HARI KEKASIH
Malam semalam saya menerima sms dari seorang rakan mengenai Ops valentine. Maka, saya teringat kisah bulan November 2000-Kisah parti buih di Bangsar berhampiran Masjid Abu Bakar as-siddiq. Pesta muda-mudi sempena hari kekasih ini menerima kecaman hebat pencinta Islam dan tidak kurang juga golongan yang menempelak pendirian ummah mengenai isu ini. Kejadian ini tidak berhenti di situ. Setiap tahun seluruh dunia menyambut hari kekasih termasuk juga anak-anak muda Melayu (mungkin ada juga orang yang sedikit berumur). Bagi memberi penjelasan tegas, beberapa fatwa telah dikeluarkan seperti di bawah.
********************************
Ekstrak dari web JAKIM
Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.
Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu.
********************************
Seminggu dua ini, peti surat rumah dihujani dengan berbagai risalah promosi valentine day. Banyak promosi pelik seperti Body massage for your valentine moments, Hotel romantic dinner di bawah cahaya lilin, special hotel package for your special day dan macam-macam lagi. Masyaallah! Macam mana la kita nak bentuk generasi muda kita bila promosi sebegini lebih hebat dari usaha kita yang tersangat kecil ini.
Semalam selepas habis mesyuarat pengurusan masjid jam 12.30mlm, Pak Mat (warga tua kariah) menegur saya “Dr, apa kata kalau tuan anjurkan program bawa budak-budak muda ni menunaikan umrah. Mungkin idea kecil saya ini boleh mengubah anak-anak muda kita.” Walaupun Pak Mat bukanlah orang korporat atau pegawai kerajaan(Cuma sekadar menjual air tebu dan kelapa sebagai sumber hidup), namun saya menghargai idea kecil ini.
Good idea Pak Mat! Akan saya usahakan, insyaAllah.
5 comments:
Salam Hj,
Salam dari Manchester, cakap pasal umrah...ramai adik2 undergrad kat manchester bt trip umrah bila tiba musim cuti...kalau dulu bila belajar kat luar negara kumpul duit sb nak balik kampong bila cuti...dgn kemudahan teknologi komunikasi dgn keluarga di kampong dah jadi mudah dan murah...dan peluang yg ada tu sekali sekala digunakan utk melawat negara org dan bg yg dekat dgn mekah ni...dpt la menunaikan umrah..malah ada yg dah menunaikan haji.. mungkin dari sini tak perlu queue panjang berbanding kalau mendaftar di malaysia..wallahua'lam..apapun Alhamdulillah..rezeki...
salam madam aisyah,
Bila hendak berkongsi cerita Manchester? Ya saya masih ingat ketika belajar di UK dulu ada juga kawan2 yang buat Haji melalui UK. Lebih mudah dan murah, wallahalam.
Salam..
Saya rasa kita kena mulai fikirkan aktiviti yang sesuai dengan remaja Islam di Malaysia. Idea pakcik tu agak bernas.
Saya teringat kisah suami saya. sebuah kilang di Jepun menerima idea dr tukang cuci. Puncanya kerana semua barang yang dihasilkan tak tepat. Lepas tu tukang cuci bagi idea sebab ada gegaran antara bangunan yang sepatutnya dibuat parit/longkang. Akhirnya hasil ini bernas.
Tapi malangnya masyarakat kita lebih menilai orang yang bercakap bukan idea yang dihasilkan.
Banyaknya peralihan pemikiran pelu dilakukan dalam masyarakat kita.
Salam YatiB,
Memang benar kita kena kuatkan kerja dan menyusun program berfaedah utk remaja. Juga, kita sama-sama seharusnya berusaha menghargai pendapat tukang cuci, tea-lady dll. Semalam saya naik teksi, pemandu teksi memberi pendapat dan hujah yang hebat bagaimana hendak mentadbir negara Malaysia. Satu perkongsian yg bermakna.
Terima kasih
Salam,
Saya amat tertarik dengan topik ini kerana secara kebetulan pihak saya sedang merancang bersama-sama Maybank Islamic untuk satu produk bernama GoUmrah (www.goumrah.com). Produk ini ditujukan khas untuk golongan muda dan 'first timer' dan mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan pakej umrah biasa di pasaran.
1. GoUmrah dipakejkan bersama dengan financial mechanics iaitu samada secara kredit/debit kad, ezypay 12 bln atau 18 bln, pinjaman peribadi (kesemua kemudahan kewangan disediakan oleh Maybank Islamic)
2. GoUmrah bukan hanya sekadar Ibadah tetapi di sulam dengan pengisian pengajaran dari setiap perbuatan dan ziarah di kota suci Madinah dan Mekah. Philosophy2 ini akan dikupas dari sebelum trip hingga semasa disana oleh pembimbing yang akan mengiringi jemaah dari Malaysia.
Untuk pengetahuan, salah seorang pembimbing utama kami adalah Ust Fauzi Mustafa (Al Kuliyyah).
Produk ini masih 'half bake' dan dijangka akan dilancar bersama Etiqa dalam pertengahan bulan March ini InsyaAllah.
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya di nizam@goumrah.com
Post a Comment