Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, May 6, 2013

Bersatulah Bina Negara



Foto:  Hiduplah dengan aman dan hormat-menghormati sesama Islam dan sesama bangsa.

Tahniah kepada rakan-rakan dan jiran-jiran saya berbangsa Tionghua kerana mereka bersatu dalam ikatan yang sangat kukuh di dalam memastikan kejayaan bangsa Cina DAP di dalam PRU13.  Ia memberi indikasi kuatnya semangat chauvanis Cina untuk menguasai politik dan kehendak nafsu yang tidak pernah puas untuk hidup. Sekolah Cina ada, bahasa dan budaya Cina boleh diamalkan, hidup boleh bebas, agama boleh diamalkan dan berbagai kehidupan mewah telah mereka miliki di bumi bertuah Tanah Melayu ini. Kebebasan dan kemewahan masyarakat Cina Malaysia lebih jauh nikmatnya dari masyarakat Cina di Tanah Besar China. Usahlah bangga dengan kejayaan ini jika ianya akan membina jurang yang lebih besar perhubungan kaum di Malaysia. 

Bagi bangsa Melayu yang kian rapuh ukhuwah, PRU13 seharusnya membuka mata bangsa Melayu khususnya Melayu Islam supaya bersatu atas dasar aqidah, bina kembali semangat Melayu (tanpa menganiaya bangsa dan agama lain), cari titik pertemuan dan berdiskusi secara professional untuk memastikan survival ummah di Tanah Melayu Malaya Malaysia yang tercinta ini. Tinggalkan budaya emosi, jatuh menjatuh, menyalahkan orang lain dan memburukkan sesama insan. Budaya negative ini tidak menguntungkan ummah untuk jangka panjang. Emosi, jatuh menjatuh, menyalahkan orang, memburukkan sesame insan dan membuka aib muslim lain hanya bersifat keseronokkan dan kebahagiaan sementara yang bisa larut.

Carilah keseronokkan dan kebahgiaan hakiki dengan kemanisan islam, iman dan ukhuwah, cinta mencintai demi survival anak cucu. Jika kita tidak berusaha dan merancang, Yahudi dan ejennya sedang merancang.

Kepada orang Melayu dan semua rakyat Malaysia, usahlah perlekeh dan memburukkan  pasukan keselamatan Negara Polis, tentera, RAMD dll yang telah berusaha menjaga keamanan Negara tercinta ini.  Juga hentikan memburukkan pegawai-pegawai kerajaan kerana mereka mempunyai SOP dan limitasi tersendiri. Usahlah membina persepsi negative seperti pegawai Melayu rasuah dan korup  kerana bangsa Cina, India, Amerika dan Arab mungkin lebih jauh rasuah dan korupnya. Hakikatnya, jika segelintir sahaja Melayu yang tidak amanah, rasuah dan korup ianya bukan gambaran bahawa semua Melayu tidak amanah, rasuah dan korup.

Kepada kerajaan yang telah diberi mandat, jadilah kerajaan yang mempunyai integriti, telus, professional, amanah dan ingat akan pertemuan Hari Mahsyar kerana setiap tindakan akan dihitung di mahkamah ALLAH. Ambillah perhatian kerana ramai lagi professional Melayu yang hebat-hebat, jujur dan amanah tetapi dipinggirkan kerana tiada di dalam kelompok tertentu.

Kepada pembangkang, jadilah pembangkang yang bertanggungjawab, berhujah secara professional, hadir mesyuarat di Dewan Rakyat, memberi komen untuk membina Negara bukan kearah nation destructive. Berikan perhatian serius kearah nation building dan national harmony supaya rakyat dapat merasai kemakmuran, persefahaman dan hormat-menghormati.
Akhir sekali, Melayu Islam adalah teras kemajuan, kemakmuran dan keamanan Tanah Melayu Malaya Malaysia ini. JIka Melayu Islam tidak dapat bersatu dan masih bermusuhan, keamanan dan kemakmuran Negara bisa tergugat kerana teras Pembina Negara masih rapuh. Hormatilah perlembagaan Negara yang telah dipersetujui, hormatilah Islam, hak istimewa Melayu, Raja dan Sultan Melayu kerana dasar ini akan memastikan kelansungan hidup aman dan makmur. Ini tidak bermakna Islam, hak Melayu, Sultan dan Raja melayu akan menyebabkan bangsa Cina dan India terpinggir. Apa yang perlu dilakukan ialah mencari penyatuan. Sikap orang Melayu Islam yang sangat tolak-ansur perlulah dihargai, janganlah take advantage dari sifat baik Melayu ini. Hormatilah dan laksanakan Al-Qur’an serta respect  Ulama kerana tanpa mereka barakah sebuah Negara akan hilang kerana nafsu buas manusia sentiasa mencari perkara yang salah dan sentiasa melihat perkara salah sebagai betul.

Wallah’alam. MasyaALLAH & TabaraKALLAH.

3 comments:

Kakzakie said...

Kakak mengharap benar N3 ini dibaca oleh ramai pihak. Alangkah baiknya kalau ia boleh menembusi akhbar bacaan ramai.

Sangat jelas apa yg diperkatakan. Kedudukan tempat undi Lim Kit Siang dan Salahuddih Ayub bersebelahan saja tapi jelas 'mereka' bersatu tapi 'kita' tidak. Sedihnya:(

Anonymous said...

Pegawai yg menggunakan kemudahan kerajaan(rakyat) mmg ramai dan jelas ... Berada di pihak yg selesa mmg tk terasa kesannya spt org awam ... Org melayu tk berpecah , cuma tk melengkapi antara satu sama lain ... Marilah berjemaah di masjid untuk memulakan ikatan persaudaraan itu untuk menuju alam akhirat yg kekal abadi ... DUNIA ni lebih pd menipu aje ..

matdeg ...senggarang, bp ...

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr. mohon share ye...

Terima kasih :~)

Kak Nor.