Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, January 19, 2009

Gotong Royong- Terima kasih


Program gotong royong membersihkan masjid al-Munawwarah berjalan dengan baik semalam. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua AJK, petugas, MBSA, Alam Flora, persatuan penduduk dan orang perseorangan yang membantu menjayakannya.

Kepada drbubbles dan sukarelawan Islamic Relief Malaysia, terima kasih dengan sokongan dan bantuan (maaf, tak sempat hendak taa’ruf panjang).


Dari Abdullah bin Masud, beliau berkata Rasululah s aw bersabda
”Sesiapa yang menjadikan keinginannya menjadi satu, iaitu keinginan untuk memperoleh kebahagiaan di akhirat, maka Allah akan mencukupkan keinginan dunianya. Barangsiapa yang keinginan dunianya bercabang-cabang maka Allah tidak akan peduli di lembah bumi mana dia akan binasa.”

Moga Allah menerima usaha ini sebagai satu amal soleh.

1 comment:

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Salam Tuan Haji,

Saya pun begitu.Maaf tak dapat berbual panjang.Insya Allah next time kalau ada lagi program sebegini,war-warkanlah kepada kami di Islamic Relief.Insya Allah kami akan cuba bantu.

Mohon pinjam gambar pameran IRM di blog tuan haji untuk rekod kami.