Followers- Jalinan Ukhuwah

Sunday, May 26, 2013

Tausiyah untuk muslimah: Persiapan Ramadan


Sudah sedia untuk menjadi tetamu istimewa Ramadan?

Ramadan akan muncul beberapa minggu lagi.  Cuaca panas yang dilalui sekarang ini mengingatkan kita akan Ramadan, Mekah, Madinah dan pengorbanan yang seharusnya menjadi habit kita.  Di dalam entri terdahulu, saya mengajak diri saya, keluarga saya, rakan, jiran, follower dan pembaca blog ini untuk kita melaburkan sedikit wang/rezeki untuk menjayakan program IFTAR RAMADAN  ON THE STREET DI MEKAH dan INDONESIA.  Kami (Kelab Haji Muda) menyediakan ruang untuk anda meningkatkan uncang amal apatah lagi  dengan memberi makan fakir miskin di bulan Ramadan dan ditempat yang mulia.

Entri ini pula mengajak tuan/puan ke satu lagi tahap untuk kita membentuk diri supaya hati kita dapat dijinakkan.

Wajibkah membayar zakat emas yang dipakai oleh wanita sebagai perhiasan yang tidak diperjual belikan?

Mengapa entri ini ditulis?

Bersandarkan pengalaman dan pemerhatian lebih 20 tahun, terdapat  sedikit kelalaian kita mengenai perkara ini. Kerana sayang isteri, si suami menghadiahkan barang kemas/emas. Kerana sayangkan ibu, si anak berkorban membelikan barang kemas untuk emak.  Alhamdulilah! Satu nikmat hidup yang dihargai oleh para wanita.  Sikap suami dan anak sebegini seharusnya dipuji.

Dalam penelitian saya, ramai antara kita mula “berkira-kira ZAKAT” pada akhir setiap tahun. Sebab utama dibuat pada bulan Disember setiap tahun hanya semata-mata untuk memastikan bayaran zakat boleh dibuat tuntutan rebat cukai pendapatan.

Saya/KHM mencadangkan:
1.  Buatlah pengiraan zakat dalam bulan Syaaban, dan keluarkanlah zakat dalam bulan Ramadan. Perkara ini perlukan perancangan supaya ‘haul’ harta kita jatuh dalam bulan Ramadan. ALLAH lebih tahu niat kita.

2.  Kepada para muslimah, usah lalai diulit emas di dada, dilengan dan di jari. Perhalusi fatwa di bawah dan jika sudah cukup nisab, buatlah kiraan untuk membayar Zakat Perhiasan.

Hakikatnya, beratnya tugas ayah dan suami di medan mahsyar nanti jika kita lalai atau lupa membayar zakat perhiasan yang telah dihadiahkan kepada kita. Ayah dan suami bekerja keras di dunia untuk membahagiakan kita maka usahlah bebankan mereka ketika dihisab di Akhirat nanti. Banyak perkara akan menjadi beban ayah dan suami di medan mahsyar. Dosa isteri dan anak turut diperhitungkan. Isteri dan anak tidak solat, membuka aurat dll akan menjadikan ayah dan suami anda terbeban biarpun mungkin ayah dan suami anda seorang yang tidak tinggal solat dan seorang yang baik hati.

Bacalah petikan FATWA di bawah untuk perhatian kita bersama.
  
ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM
(STATE OF SELANGOR) ENACTMENT 2003  (GAZETTED 23 JUNE 2005)

FATWA UNDER SECTION 47
PURSUANT to section 47 of the Administration of the Religion of Islam (State of Selangor) Enactment 2003 [En. 1/2003], the Fatwa Committee for the State of Selangor, on the direction of His Royal Highness the Sultan prepare the Fatwa as set out in the Schedule and is published pursuant to subsection 48(6) of the Enactment.

JADUAL/SCHEDULE
KADAR ‘URUF EMAS PERHIASAN DI NEGERI SELANGOR

Kadar ‘uruf emas perhiasan di Negeri Selangor adalah pada timbangan 800 grm. Mana-mana timbangan yang melebihi kadar ‘uruf emas perhiasan adalah diwajibkan zakat perhiasan sepenuhnya, tanpa mengecualikan nilai yang dibawah ‘adat atau ‘uruf.


Tarikh Keputusan MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA
 Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/   27 Apr, 2010   Keputusan:  
1.      Menetapkan bahawa kadar ‘uruf pemakaian emas perhiasan oleh wanita Islam di negeri Melaka ialah sebanyak 200 gram; 
2.      Kadar pengiraan zakat emas perhiasan bagi negeri Melaka ialah 2.5 peratus daripada nilai emas yang melebihi kadar ‘uruf pemakaian emas yang ditetapkan seperti formula berikut :  2.5% x (nilai emas – kadar ‘uruf) = zakat emas 
3.      Meminda keputusan fatwa terdahulu dengan keputusan ini dan menyiarkannya dalam Warta Kerajaan Negeri Melaka. 


Pandangan Shaykh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz (Sumber : Al-Fatawa Juz Awwal) 

Tentang wajibnya zakat perhiasan wanita yang telah mencapai nisab tetapi tidak untuk diperdagangkan, para ulama berbeza pendapat. Pendapat yang benar adalah wajib untuk dibayar zakatnya ketika sudah mencapai nisab, meskipun hanya sekadar dipakai untuk perhiasan.

Nisab emas adalah 20 mitsqal yang senilai dengan 11 lebih 3/7 pound Saudi. Jika perhiasan emas lebih kecil nilainya dari jumlah itu maka tidak wajib dizakat. Jika untuk diperdagangkan, maka wajib dizakati ketika nilainya sebanding nisab emas mahupun perak. Adapun nisab perak adalah 140 mitsqal atau sebanding dengan wang dirham 56 riyal. Jika perhiasan perak tersebut nilainya kurang dari itu maka tidak ada zakat. Kecuali untuk diperdagangkan, maka wajib dizakati ketika nilainya sebanding dengan nisab emas atau perak.

Dalil akan wajibnya zakat perhiasan dari emas dan perak yang hanya sekadar dipakai untuk perhiasan adalah keumuman hadis Nabi S.A.W ;

"Tiada pemilik emas mahupun perak lalu tidak menunaikan zakatnya melainkan pada hari kiamat akan ditempatkan baja dari baja neraka lalu dia diseterikakan dengannya pada bahagian dada, dahi dan punggungnya"

Dan hadis Abdullah Bin Amru Bin Aash Rahimahullah bahawa seorang wanita menemui Nabi S.A.W sedangkan di tangan puterinya ada dua gelang dari emas, lalu baginda S.A.W bersabda;

"Sudahkah engkau tunaikan zakatnya?" Wanita itu menjawab : "Belum". Baginda bersabda "Sukakah kamu jika ALLAH memakaikan gelang kepadamu dengannya pada hari kiamat dua gelang dari neraka?" Wanita itu pun melemparkan kedua gelang tersebut dan berkata: "Keduanya untuk ALLAH dan Rasul-Nya" 
                                 (Hadis Riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i dengan sanad yang hasan)

Begitu pula dengan keumuman hadis Ummu Salamah Radiyallahuanha bahawa ketika beliau memakai gelang kaki dari emas lalu berkata : "Wahai Rasulullah, apakah ini dikatakan harta simpanan?" Lalu Rasulullah S.A.W bersabda :

"Apa sudah mencapai kadar untuk dizakati lalu dizakati maka bukanlah harta simpanan." 
(Hadis Riwayat Abu Daud, Ad-Daruqutni dan disahihkan oleh Al-Hakim).
        
                                       Wallahu’alam.


Friday, May 24, 2013

Perlukah mendampingi Orang Miskin?




Alhamdulilah kita terus diberikan nikmat oleh ALLAH.  Ada nikmat yang mendorong kita menjadi lebih baik dan ada juga nikmat yang melalaikan kita.

Di pagi Jumaat ini saya teringat pesanan arwah ayah saya untuk mendampingi orang miskin. Saya juga recall pesanan Kiyai Zakariya supaya dekat dengan orang miskin supaya terasa manisnya hidup.

Saya terfikir adakah mencintai orang miskin akan mendekatkan diri dengan nilai ikhlas. Analoginya, bila kita berbuat baik dengan orang fakir miskin apa bentuk balasan yang kita harapkan? Si miskin tidak punya harta, projek atau wang untuk kita ambil peluang. Maksudnya, kita akan dapat menghampiri nilai ikhlas bila membantu orang miskin. Amalan yang zahirnya, tiada keuntungan duniawi.

Pernahkah anda mencuba mendampingi orang kaya? Saya yakin Ya!
Berapa ramai orang kaya melayani anda? 
Apakah matlamat anda mendampingi orang kaya?
  • Mahu kaya?
  • Mahu minta projek? 
  • Mahu minta sedekah?


Jika itu matlamat kita, adakah kita benar-benar ikhlas mendampingi si kaya?

Rasululah s.a.w mengajar kita untuk mendampingi orang miskin dan berdoa.

Dalam hadits qudsi, Allah Ta’ala berfirman,

اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ وَأَنْ تَغْفِرَ لِى وَتَرْحَمَنِى وَإِذَا أَرَدْتَ فِتْنَةَ قَوْمٍ فَتَوَفَّنِى غَيْرَ مَفْتُونٍ أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَحُبَّ عَمَلٍ يُقَرِّبُ إِلَى حُبِّكَ

Wahai Muhammad, jika engkau solat, ucapkanlah do’a: Allahumma inni as-aluka fi’lal khoiroot wa tarkal munkaroot wa hubbal masaakiin, wa an taghfirolii wa tarhamanii, wa idza arodta fitnata qowmin fatawaffanii ghoiro maftuunin. As-aluka hubbak wa hubba maa yuhibbuk wa hubba ‘amalan yuqorribu ilaa hubbik.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk mudah melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran serta aku memohon pada-Mu supaya mampu mencintai orang miskin, ampunilah (dosa-dosa)ku, rahmatilah aku,, jika Engkau menginginkan untuk menguji suatu kaum maka wafatkanlah aku  dalam keadaan tidak terfitnah. Aku memohon agar dapat mencintai-Mu, mencintai orang-orang yang mencintai-Mu dan mencintai amal yang dapat mendekatkan diriku kepada cinta-Mu)”.
(HR. Tirmidzi no. 3235 dan Ahmad 5: 243. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih).

Saya menjemput tuan-puan dan follower blog ini untuk sama-sama mengambil peluang menghimpun ganjaran akhirat dengan berinfaq untuk Program Iftar Ramadan On The Street Mekah & Indonesia. (Sila rujuk entri terdahulu dalam blog ini. Sumbangan boleh dimasukkan ke Akaun Bank Islam  "KHM Dana Annuti Akhirat"  1418001-0013422 ).

Saturday, May 18, 2013

Makluman KHM 10/2013: Bercuti sambil meningkatkan Ilmu dan beramal di Beijing 30 Nov 2013


PROGRAM WISATA ROHANI BEIJING 30 NOVEMBER 2013


Alhamdulilah, Sehingga hari ini 18 Mei 2013, seramai 32 orang sudah mendaftar mengikuti program Wisata Rohani KHM- Beijing.  Tambahan seat Malaysia Airlines telah diperolehi sebanyak 13 tempat.

Pakej:  Wisata Rohani ke Beijing China 30 Nov- 6 Disember 2013 (7H6M) 
Kos RM2,490  seorang (all in termasuk tiket penerbangan Malaysia Airlines, hotel, makan-minum, transport, tiket wisata terpilih, lawatan Islami, VISA). 

Detail mengenai bayaran ansuran akan diemail (kepada yang confirm sahaja). Affordable installment plan only with KHM, interest free, no riba'. 

Berminat sila email ke kelabhajimuda@gmail.com cc ke drridzwanbakar@gmail.com atau 
sms  ke   011.2716.8283

Jom join sementara tempat masih ada. Hanya 13 tempat masih kosong.

Bercuti, Berilmu dan Beramal.

Boleh rujuk detail di label wisata rohani http://ridzwan-bakar.blogspot.com dan facebook/kelabhajimuda

Thursday, May 16, 2013

MAKLUMAN KHM9/2013: STATUS DANA IFTAR RAMADAN UNTUK DHUAAFA SEHINGGA 15 MEI 2013





Alhamdulilah dengan sokongan dari tuan/puan,  sukacita dimaklumkan bahawa status Dana bagi  Program Iftar Ramadan On The Street 1434H/2013 sehingga 15 Mei 2013 ialah:

RM2,470


JUMLAH DANA DIPERLUKAN = RM48,000
  TARIKH MULA   :  15 JAMADUL AKHIR / 26 APRIL 2013
  TARIKH TUTUP:  13 SYAABAN/ 21 JUN 2013

AKAUN BANK:  KHM DANA ANNUITI AKHIRAT
BANK:  BANK ISLAM
NO AKAUN:  1418001-0013422


PROGRAM:   IFTAR RAMADAN  ON THE STREET
(TAJAAN BERBUKA PUASA GOLONGAN DHUA’FA)

a)    Mekah Al-Mukarramah  (Dengan Kerjasama Tn Hj Mohd Arshad- Mekah).
Kos sehari untuk 100pax = SR1,200
SEbulan = SR36,000 bersamaan  RM32,000

b)    Indonesia (Dengan kerjasama KHM Indonesia dan  DT)
Kos sebulan satu masjid= RM8,000
Sasaran 2 buah Masjid = RM16,000

Penerangan lanjut boleh rujuk entri bertarikh 25 Mei 2013 di blog ini.

Terima kasih dengan sokongan.

Friday, May 10, 2013

Trauma Anak Palestin, Apa Tindakan Kita?



Foto:  Trauma Kehidupan Anak-anak Palestin yang berpanjangan...semangat kita pula bermusim...


Empat hari lepas saya ada mewar-warkan di dalam facebook/drridzwan  memohon respon tuan/puan/followers samada perlukah KHM  terjun membantu Gaza.  Selepas empat hari, cuma hanya tiga respon sahaja diterima.  Sedikit mengecewakan saya....

Berikut saya majukan email yang telah saya terima dari Gaza Palestin yang telah  mendorong saya memohon respon dalam facebook/drridzwan.

******************************************

Assalamualikom 

Long time passed, and still remember ur inspiration given to me all the time since i knew you.

i am sending this e-mail to ask how are you? and really because i want to stay in touch with you? i hope and asking Allah that you are in a good health and every think is going good and in the best way with you.

Dear Dr. Ridzwan
i have been hear in Gaza for 5 month, many things have been changed since i went to Malaysia in 2010. the overall situation, the economic, social, and political are worst than what it was before. i have worked during this 5 months in the social work and as a program manger right now in one of the non-governmental organizations (local NGO). but i find that, there are a large segment in the society (in Gaza strip) are left out without any type of help to be provided from the governmental or non governmental parties. according to the international study:-

1. Gaza remains a direct conflict zone and child trauma remains. According to OCHA 108 persons have been killed in Gaza and 307 injured as a result of “direct conflict…” in the period of 2/2009 to 8/2010 (OCHA Hum. Monitor 8/2010)

2. 18 schools were completely destroyed and 280 schools/kindergartens damaged; 50% of Gaza’s hospitals and 39% of health clinics damaged and destroyed or damaged 6,400 homes.

3. A restriction on importation of construction materials into Gaza has meant that much of the urgently required infrastructure has not been rebuilt.

4. According to a recent survey over 60% of children in Gaza were showing severe to very severe symptoms of post traumatic stress disorder following the attack, with no or limited access to safe and secure recreation free from these daily hardships.

5. Girls have few options outside the home and boys face violence on the streets.

6. To date, many families/children, remain displaced in Gaza due to Operation Cast Lead. The resulting effects on the structure of communities, the well being of families and the ability of caregivers to fulfill their responsibilities are far reaching.

7. In addition, the Palestinian internal conflict (especially pronounced in Gaza) compounds the crisis in child protection in oPt.


8. Through increased geopolitical and institutional fragmentation child protection services are especially weak and opportunities for recreation away from the daily hardships and traumas are extremely limited

what i want explain is, i know how, much u care about the humanity and specially about the Palestinians, and i did not forgot when you told me that you want to adopt a child from Gaza, actually i find that hundreds of children in Gaza need a wide range help.

i have wrote a proposal with an overall objective "Gaza children and families experience a better life to help therepair theirpsychologicaand emotional stresses caused by the recent warthe ongoing blockade and the continuing militaractivities."

if you are interested, we can decide the mechanism of work to provide this service to our children in a way to explain for the Gazain Public that the Malaysian people are standing by us, and they are hand by hand with us.

thanks Dr Ridzwan and regards to Malaysia

Yours;
Mohammed AA
Gaza City

Monday, May 6, 2013

Bersatulah Bina Negara



Foto:  Hiduplah dengan aman dan hormat-menghormati sesama Islam dan sesama bangsa.

Tahniah kepada rakan-rakan dan jiran-jiran saya berbangsa Tionghua kerana mereka bersatu dalam ikatan yang sangat kukuh di dalam memastikan kejayaan bangsa Cina DAP di dalam PRU13.  Ia memberi indikasi kuatnya semangat chauvanis Cina untuk menguasai politik dan kehendak nafsu yang tidak pernah puas untuk hidup. Sekolah Cina ada, bahasa dan budaya Cina boleh diamalkan, hidup boleh bebas, agama boleh diamalkan dan berbagai kehidupan mewah telah mereka miliki di bumi bertuah Tanah Melayu ini. Kebebasan dan kemewahan masyarakat Cina Malaysia lebih jauh nikmatnya dari masyarakat Cina di Tanah Besar China. Usahlah bangga dengan kejayaan ini jika ianya akan membina jurang yang lebih besar perhubungan kaum di Malaysia. 

Bagi bangsa Melayu yang kian rapuh ukhuwah, PRU13 seharusnya membuka mata bangsa Melayu khususnya Melayu Islam supaya bersatu atas dasar aqidah, bina kembali semangat Melayu (tanpa menganiaya bangsa dan agama lain), cari titik pertemuan dan berdiskusi secara professional untuk memastikan survival ummah di Tanah Melayu Malaya Malaysia yang tercinta ini. Tinggalkan budaya emosi, jatuh menjatuh, menyalahkan orang lain dan memburukkan sesama insan. Budaya negative ini tidak menguntungkan ummah untuk jangka panjang. Emosi, jatuh menjatuh, menyalahkan orang, memburukkan sesame insan dan membuka aib muslim lain hanya bersifat keseronokkan dan kebahagiaan sementara yang bisa larut.

Carilah keseronokkan dan kebahgiaan hakiki dengan kemanisan islam, iman dan ukhuwah, cinta mencintai demi survival anak cucu. Jika kita tidak berusaha dan merancang, Yahudi dan ejennya sedang merancang.

Kepada orang Melayu dan semua rakyat Malaysia, usahlah perlekeh dan memburukkan  pasukan keselamatan Negara Polis, tentera, RAMD dll yang telah berusaha menjaga keamanan Negara tercinta ini.  Juga hentikan memburukkan pegawai-pegawai kerajaan kerana mereka mempunyai SOP dan limitasi tersendiri. Usahlah membina persepsi negative seperti pegawai Melayu rasuah dan korup  kerana bangsa Cina, India, Amerika dan Arab mungkin lebih jauh rasuah dan korupnya. Hakikatnya, jika segelintir sahaja Melayu yang tidak amanah, rasuah dan korup ianya bukan gambaran bahawa semua Melayu tidak amanah, rasuah dan korup.

Kepada kerajaan yang telah diberi mandat, jadilah kerajaan yang mempunyai integriti, telus, professional, amanah dan ingat akan pertemuan Hari Mahsyar kerana setiap tindakan akan dihitung di mahkamah ALLAH. Ambillah perhatian kerana ramai lagi professional Melayu yang hebat-hebat, jujur dan amanah tetapi dipinggirkan kerana tiada di dalam kelompok tertentu.

Kepada pembangkang, jadilah pembangkang yang bertanggungjawab, berhujah secara professional, hadir mesyuarat di Dewan Rakyat, memberi komen untuk membina Negara bukan kearah nation destructive. Berikan perhatian serius kearah nation building dan national harmony supaya rakyat dapat merasai kemakmuran, persefahaman dan hormat-menghormati.
Akhir sekali, Melayu Islam adalah teras kemajuan, kemakmuran dan keamanan Tanah Melayu Malaya Malaysia ini. JIka Melayu Islam tidak dapat bersatu dan masih bermusuhan, keamanan dan kemakmuran Negara bisa tergugat kerana teras Pembina Negara masih rapuh. Hormatilah perlembagaan Negara yang telah dipersetujui, hormatilah Islam, hak istimewa Melayu, Raja dan Sultan Melayu kerana dasar ini akan memastikan kelansungan hidup aman dan makmur. Ini tidak bermakna Islam, hak Melayu, Sultan dan Raja melayu akan menyebabkan bangsa Cina dan India terpinggir. Apa yang perlu dilakukan ialah mencari penyatuan. Sikap orang Melayu Islam yang sangat tolak-ansur perlulah dihargai, janganlah take advantage dari sifat baik Melayu ini. Hormatilah dan laksanakan Al-Qur’an serta respect  Ulama kerana tanpa mereka barakah sebuah Negara akan hilang kerana nafsu buas manusia sentiasa mencari perkara yang salah dan sentiasa melihat perkara salah sebagai betul.

Wallah’alam. MasyaALLAH & TabaraKALLAH.

Thursday, May 2, 2013

Dalam Kalut ada DIA


Dunia terus bergoncang dengan fitnah dan kepalsuan. 

Hamba yang mengabdikan diri kepada Allah s.w.t akan berusaha keras melakukan segala pekerjaan dengan ikhlas kerana Allah s.w.t. 

Mereka tidak mempersekutukan amal mereka dengan sesuatu, baik anasir alam mahupun kepentingan diri sendiri. Merekalah hamba Allah s.w.t yang hanif, yang sentiasa berpegang kepada kebenaran. Kehanifan itu menjadi kemudi pada hati mereka. Hati akan segera memberontak jika kebenaran diperkosakan. 


Bila hati sudah dikemudikan oleh sifat hanif, haluan akan lari daripada kesesatan.

"Ya ALLAH peliharalah kami, satukan kami, bimbing kami, majukan negara kami, harmonikanlah masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama dan jadikanlah Islam agama yang dihormati." AMin