Di
posting terdahulu, saya menyentuh syarat
no 1 menuju insan bertaqwa iaitu
dampingilah orang-orang soleh. Saidinna Usman bin Affan menyebut agar kita berusaha untuk mencari
tip ke 2 menuju insan yang
bertaqwa. Bagi anak muda, lipatlah lengan agar kita sama-sama menerokai pesanan
ini:-
Jika
mendapat musibah duniawi, ia menganggapnya sebagai ujian dari Allah SWT.
Hidup
kita tidak boleh lari dari ujian ALLAH. Bagi anak muda, ujian adalah sesuatu yang tidak menyeronokkan. Jika boleh kita mahu hidup “smooth”,
tanpa rintangan. Rintangan adalah sunnatullah. Makin tinggi
kita cuba hampir dengan ALLAH, makin banyak ujian yang perlu dilalui. Makin kuat kita bekerja untuk
melaksanakan perintah ALLAH, makin kuat
juga cabarannya.
Para
Rasul dan nabi telah melalui jalan
ini. Tiada Rasul dan nabi yang bebas ujian. Mereka
semua diuji dengan ujian yang jika diberi kepada kita, sudah tentu kita
akan angkat tangan. Rasullulah s.a.w.
contohnya diuji hebat kehilangan ayah
dan ibu ketika masih kecil. Laluan
Rasululah s.a.w. ini adalah laluan sukar
yang tidak semua insan mendapat
‘peluang’ ini.
Kepada
anak muda,
Siap
siagalah dengan ujian. Dunia anda
sekarang sedang bercelaru dengan fitnah yang dahsyat. Kemudahan teknologi terkini dan
alam komunikasi maya akan
menjadikan anak-anak lupa akan makna hidup.
Facebook, tweet, whatsUp dll
kelihatan lebih banyak mengundang fitnah dan menjauh rahmat ALLAH. Wajah gadis-gadis muslimah kian murah dimamah screen gadget
berinternet. Mereka bangga memaparkan
wajah dan aktiviti yang tidak perlu untuk tatapan orang yang tidak dikenali. Bukan salah berada di alam maya, tetapi gunakanlah untuk perkara bermanfaat dan saling berpesan. Carilah "Pahala Free" di facebook, tweet mahupun whatsUp.
Salah
satu yang mengangkat diri kita di mata Allah adalah lulusnya kita dari ujian
yang diberikanNya. Ujian bukan hanya yang bersifat bala musibah, namun
kenikmatan dalam hidup ini adalah ujian yang lebih besar. Bila diberikan
musibah, orang lebih mudah ingat kepada
Allah namun saat diberi ujian kenikmatan, saat itulah Allah benar-benar sedang
menguji kita. Nikmat dan kemudahan yang ALLAH hadiahkan kepada kita, adalah ujian yang boleh membawa kita kecundang tanpa di sedari.
Duhai
anak muda,
Hidup
ini adalah sementara. Ramai
anak muda mati tanpa bersedia. Pesanan ayahibu kadang-kadang
dileka. Facebook, tweet dan instrument social network adalah nikmat yang mengundang bahaya tergelincirnya rahmat ALLAH jika ianya tidak diuruskan dengan baik. Manfaatkanlah
teknologi untuk ingat-mengingati, pesan
berpesan kerana esok lusa kita bakal
dijemput Ilahi…