Followers- Jalinan Ukhuwah

Friday, May 24, 2013

Perlukah mendampingi Orang Miskin?




Alhamdulilah kita terus diberikan nikmat oleh ALLAH.  Ada nikmat yang mendorong kita menjadi lebih baik dan ada juga nikmat yang melalaikan kita.

Di pagi Jumaat ini saya teringat pesanan arwah ayah saya untuk mendampingi orang miskin. Saya juga recall pesanan Kiyai Zakariya supaya dekat dengan orang miskin supaya terasa manisnya hidup.

Saya terfikir adakah mencintai orang miskin akan mendekatkan diri dengan nilai ikhlas. Analoginya, bila kita berbuat baik dengan orang fakir miskin apa bentuk balasan yang kita harapkan? Si miskin tidak punya harta, projek atau wang untuk kita ambil peluang. Maksudnya, kita akan dapat menghampiri nilai ikhlas bila membantu orang miskin. Amalan yang zahirnya, tiada keuntungan duniawi.

Pernahkah anda mencuba mendampingi orang kaya? Saya yakin Ya!
Berapa ramai orang kaya melayani anda? 
Apakah matlamat anda mendampingi orang kaya?
  • Mahu kaya?
  • Mahu minta projek? 
  • Mahu minta sedekah?


Jika itu matlamat kita, adakah kita benar-benar ikhlas mendampingi si kaya?

Rasululah s.a.w mengajar kita untuk mendampingi orang miskin dan berdoa.

Dalam hadits qudsi, Allah Ta’ala berfirman,

اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ وَأَنْ تَغْفِرَ لِى وَتَرْحَمَنِى وَإِذَا أَرَدْتَ فِتْنَةَ قَوْمٍ فَتَوَفَّنِى غَيْرَ مَفْتُونٍ أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَحُبَّ عَمَلٍ يُقَرِّبُ إِلَى حُبِّكَ

Wahai Muhammad, jika engkau solat, ucapkanlah do’a: Allahumma inni as-aluka fi’lal khoiroot wa tarkal munkaroot wa hubbal masaakiin, wa an taghfirolii wa tarhamanii, wa idza arodta fitnata qowmin fatawaffanii ghoiro maftuunin. As-aluka hubbak wa hubba maa yuhibbuk wa hubba ‘amalan yuqorribu ilaa hubbik.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk mudah melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran serta aku memohon pada-Mu supaya mampu mencintai orang miskin, ampunilah (dosa-dosa)ku, rahmatilah aku,, jika Engkau menginginkan untuk menguji suatu kaum maka wafatkanlah aku  dalam keadaan tidak terfitnah. Aku memohon agar dapat mencintai-Mu, mencintai orang-orang yang mencintai-Mu dan mencintai amal yang dapat mendekatkan diriku kepada cinta-Mu)”.
(HR. Tirmidzi no. 3235 dan Ahmad 5: 243. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih).

Saya menjemput tuan-puan dan follower blog ini untuk sama-sama mengambil peluang menghimpun ganjaran akhirat dengan berinfaq untuk Program Iftar Ramadan On The Street Mekah & Indonesia. (Sila rujuk entri terdahulu dalam blog ini. Sumbangan boleh dimasukkan ke Akaun Bank Islam  "KHM Dana Annuti Akhirat"  1418001-0013422 ).

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr
Terima kasih Dr kerana membantu kami mengingati dan menghayati hadis tersebut. sesungguhnya ramai di luar sana termasuk saya leka terhadap perkara ini. Dan terima kasih jg kerana memberi laluan dan peluang pada kami untuk turut serta mengumpul dana akhirat ini.
أي الصدقة أعظم ؟ فقال أن تَصَدَّق وأنت صحيح شحيح
Ertinya: Apakah sedeqah yang paling hebat ganjarannya?. Baginda menjawab: "Kamu bersedeqah dan ketika kamu sihat dan terasa kedekut (bakhil) (Riwayat Al-Bukhari)