Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, February 2, 2009

Apakah Benar Ekonomi Merudum?

Ketika bersarapan pagi tadi dengan seorang rakan lama, saya diperkenalkan dengan seorang CEO satu syarikat antarabangsa. Lengok gaya dan bahasa CEO ini mengambarkan beliau memang orang berada. Beliau mempunyai perniagaan besar dan sering ke luar negara. Beliau bercerita bahawa kesan ekonomi mungkin lebih parah dari kegawatan ekonomi dan krisis kewangan sebelumnya. Wang pelaburan peribadi beliau setakat ini sahaja sudah mengalami kerugian sekitar RM800,000. MasyaAllah! Banyak nye duit dia!

Seminggu dua ini saya mengumpulkan beberapa fakta untuk kajian peribadi. Fakta-fakta berikut saya kutip dari laporan akhbar dan majalah perniagaan (Malaysia):
a) 10,000 orang sudah kehilangan pekerjaan
b) 45,000 orang dijangka hilang pekerjaan
c) Dianggarkan 100,000 warga Indonesia yang sedang bekerja di Malaysia tiada pekerjaan
d) Syarikat gergasi Intel akan menutup 2 kilang
e) MAA melaporkan jualan kenderaan akan merosot 12.4% dalam tahun 2009, harga kereta dijangka naik akibat kerugian forex dan lemahnya RM
f) RAM menjangkakan defisit belanjawan melebihi 5%

Diperingkat global, syarikat multinasional dan gergasi juga mengalami masalah besar. Iceland, sebuah negara dihujung benua, turut menerima nasib kerana muflis! Zimbabwe pula sudah lama mengalami kekecohan nilai matawang yang langsung tidak masuk aqal.

Mungkin dua-tiga bulan lagi negara kita akan mula merasai impak. Berita dibawah amat tidak menyeronokkan:

Govt allows firms, factories to reduce working days
Kuala Lumpur 30/01/09: The Government will allow companies and factories to shorten their operations to three days a week, provided workers were agreeable to the move, Labour Director-General Datuk Ismail Abdul Rahim said Thursday. He said the Government's main concern was to ensure minimal job loss and that companies continue to operate, albeit on a low gear.


Selain kita sholat hajat untuk sahabat palestin, janganlah lupa untuk sholat hajat agar Negara kita terselamat dari bencana ekonomi ini. Juga sama-samalah kita pohon keselamatan diri dan harta benda dari dianiaya orang. Dilaporkan oleh pakar ekonomi bahawa krisis ekonomi kali ini lebih teruk dari krisis ekonomi tahun 1929. Bila orang hilang pekerjaan, maka sudah tentu kadar jenayah meningkat.

Moga Allah selamatkan kita dari bencana. Amin!

2 comments:

Anonymous said...

-amin...

-Di tempat aku sendiri ada senuah kilang,MIECO..pernah dgr?

MIECO dah memberhentikan operasinya dan banyak pekerja kehilangan kerja.

Ini didepan mata aku sendiri. Di tempat lain setakat dengar-dengar shj.Semoga ekonomi negara kita tidak semakin parah

Farra Da Smiley said...

ada pakar ekonomi kata kali ini bukan recession tapi 'depression'

satu hari nanti makanan lg bernilai dr food..jadi kami dah galakkan org di kampung tanam makanan sendiri