Followers- Jalinan Ukhuwah

Saturday, March 28, 2015

TAHFIZ MUSLIMAH MIFTAHUL KHOIR



 Alhamdulilah, masyaALLAH & Tabarakallah. Ku panjatkan syukur atas segala nikmat dan rezeki yang ALLAH limpahkan buat kami hambaMU.
Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tujuh (7) pendukung KHM atas keikhlasan mereka untuk  menyahut hasrat bagi menaja makan-minum pelajar  Pasentren Tahfiz Muslimah Miftahul Khair di Indonesia bermula dari bulan Rejab/Mei hingga 31 Disember 2015.

Untuk makluman, 16 pelajar-pelajar muslimah ini hanya berbekalkan RM20 sebulan oleh ahli keluarga untuk tujuan makan minum sementara beras dan ikan dll adalah atas ihsan penduduk desa.  Tenaga pengajar pula mewakafkan rumah untuk dijadikan kelas dan asrama pelajar.  Satu pengorbanan yang sangat menyentuh hati.
Ya Cuma RM20 sebulan!  Cuba gambarkan situasi ini dipinggan makan kita….
Mungkin antara kita berbelanja RM20 sehari seorang untuk minum pagi dan makan tengahari. Tapi mereka….RM20 sebulan. Bagaimana untuk kita melahirkan ilmuwan Islam dan tahfiz jika sekadar makan ikan kering dan telor masin?

Hakikatnya teman saya ini, Ust Yopi Al-Hafiz, tidak pernah mengeluh atau meminta-minta dari saya/KHM.  Beliau redha dengan apa yang ada dan meletakkan tawakal kepada ALLAH sebagai sandaran perjuangan.

Atas keinsafan ini, KHM telah membuka peluang amal kecil ini kepada pendukung KHM untuk tajaan makan-minum pelajar dari Mei hingga Disember 2015 iaitu RM600 sebulan = Rp2 Juta sebulan.

Program ini telah dibuka kepada Ahli KHM yang telah mendaftar dalam Whatsup KHM pada minggu lepas.  Seramai 7 orang telah bersetuju untuk taja program ini, Alhamdulilah. Moga ALLAH terus melimpahkan rezeki dan nikmat hidup dunia Akhirat kepada 7 orang sahabat KHM ini.
 
Kini ada seramai 16 pelajar Tahfiz Muslimah di Pasentren ini yang dikelolakan oleh rakan saya, seorang anak muda lulusan Al-Azhar Mesir. Sekembali beliau dari Al-Azhar, beliau dan isteri telah ‘mewakafkan’ diri untuk pembangunan ummah khususnya dalam bidang ilmu lantas mengujudkan Tahfiz Muslimah ini. Saya secara peribadi bersama pimpinan KHM berhasrat untuk menggabungkan Tahfiz Muslimah ini dengan Tahfiz muslimin KHM di Bandung dan Tahfiz KHM Melaka Malaysia nanti, InsyaALLAH.

InsyaALLAH KHM akan membuka semula Tajaan Pelajar Pasentren Muslimah ini pada bulan Disember 2015 untuk Tajaan Jan-Dis 2016.
Bagi tuan/puan yang telah terlepas peluang ini, InsyaALLAh KHM akan membuka satu lagi Program Amal tahun 2015  pada 1 Rejab = 20 April.
 NOTA: 
1.        Jika tuan/puan mempunyai hajat KHAS bagi tajaan sebegini, mohon terus call atau email saya  drridzwanbakar@gmail.com
2.       Dana Projek Tahfiz KHM masih diteruskan dan berbentuk jangka panjang.  Projek masih belum dapat dimulakan kerana kutipan terkumpul terkini ialah kurang dari RM18,000. 
3.       Program amal lain adalah bersifat one-off/ special event.
  
Jazakumullah ahsanal jaza

Friday, March 20, 2015

TAHFIZ KHM: MENGAPA PERLU.........? (Siri 3)




Perlu kah  KHM membangunkan Tahfiz Professional Melaka?  Jika Ya mengapa....?

Secara umum, Wakaf  berasal dari perkataan wakafa yang bermaksud berhenti atau tertahan. Wakaf diertikan sebagai satu amalan menyerahkan harta yang dimiliki untuk kegunaan atau manfaat orang ramai. Wakaf merupakan satu cabang ibadah kerana tujuan asas amalan wakaf adalah untuk mendekatkan diri dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. dengan cara membelanjakan harta ke jalan Allah. Contoh amalan wakaf adalah seperti seseorang mewakafkan tanah seluas seekar yang dimilikinya untuk dibina masjid di atasnya bagi kegunaan orang ramai beribadah dan menjalankan aktiviti keagamaan. Wakaf boleh dilaksanakan dengan harta yang berbentuk kekal seperti tanah, bangunan, rumah dan juga wang tunai. 
                                                                          (Sumber definisi: http://www.wakafselangor.gov.my/)

1. Berwaqf  adalah amalan Rasululah s.a.w, para sahabat, para amirul mukminin dan Sultan-sultan serta pemimpin terdahulu. Dengan berwaqf, kita menghidupkan kembali sunnah dan amalan orang-orang soleh.

2. ALLAH memberi ganjaran besar bagi mereka yang berwaqf.

3. Kejayaan projek waqf & infaq KHM di Indonesia banyak membentuk semangat dan iltizam untuk kami meneruskan usaha di tanahair sendiri. Cuma kos pembangunan kompleks projek ini kelihatan besar dan mahal, kerana itulah realiti  harga kos pembinaan di Malaysia.

4. Tahfiz KHM Melaka ini bukanlah kerana mengikut trend semasa atau mahu bersaing dengan Tahfiz-tahfiz lain.  KHM cuma wadah dakwah annuiti akhirat; kami adalah hamba kepada Pemilik alam dan pekerja kepada Pengatur rezeki.   Namun KHM punya niche dan business model tersendiri  bagi merapatkan  ummah nusantara dan global dalam skala yang mampu dilaksanakan.  Tahfiz KHM Melaka ini adalah sebahagian dari puzzle gambaran kehidupan praktis yang sedang kami usahakan.

Bantu-bantulah projek ummah ini dengan ‘share’ atau ‘viralkan’  dalam media sosial tuan-puan (spt facebook/ whatsup dll).  Tidak rugi berkongsi  urusan yang baik ini. 

Sumbangkan terus infaq anda ke akaun ini.

Bank Islam:-          KHM Dana Annuiti Akhirat   1418001-0013422
Maybank Islamik:  Kelab Haji Muda Selangor     5621-0665-3688

Integriti dan Ketelusan:
Bagi menjamin ketelusan dan amanah,  kedua-dua akaun di atas digunakan untuk urusan dana Projek Tahfiz Professional  bermula  1 Jan 2015 sehingga dana mencukupi.  Ianya diuruskan oleh Bendahari KHM dan di kawal selia oleh Dua (2) Juruaudit.

Bersambung....TAHFIZ KHM: BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU ..........?  (Siri 4)


Al-faqir ilallah

Dr Ridzwan Bakar
drridzwanbakar@gmail.com

Monday, March 9, 2015

TAHFIZ KHM: BAGAIMANA IANYA BERMULA....(Siri 2)







Hakikatnya, projek Tahfiz Professional KHM ini telah dirancang tiga tahun lepas bilamana inisiatif di ambil oleh  Presiden dengan dibantu oleh Tuan Haji Razak (Semenyih), Tuan Haji Sabtu Md Ali (Subang Jaya)  dan En Abadan (Sepang) untuk  berusaha mendapatkan sebidang tanah  melalui Kerajaan Negeri.  Walaupun usaha perolehan tanah  untuk pusat pendidikan ini tidak diluluskan oleh kerajaan negeri, ianya bukanlah  signal kepada kegagalan. Usaha demi usaha dilakukan bagi merealisasikan impian ini.  

Presiden KHM  merasakan jika Walt Disney kebanggaan Yahudi  boleh tertegak megah  dan kini menjadi empayar  ekonomi kapitalis  bersandarkan “dream”, maka  “dream KHM Tahfiz” yang lebih murni sesungguhnya boleh ditegakkan dengan dokongan  pencinta ilmu dan ahlul-sadaqah.

Atas  kesabaran ini, ALLAH telah mengerakkan  hati  Bonda Hajjah Halijah (kini berusia hampir 80 tahun) dan waris (Hjh Norhayati dan En Shahrul)  dari Paya Rumput Melaka untuk bertemu kami dan mewaqafkan sebidang tanah  kepada KHM untuk dibangunkan pusat ilmu dan pendidikan moden ala-pondok bagi dimanfaatkan oleh generasi muda dan warga emas masyarakat desa  sebagaimana kejayaan Masjid Abu Bakr As Siddiq (Masjid KHM Indonesia).  Dengan mengambil  success story Masjid Abu Bakr di Bandung Indonesia sebagai  penyuntik semangat, Masjid  ini kini bukan sekadar  digunakan untuk  tujuan ibadah tetapi turut dibangunkan  pasentren desa untuk pengajian ilmu, hafazan, pengajian khusus muslimah,  kuliah umum serta menjadi pusat kesatuan ummah berpaksikan Ahlul Sunnah Wal Jamaah.  Jika Masjid KHM Indonesia  boleh bergerak pantas dan lancar maka kami meyakini Kompleks Tahfiz Melaka KHM boleh juga melalui pengalaman indah yang serupa.

Sesungguhnya, tanah waqf ini adalah milik mutlak ALLAH s.w.t. yang telah diinfaqkan oleh Bonda Hajjah Halijah dan warisnya. Peranan KHM adalah merealisasikan dream dan harapan; justeru memegang amanah pelaksanaan. Kejayaan projek ini adalah atas tanggungjawab kita bersama kerana ianya adalah milik ummah bilamana ianya diwaqfkan.

Justeru,  sama-samalah kita berganding bahu merealisasikan “dream” ini dan hasrat Bonda Hajjah Halijah  untuk mewaqafkan sedikit harta  bagi sama-sama kita bangunkan Tahfiz professional KHM.

Pesan Bonda Hajjah Halijah  kepada kami pada tahun 2013 lalu, “Makcik harap dapat melihat  Kompleks Pendidikan ini tertegak sebelum makcik menutup mata.  Makcik mahu meninggalkan dunia ini dengan kenangan indah berbakti  untuk masyarakat, anak cucu dan  negara.”



InsyaALLAH bersambung Siri 3: TAHFIZ KHM: MENGAPA PERLU......?




Al-faqir ilallah

Dr Ridzwan Bakar
drridzwanbakar@gmail.com

Sunday, March 8, 2015

KHM TAHFIZ PROFESSIONAL MELAKA: PENGENALAN (siri 1)

       Foto:  Masjid dan Pasentren KHM, Desa Bojongloa  Bandung Indonesia. 
Lawatan ilmiah Feb 2015
Terima kasih kepada semua ahli sadaqah yang telah menginfaqkan wang ringgit/rupiah sehingga tertegaknya Masjid di persekitaran sawah bendang. ALLAH s.w.t sahaja yang berhak menganugerahkan 

Kelab Haji Muda (KHM) adalah NGO Islam berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.  
KHM memegang kukuh pendekatan Ahlul Sunnah Wal Jamaah di dalam setiap urusan dan kerjasama di peringkat domestik mahupun antarabangsa. 

Sebagai NGO Islam, KHM banyak melakukan program-program amal khususnya di Malaysia, Mekah, Madinah, Indonesia, Kemboja dan Palestin bagi membantu fakir miskin, anak yatim dan golongan dhuafa/gelandangan. Antara kejayaan besar projek amal KHM ialah membina Masjid Abu Bakr As-siddiq di desa Bojongloa Rancaekek Jawa Barat, membantu pembangunan Sekolah Islam Al-Ihsan di Phnom Penh Kemboja, bersama membuka jalan dan idea untuk hospital beyond boundaries di Kemboja, terlibat secara langsung penubuhan Koperasi Syariah Garut untuk mencetus bisnes islamic microfinance kepada fakir miskin, perkhidmatan kaunseling percuma di Selangor, membantu jamaah Haji dan Umrah, melaksanakan KHM Bakti Sosial untuk bantuan banjir di Kelantan/ Pahang, program iftar Ramadan di Malaysia/Mekah/Madinah/Kemboja/Indonesia, sokongan dan bantuan hari Wukuf Arafah,  pelbagai aktiviti pembinaan insan termasuk kuliah/ceramah dan latihan pembangunan insan dan pengurusan strategik & kewangan organisasi.

Untuk makluman semua khususnya ahli KHM, pendukung dan followers,  walaupun KHM masih  baru dan merangkak dalam membuat kerja amal  secara berpusat/berorganisasi,  pengalaman banyak membentuk sikap  dan keyakinan serta membimbing kami untuk terus istiqamah  mengerakkan khidmat sosial ini. Kerja amal adalah kerja sukarela yang meletihkan dan menjemput kami untuk bersabar. Ianya bukanlah mudah tetapi KHM mempunyai kredibiliti dan integriti melihat kepada seriusnya exco memegang setiap amanah  projek yang diberikan. (sila lihat blog ridzwan-bakar.blogspot.com  untuk menilai  sendiri  kejayaan projek-projek amal dan  amanah terdahulu). 

Kami dapat merasai  cabaran yang berbeza diantara projek KHM Malaysia dan  projek KHM di luar Malaysia.  Kami tidak berhasrat untuk berkongsi  cabaran ini di blog atau facebook, tetapi InsyaALLAh  Presiden KHM akan berkongsi pengalaman ini di forum dan konferens di peringkat antarabangsa dan Nusantara.  Pada tahun 2014 lalu, Presiden KHM telah mewakili Malaysia dan membuat perkongsian di dalam forum dan persidangan antarabangsa di  Istanbul Turki bagi mengupas persoalan global ummah dari sudut ekonomi dan pembangunan  Waqf yang menjadi asas  kerja amal dan bakti sosial KHM.  

KHM adalah NGO Islam, penyedia wadah annuiti akhirat, yang ditadbir secara profesional dan amanah.  Kami gembira untuk melihat insan lain gembira; We are happy to make others happy.

Mohon share di facebook tuan/puan jika ianya bermanfaat untuk agenda ummah ini.

InsyaALLAH bersambung Siri  2:  TAHFIZ KHM: BAGAIMANA  IANYA  BERMULA....


Al-faqir ilallah

Dr Ridzwan Bakar
drridzwanbakar@gmail.com
7 Mac 2015/ 16 Jamadil awal 1436H