Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, January 13, 2009

Intifada, Boikot dan Airmata #2

Intifada #2 awal tahun 2000 hingga 2006 menguji solidariti kita, umat Islam. Dalam keadaan rintihan dan airmata berguguran, boikot produk Yahudi dan Amerika dilaungkan. Namun laungan ini agak rapuh. Bila suasana Palestin “agak aman”, kita kembali membeli produk Yahudi dan Amerika. Kita seolah-olah lupa dengan kekejaman Israel dan khianatnya Amerika kepada muslim sejagat.

Boikot kita tidak memberi impak besar kepada mereka. Brand-brand produk Yahudi tetap dalam senarai Top 30 World Best Brand. Sepanjang pemerhatian dan kajian saya, Coca Cola sentiasa berada di tangga pertama World Best Brand, diikuti oleh brand produk Yahudi/Amerika lain. Jadual di bawah saya ekstrak dari tesis Kedoktoran saya (Nota: 10 brand dari 30 Top Brand. Hampir semua brand ini milik Yahudi/Amerika).

___________________________________________________
TOP 30 BEST GLOBAL BRAND YEAR 2004-2006

RANK BRAND Brand Value in US$ Millions
ORDER 2006 2005 2004 Industry

1 Coca Cola 67,000 67,525 67,394 Beverages
2 Microsoft 56,926 59,941 61,372 Computer software
3 IBM 56,201 53,376 53,791 Computer services
4 GE 48,907 46,996 44,111 Diversified
5 Intel 32,319 35,588 33,499 Computer hardware
6 Nokia 30,131 26,452 24,041 Telecom equipment
7 Toyota 27,941 24,837 22,673 Automotive
8 Disney 27,848 26,441 27,113 Media/Entertainment
9 McDonald's 27,501 26,014 25,001 Restaurants
10 Mercedes 21,795 20,006 21,331 Automotive
________________________________________________

Jadual I. Extracted from Ridzwan, B. (2008).


Jika tidak silap, saya pernah baca satu laporan dua atau tiga tahun lalu menyebut, impak kepada global sales Coca Cola untuk aktiviti boikot cuma kecil iaitu USD200 Juta atau bersamaan dengan 0.8% dari hasil jualan (nota: Fakta perlu disemak). Pemboikotan bukan disebabkan oleh isu Palestin sahaja tetapi banyak faktor-faktor lain. Namun, walaupun pemboikotan dilakukan, purata peningkatan hasil (average growth sales YoY) adalah sekitar 4% setahun. Jadi, walaupun satu kumpulan memboikot, mungkin terdapat beberapa kumpulan lain yang meningkatkan pembelian lantas impak tidak ketara. Mereka juga mempunyai strategi global untuk terus menjuarai jualan. Dengan lain perkataan, hujah ini menyokong segelintir cakap-cakap orang kita bahawa janganlah buang masa memboikot macam anjing menyalak bukit, tiada kesannya.

Cuba kita ingat kembali bila usaha memboikot ini dilakukan kira-kira dua tahun lalu. Jika masih ingat, solidariti Restoran-restoran Mamak nampak menyerlah. Mereka memboikot dengan kesungguhan (nota: saya tidak pasti adakah mereka masih meneruskannya sekarang). Di ketika itu muncul pula Mecca Cola. Maka kita pun cuba beralih mencari Mecca Cola. Namun, secara peribadi, sukar untuk saya mencari Mecca Cola ini. Walaupun kualitinya setaraf Coke, terkial-kial juga mencarinya. Mungkin tuan-puan juga mengalami pengalaman yang sama. Mungkin Mecca Cola ini disorok, atau tidak mendapat sambutan masyarakat kita? Akhirnya, kita sama-sama lupa pasal perkara ini.




Namun airmata Palestin tetap berguguran. Anak-anak kecil Palestin terus dihujani peluru dan disembelih. Tanah-tanah Palestin berterusan dirampas, peta sejarah Palestin diubah, OIC kian dayus dan PBB cuma mangkuk yang perlu dihumban di gurun Sahara.

Walau apa sekalipun hujah rakan-rakan atau saudara mara kita untuk mengiyakan nafsu mereka (mungkin kita pun sama), namun wajib bagi kita membantu Palestin dan membebaskan Al-Aqsa. Memboikot barangan Yahudi adalah sebahagian kecil dari jihad yang perlu kita lakukan.

Justeru, tsunami Haji & Umrah perlu direalisasikan dalam kehidupan harian kita. Rupanya banyak lagi kerja yang kita kena lakukan, termasuklah mendidik diri sendiri.


InsyaAllah bersambung siri #3....

3 comments:

Farra Da Smiley said...

salam dr,
no 5~Intel..sume orang pakai, nak boikot cemana yer?

Anonymous said...

Belilah Mac. :)

Dr Ridzwan Bakar said...

Salam Farra & sahabat sekelian,
Di dalam ekonomi Islam ada dua istilah penting iaitu 'Dharuriah' dan 'Hajah'. Dalam konteks soalan ini, adakah jenama intel dikategorikan dalam istilah tersebut. Saya ambil contoh- Coke dan McD bukanlah termasuk dlm definisi barangan dua istilah di atas. Tanpa Coke dan McD muslim masih mampu hidup. Kita juga mungkin mempunyai pilihan lain. Justeru jika jenama no 5 amat kita perlukan, menepati aspek dan ada hujah maslahah, maka kita masih boleh mengambil manfaat. Ini yang kita sebutkan sebagai 'boikot selektif'.

Jazakallahu khair.