Sejak akhir-akhir ini, kita dihujani dengan berbagai perkara berkaitan survival Melayu. Minggu ini, kepimpinan Perak menjadi isu hangat. Raja dan Sultan diheret sama. Saya tidak berminat untuk menjadikan blog ini sebagai medan diskusi politik kepartian. Pun begitu, saya tidak menolak kesyumulan Islam di bawah kepimpinan Rasululah membina kerajaan Islam Madinah. Jika anda pernah pergi ke Madinah, anda akan lihat tersusunnya bandar Madinah dengan berpaksikan Masjid Nabawi sebagai pusat pentadbiran daulah islamiah.
Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang rakan lama seorang ahli perniagaan bukan Melayu. Sebagai insan berdarah Melayu yang dilahirkan di Tanah Melayu, persoalan di bawah sememangnya memalukan saya. Rakan saya bertanya:
”Mengapa ada 2 ketua dalam sebuah kampong? Tidak bolehkah mereka berkompromi dan meletakkan kepentingan Melayu dan bangsa-bangsa lain sebagai faktor utama? Kalau dulu seorang ketua kampongpun teruk, kalau dah dua ketua kampong lagilah huru-hara.”
”Kenapa orang Melayu gagal mempertahankan bahasa Melayu?”
”Kenapa terlalu banyak papan tanda dan nama bangunan bukan dalam bahasa Melayu? Di Putrajaya, nama kawasan di sebut ’prescint’ / parcel dsbnya. Beliau bertanya lagi ”Malu ke kalau kita namakan kampong 8 bagi menggantikan precint 8, contohnya?”
Kawasan-kawasan perumahan baru menggunakan nama Inggeris, bangunan-bangunan juga nama Inggeris atau nama bukan Melayu/Malaysia. Beliau menambah bagaimana mat salleh boleh mengenali Low Yatt Plaza dan Petaling Street daripada Medan Mara atau kompleks perniagaan Jalan Masjid India?
Tulisan jawi, pada pendapat rakan saya ini, sudahpun berkubur. Dulu, rakan saya ini boleh memasuki kelas jawi di sekolah walaupun dia bukan Melayu. Sekarang, orang Melayu sendiri tidak mahu belajar tulisan jawi apatah lagi membacanya.
Beliau menambah, ”Dr, satu lagi. Isu lembu untuk Raya Haji. Itu lembu diberi kepada Masjid dan surau orang Melayu dan dimakan oleh orang Melayu. Lagipun lembu itu untuk program sembahyang , apasal jadi isu? Kalau itu lembu diberi kepada bukan Melayu logik juga dijadikan isu! ”
Ya, sudah tentu saya malu dengan ulasan rakan saya ini!
Beliau bercerita lagi ”Dr, you tengok bangsa Cina. Kami pertahankan bahasa kami, budaya kami, tulisan Cina kami dan akhbar tulisan kami. Kalau sekolah Cina tiada fund, kami akan usaha kumpulkan. Kami memberi sokongan kepada peniaga-peniaga kami. Tapi, Melayu tak habis-habis mahu gaduh dan melelong budaya sendiri. Isu yang dibangkitkan pun isu yang tidak membina. Siapa rugi?”
*************************************************************
Khamis minggu lepas, saya menghadiri persidangan di Hotel Hilton KL. Persidangan diminta berhenti sebentar kerana tarian naga akan dimulakan dan kumpulan tarian naga ini akan masuk ke setiap bilik seminar/dewan untuk mengambil restu nenek moyang. Cuba gambarkan, bagaimana budaya ini mampu mereka terapkan walaupun persidangan ini di hadiri oleh ramai mat salleh di Hotel bertaraf antarabangsa? Kita pula bagaimana?
„Takkan Melayu Hilang Di Dunia??”
7 comments:
Dr hjMuda,
...bukan tuan sahaja yang malu - saya jangkakan mereka yang tak tahu malu pun malu!
Apakah nanti kata-kata hikmat "segala-galanya bermula di Melaka..." akan menjadi kenyataan - kejatuhan empire Melayu di Melaka kerana pembesar2 Melayu?
Dan lagenda Hang Tuah "tidak Melayu Hilang Di Dunia" akan kekal sepanjang zaman...InsyaAllah spesis Melayu itu tidak hilang, YANG TERUS MENERUS PUPUS ADALAH ".....MELAYU":
AGAMANYA, BAHASA, TULISAN, BUDAYA, KETUANAN, KUASA POLITIK, EKONOMI
... tak sanggup rasanya nak disenaraikan!
Lebih malu lagi apabila orang Melayu dikaitkan dgn Agama Islam. Sedangkan Melayu itu hanyalah satu bangsa dan Islam itu adalah hak milik semua manusia.
Bertambah malang lagi apabila nama Islam disalahgunakan untuk pelbagai perkara, termasuklah politik. Untuk mengalahkan negara sekecil Israelpun tidak mampu kerana pemimpin2 negara yang dikatakan Islam sendiri tidak bersatu
Dr Ridzwan aka hjMuda,
wa'alaikumusalam. Tiada masaalah... nak panggil apa pun. Di alam siber memadai "hjSab2".
Saya sebenarnya staf JTM di permulaan kerjaya...TA @PJ South (ofis depan EPF /Federal Highway...hujung 70an.
Bila ke UK (tajaan JPA) saya tukar pengkhususan 'heavy current' kerana ketika itu kerjaya @JTM agak malap berbanding LLN... Dan memang ditentukanNYA rezeki saya di LLN/KTTP/TNB.
Saya rasa kita bersua pertama kali semasa saya berkongsi pengalaman TNB melaksanakan "BSC/Enterprise Performance Measures Group-wide" (2004) kepada strategic planners TM.
(...batch saya @UTM /Portsmouth di TM: Dato Adnan Rofie, Dato Malek, pakar tariff Zakry Hassan - di antaranya)
Dan kita juga pernah 'bersapa' di parking UiTM selepas pelancaran buku Travelog Haji Prof Kamil [?]...
Jika Dr berkelapangan masa, saya akan singgah di pejabat @Menara Rebung; boleh cerita panjang pasal BSC/SfO & Coaching, insyaAllah.
Salam hjSab2
012.3932.747
sab2.mobile@gmail.com
sabtu@iir.com.my
Saya pernah ditanya oleh pelajar saya. Beliau ada bukan melayu dan bekerja di kementerian pendidikan. Dia pun pelik kenapa kontrak melayu tak sampai ke tangan melayu secara terus (sbb kebanyakan ali baba)..walaupun ada syarikat melayu yang layak.
Saya rasa orang melayu di Malaysia perlu kembali kepada Islam dan bersatu atas nama Islam yang mulia.
Pn Ina & YatiB,
Saya setuju dgn pendapat yg diutarakan. Kita kena kerja lagi kuat untuk mengembalikan kegemilangan Islam.
HjSab2,
InsyaAllah nanti saya call.
Ridzwan
dear Dr Ridz
next generation will suffer bcz of our attitude and behaviour.
rezi
Dr Haji,
Apabila bangsa diperjuangkan tanpa berlandaskan agama, sudah pasti ia akan pincang kerana perjuangan bukan kerana Allah.
Jika dibetulkan yang itu, pasti bangsa melayu itu sendiri bersatu kerana Allah menerapkan hati-hati dan jiwa-jiwa melayu ini berlandaskan Allah yang Satu.
Jika tidak, Allah sendiri yang akan membolak balikkan jiwa dan hati melayu yang akhirnya berbalah sesama sendiri.
Kenapa tidak bangsa lain? Ini kerana jiwa dan hati melayu ini memahami Islam tetapi tidak mengikut sepenuhnya ajarannya.
Percayalah, berilah apa jua formula pun, pasti formula Allah yang terbaik untuk diikuti. Kembali kepada Hidup BerTuhan yang sebenar pasti umat Islam akan cemerlang dan gemilang semula.
Post a Comment