Ketika termenung sejenak mengenai kehidupan, saya berkira-kira mengenai bekalan yang perlu dibawa. Rasanya terlalu sedikit. Macamana hendak bermusafir dalam keadaan bekalan yang sedikit? Astaghfirullah. Maka teringat satu kisah yang diceritakan kepada saya
*** Seorang pemandu bas sedang memandu ke destinasi dengan beberapa pembantu dan penumpang. Dalam saat cerianya beliau memandu tiba-tiba beliau memberhentikan bas. Pembantu beliau dan penumpang bertanya ”Mengapa engkau memberhentikan bas?” Si pemandu menjawab ”Saya berhenti untuk mengambil seorang tua berjubah putih yang melambai-lambaikan tangannya.” Para penumpang terpinga-pinga. Pembantu beliau berkata ”Tak ada sesiapapun kat sini” sambil menjengok di luar bas. Si pemandu berkata lagi ”Ha, dia tengah berjalan tu, dah nak naik bas dah.” Si pembantu menambah, ”Demi Allah, tiada siapapun di sini. Jalan ajelah.” Secara tiba-tiba si pemandu menyebut ”Ashaduallah ila ha ilalah......” terus menghembuskan nafas terakhir***
Perjalanan menemui Rabb adalah pasti. Tidak cepat mahupun dilewatkan. Di saat ini saya terkenang arwah Zul (saudara saya) yang menemui Tuhannya dalam usia 30 tahun. Beliau tidak mempunyai penyakit, apatah lagi pada usia yang muda. Beliau ceria di pagi, petang dan malam sebelum beliau kembali menemui Penciptanya. Namun, tangisan dan airmata isteri, mak, ayah, mak mertua, ayah mertua, insan-insan yang dekat dan rakan-rakan tidak dapat menghalang kasih sayang Allah untuk menjemput beliau jam 3 pagi. Tiga jam sebelum meninggalkan dunia yang penuh dengan fitnah ini, beliau teramat ceria, sempat ziarah mak dan ayah mertua dan kembali ke rumah sekitar jam 12 malam (Kisah ini saya kongsikan dalam buku Haji Muda). Kepergian beliau amat memeranjatkan kami. AL-Fatihah.
Mutiara Bicara:
Tiada jaminan orang muda akan sentiasa sihat dan segar. Tiada jaminan orang muda akan panjang umur. Persiapkanlah bekalan terbaik, kerana perjalanan ini mungkin jauh untuk kita tempuh.
4 comments:
Kematian itu sudah pasti! Tua atau muda, kecil atau besar..kak nab selalu beritahu kat budak2 sekolah ni..supaya mereka "beringat2" tentang ini.ada contoh2 kat depan mata mereka..budak Ting.2, 3 - mati kemalangan jalanraya...budak Ting 4 dan 5..mati akibat barah..
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, akhirnya saya dapat selesaikan pembacaan buku Haji Muda. Tentu sekali ia menjadi 'bekalan' yang amat berguna untuk saya. Sebelum ini saya jg telah memesan beberapa buah naskah buku (2 travelog) drp Prof Kamil. Kesinambungan travelog tersebut memberi banyak manfaat untuk kami sekeluarga. Teruskan usaha murni saudara ini. Tk. Wassalam.
salam tuan haji ridz,
salam dari Manchester. maaf la dah lama tak update blog.. akan berada di Manchester selama 4 tahun...sambung belajar...doakan lah agar perjalanan PhD saya lancar dan diberkati.. nanti bila dah settle minda boleh la curi2 masa tulis kat blog lagi...
Salam semua,
Kepada Kak Nab- gunakanlah kesempatan sebagai guru senior untuk membentuk anak murid. Satu peluang yang besar.
Kepada Roshanilawatey, Terima kasih dengan komen. Kenapa saya tak bole access blog cikpuan?
Kepada Madam aisyah,
Alhamdulilah kerana sudah berada di bumi UK. InsyaAllah jika Allah izinkan, saya dalam proses menulis sebuah lagi buku inspirasi/motivasi islami. Goodluck dengan perjalanan PhD.
Post a Comment