA GOLONGAN DHUA’FA)
a) Mekah
Al-Mukarramah (Dengan Kerjasama Tn Hj
Mohd Arshad- Mekah).
Kos sehari
untuk 100pax = SR1,200
SEbulan =
SR36,000 bersamaan RM32,000
b) Indonesia
Kos sebulan
satu masjid= RM8,000
Sasaran 2
Masjid = RM16,000
JUMLAH KESELURUHAN DANA
DIPERLUKAN = RM48,000
3. WISATA ROHANI BEIJING (Bercuti sambil beramal)
Tarikh: 30 Nov 2013- 6 Dis
2013
PESAWAT: MALAYSIA AIRLINES
HARGA: RM2,490 (Kos all inclusive Visa, tiket MAS, hotel,
makan-minum, transport lawatan).
Jumlah Jamaah yang sudah daftar: 35 orang
(masih ada 10 kekosongan)
4. WISATA
ROHANI BANDUNG-JAKARTA (Bercuti sambil beramal)
Terbuka.
Jika anda
berhasrat untuk menyertai program ini, mohon maklumkan kami in advance.
Untuk menjadikan program ini berkesan, minimum peserta ialah 20 orang.
Kos: RM1,300 (Bandung) dan
RM1,550 (Bandung-Jakarta) 4H 3M (All inclusive tiket Air Asia, Hotel,
makan-minum, transport lawatan dan tiket masuk wisata terpilih). Tidak
termasuk kos lebihan bagasi, lewat pengesahan tiket AirAsia, airport tax
Bandung dan personal expenses).
5. PROGRAM KHM HAPPY
MASUK KAMPUNG
Akan dimaklumkan selepas PRU13.
6. BINA PASENTREN TAHFIZ (INDONESIA) DAN SEKOLAH DHUA’FA (MALAYSIA)
Status Pasentren Tahfiz - Menunggu pelan bangunan dan costing projek
Status Sekolah Dhua’fa-
Menunggu pengesahan tanah wakaf.
7. PROGRAM
PASKA UMRAH (Pengisian ilmu dan
kerohanian)
Akan dimaklumkan.
8. PROGRAM
MENAJA ANAK-ANAK PALESTIN GAZA (Dengan
kerjasama Aqsa As-Sharif).
KHM telah bersetuju untuk
mengeluarkan dana yang sedia ada
bagi menaja 10 anak-anak Palestin
Gaza dalam program melahirkan lebih ramai hafiz al-Qur’an.
Kos dijangkakan
melebihi RM5,500.
InsyaALLAh
KHM akan terus istiqamah dengan program pembinaan diri, membantu
ekonomi ummah/dhuafa dan mengerakkan
peluang pendidikan untuk golongan
dhuafa, fakir miskin dan anak yatim.
“Ya ALLAH,
kasihanilah kami. Lindungilah kami dari
sifat riak dan takabbur. Jadikanlah kami
orang-orang yang benar-benar ikhlas,
ketemukanlah kami dengan orang yang ikhlas dan himpunkanlah kami bersama-sama
jujungan mulia Muhammad s.a.w, para sahabat beserta panji-panji insan-insan
yang ikhlas.” AMin.
1 comment:
I'll right away grab your rss as I can not in finding your email subscription hyperlink or e-newsletter service. Do you have any? Kindly let me recognize in order that I may just subscribe. Thanks.
Feel free to surf to my homepage; Cheap Louis Vuitton Bags
Post a Comment