Disaat ini seluruh dunia mengutuk Israel kerana kekejamannya. Di ketika ini juga, masyarakat kita berdemonstrasi mengutuk Amerika dan Israel. Kutukan dan kecaman kepada Israel bukan perkara baru. Setiap kali Palestin dibom, kita akan kecam Yahudi namun tiada impak kepada bangsa yang pernah mempermainkan dan menyembelih nabi-nabi dikalangan mereka.
Kempen memboikot barangan Israel dan Amerika juga bukanlah asing buat kita. Bermula dengan intifada pertama, usaha memboikot barangan bangsa laknatullah ini cuma menjadi mainan bibir orang-orang kita. Bila Palestin dibom, maka risalah boikot ini diedarkan melalui email dan di masjid-masjid tanahair. Bila gencatan senjata dipersetujui, kita berdikit-dikit terlupa usaha ini. Barangan milik billionaire Yahudi (termasuk penyokong mereka) seperti produk CocaCola,Johnson & Johnson, Starbuck, AmbiPur dan McDonald tetap mampu menembusi pendirian kita (Sila rujuk laman web PPIM). Kita sama-sama memberi pelbagai alasan untuk mengiyakan nafsu kita seperti susah untuk hidup sebab sudah biasa dengan brand tersebut (Nota: Senarai produk/brand di atas telah lama dipaparkan di laman web Persatuan Pengguna Islam Msia-PPIM). Lebih mendukacitakan, brand-brand di atas telah berjaya menembus pintu sempadan Tanah Haram dan kini beroperasi di depan Masjidil Haram dan sekitar Masjid Nabawi.
Ketika pertengahan Intifada kedua, saya sedang membuat kajian bagaimana brand Starbucks berjaya menjadi salah satu “World Best Brand” (Nota: brand adalah salah satu elemen kajian Kedoktoran saya). Saya kagum dengan kejayaan Howard Schultz, pengasas dan pengerusi Starbuck, membina empayar kopi jenama Starbucks sehingga mampu menembusi hampir seluruh pelusuk dunia (ketika kajian dibuat, mereka berhadapan dengan masalah menembusi negara China). Hasrat kajian saya ialah agar saya mampu menjadi tenaga pakar muslim dalam bidang ini (bukan sekadar teori tetapi membantu organisasi korporat saya dalam membina brand tersendiri melalui applied business research). Saya turut menghantar email ke Howard Schultz menyatakan bahawa saya kagum dengan pencapaian beliau dan berhasrat untuk menemui beliau satu ketika nanti. Email saya dibalas mesra. (nota: Muhamad s a w, para sahabat, Salahuddin Al-Ayubi dan Muhamad Al-Fateh tetap terpahat di hati saya untuk dijadikan model kehidupan).
Saya mula tertarik untuk mengunjungi Starbucks, tidak selalu tetapi ia benar-benar menarik hati saya dengan cara mereka menyusun strategi perniagaan. Saya banyak belajar di sini melalui pemerhatian dan kajian. Semasa kemuncak intifada kedua diistiharkan oleh pimpinan Palestin (Hamas) sekitar pertengahan tahun 2006, internet melaporkan bahawa Starbucks “mewakafkan” lebih kurang 20% hasil keuntungan syarikat untuk membantu negara Israel laknatullah. Saya kurang percaya dengan laporan ini, lantas menghantar satu lagi email kepada Schultz bertanya apakah sebaran internet ini benar. Saya tidak menerima jawapan waktu itu namun lebih kurang seminggu kemudian, Starbucks telah membuat kenyataan akhbar menafikan berita tersebut (sila rujuk www.starbucks.com topic “rumor response” (berita sekitar September 2006).
Press release tersebut amat meragukan. Pertama, Schultz sendiri pernah membuat perakuan sedemikian di sebuah laman web pro-israel (saya tidak ingat nama laman web tersebut). Kedua, Starbucks ketika itu sedang menyusun global strategy untuk menembusi pasaran di negara Timur Tengah dan China. Bagi kepentingan perniagaan global, Starbucks perlu segera membuat penafian.
Namun saya sedikit insaf, apakah saya melakukan kesilapan dengan “menyokong” entiti perniagaan pro-israel? Saya beristighfar dan saya memohon keampunan Allah kerana kelalaian saya.
“Ya Allah, Jika RM20 setiap kali aku belanjakan di Starbucks menyebabkan seorang anak kecil Palestin dibunuh dengan kejam, maka ampunilah aku, maafkan aku duhai Palestin…”
Berbalik kepada boikot barangan Yahudi. Selektif boikot sudah lama dianjurkan namun kita tidak mampu berjihad dengan nafsu kita. Secara umum, kita gagal melayan nafsu dengan mengikut stail kehidupan dengan mengunjungi outlet brand-brand berkenaan. Kita (termasuk saya) kadang-kadang terpaksa melayan kerenah anak-anak kecil kita untuk mengunjungi outlet tersebut. Ada sesuatu yang kita cari di outlet brand-brand ini (saya akan bicarakan di waktu lain). Saya juga terfikir, bahasa Melayu pun kita hampir gagal pertahankan, bagaimana hendak pertahankan Palestin dan mengembalikan Al-Aqsa? Dengan lain perkataan, kita juga kian hampir gagal berjihad mempertahankan bahasa Melayu, bahasa nenek moyang kita (Ya Allah, selamatkanlah bahasa Melayu di Tanah Melayu tercinta ini).
Jadi apa yang boleh kita lakukan dalam konteks boikot barangan Yahudi ini?
Saya tiada jawapan istimewa untuk soalan ini. Jika berpandukan fatwa Sheikh Dr Yusuf AL-Qardawi, Kita wajib membantu Palestin dalam apa bentuk sekalipun.Cuma sekadar pendapat, tips selektif boikot berikut boleh diusahakan:
1. Kita perlu sama-sama berjihad mengawal nafsu kita dan berkira-kira berbelanja di outlet-outlet ini (kepada Para Haji/Hajjah- lontarkan nafsu ini sebagaimana kita gembira lontarkan dan tinggalkan batu-batu lontaran ketika di tiga Jamrah).
2. Terangkan kepada anak-anak kecil kita, mengapa kita dan mereka perlu melakukannya.
3. Istiqamah dengan pegangan dan pendirian kita (usaha berterusan walaupun gencatan senjata mungkin akan berlaku sedikit masa lagi).
4. Sering ingat-mengingati antara sesama kenalan akan wajibnya memboikot (janganlah hangat-hangat taik ayam. Jika tuan/puan terjumpa saya di outlet-outlet ini, sila tegur saya).
5. Bekerja keras untuk berdakwah supaya bukan Islam dapat menerima Islam, bershahadah dan mengamalkan ajaran Islam.
6. Meneruskan usaha mendidik masyarakat khususnya generasi muda untuk menghayati dan memahami kepentingan Palestin .
Moga tulisan dan muhasabah ini bermanfaat.
InsyaAllah bersambung siri #2…….
8 comments:
Salam Ridz,
kak nab tahu mengenai starbuck sokong israel tu minggu lalu! dah 2kali kami ke sana! oops...x akan pegi lagi! semlam tahan diri dr pegi McD..
mcmana sampai kat makkah pun dah ada starbuck tu?? depan Haram pulak!
salam tuan,
padat dgn info...
kalau yahudi tu, tetap yahudi.
mulai sekarang mari kita sama2 memboikot produk mereka sampai bila2.
cikgu zainab,
kita cari alternatif produk.kebanyakan produk makanan yahudi ni pun bukan berkhasiat spt di kfc,mcd,pizza hut,coke atau meggi.
salam..saya taknak komen pasal entry ni, tapi saya nak komen pasal kata2 kat atas tuw...saya sangat2 simpan cite2 nak pegi umrah, tapi tak terlintas lagi nak pegi haji..sebab kan, saya tengok lautan manusia tuw, tibe2 saya tedetik, saya rasa saya tak mampu nak rempuh ramai2 tuw..huhu..salah ke erk saya rasa macam tuw?
Dr,
Pendapat saya, perkara utama dan pertama untuk menguatkan umat islam adalah dengan menyematkan rasa CINTAKAN ALLAH kepada semua orang islam agar bukan sekadar menjadi muslimin dan muslimat tetapi kita inginkan semua umat islam menjadi mukminin dan mukminat.
muslim = follower
mukmin = penyerahan 100% jiwa dan raga kepada Allah.
Cara termudah untuk mencintai Allah adalah sentiasa 'online' dengan Allah setiap saat.
'online' bermakna kita sentiasa berkomunikasi dengan Allah.
Alangkah indahnya jika semua orang islam setiap saat berkomunikasi dengan Allah.
Alangkah kuatkan islam apabila semua orang mempunyai perasaan CINTAKAN ALLAH.
Apabila cintakan Allah, sudah pasti kita akan berserah pada Allah 100% dan ketika itu segala hati-hati kita disatukan. Islam akan kembali kuat seperti zaman Rasulullah S.A.W..
Semasa ini kita melakukan ibadah tidak lain dan tidak bukan semata-mata CINTAKAN ALLAH.
Kita melakukan apa sahaja kerana kita CINTAKAN ALLAH.
Hanya dengan setiap saat berkomunikasi dengan Allah menjadikan kita 'online' sentiasa dengan Allah. Dan akhirnya perasaan cintakan Allah akan hadir.
Sekadar perkongsian pendapat dan pandangan serta praktikal.
Salam En.
saya dan suami tak pernah masuk starbuck tak tahu pun itu produk yahudi,cuma golongan bawahan mcam saya anggap membazir sekadar nak minum kopi dengan harga yang mahal,anak2 pun diajar tak selalu,malah 2 atau 3 bulan payah sekali nak masuk kerana saya was-was tentang cara pemyembilihannya.
Tentang cindir-rela,
Jgn takut nak menunaikan haji lautan manusia hanya pada pandangan mata kasar insyaalah ada ruang untuk kita disetiap inci Tanah Haran untuk kita beriibadat,percaya dan yakinlah...
Salam,
Ada dua perkara boikot yang mampu melumpuhkan ekonomi Yahudi dan sekutunya :
1. Matawang US
2. Rokok
Jika banyak negara mengambil langkah untuk tidak berniaga dalam Matawang US, insyaAllah, lumpuhlah Yahudi Laknatullah. Ini satu penyelesaian yang kita sebagai orang kerdil susah nak laksanakan. Tapi ada satu lagi yang boleh kita orang Melayu Islam boleh lakukan. Berhentilah merokok. Rokok adalah penyumbang paling besar pada Israel.
Semasa kunjungan saya ke Mekkah tahun lepas, ada banyak outlet-outlet serupa KFC dan JC Donut di sana. Namanya Al-Baik dan House of Donuts. Sedap lebih sedap dari KFC. Mungkin mereka boleh fikirkan sistem francise untuk kedua-dua produk ini di bawa ke negara2 islam.
~ my 2cents opinion ~
Salam semua,
Saya setuju 'online dgn Allah' amat penting untuk diusahakan. Namun, perlu difikirkan juga habluminnanas- hubungan interaksi kemanusian.
Sememangnya membazir utk membelanjakan RM10 untuk secawan kopi. Sebagaimana di sebutkan dlm posting ini, ada sesuatu yg kita cari di outlet-outlet spt di Starbuck (saya akan bincangkan di posting akan datang). Justeru, pandangan utk boikot US$ memang bernas tapi kita secara individu sukar melakukannya. Ia melibatkan dasar kerajaan yg diluar kawalan kita. Da'wah kepada perokok adalah satu langkah yg terbaik, dengan simpanan duit rokok, si perokok boleh buat tabungan menunaikan Haji.
Kepada Cindir-rela, tidak perlu takut untuk menunaikan Haji. Haji adalah kemuncak perjalanan keinsafan dan bekalan penting pasca Haji bagi membina generasi gemilang.
Salam.
salam Dr..
saya kadang2 rasa terkilan kerana masyarakat islam lebih sibuk memboikot produk makanan yahudi dr produk rokok yahudi..pdahal hampir semua brand rokok ade d muka bumi ni kepunyaan yahudi..
Post a Comment