Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, January 5, 2009

Belanja Haji Meningkat< Apa Pendapat Anda?

Apa Pendapat Anda Dengan Berita Ini?
Adakah wajar TH menaikkan kos Haji 2009?
Apakah benar kemungkinan hasil pelaburan TH akan merosot tahun ini?

*************************************************
BERITA UTAMA
Sumber: Utusan Malaysia 5 Jan 2009

-->
Belanja haji 2009 mungkin meningkat kepada RM11,000
HUTAN MELINTANG 4 Jan. -

Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) kemungkinan akan menghentikan subsidi sebanyak RM2,600 bagi setiap jemaah untuk menunaikan haji mulai tahun ini. Ekoran itu kos untuk menunaikan haji tahun ini dijangka meningkat RM11,000 berbanding hanya RM8,973 tahun lalu. Ia meliputi kos penerbangan, penginapan, kesihatan dan pengangkutan di tanah suci Mekah dan Madinah pada musim haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, subsidi itu mungkin terpaksa ditarik ekoran pendapatanTabung Haji daripada sumber pelaburan yang semakin berkurangan berikutan kemelesetan ekonomi dunia. Katanya, ia termasuk kesan harga komoditi kelapa sawit yang merudum hingga menjejaskan pendapatan Tabung Haji.

"Oleh itu, Tabung Haji kemungkinan tidak akan memberikan subsidi tahun ini dan bakal jemaah mestilah bersedia menampung sendiri kos yang pernah disubsidikan Tabung Haji," katanya kepada pemberita di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah Sukan Rakyat anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat Perak (Kemas).
Ahmad Zahid berkata, tahun lalu Tabung Haji memberikan subsidi sebanyak RM2,600 bagi setiap jemaah untuk mengurangkan kos penerbangan, penginapan, kesihatan dan pengangkutan di tanah suci Mekah dan Madinah pada setiap musim haji.

Beliau berkata, jemaah haji yang mengikuti pakej anjuran anak syarikat Tabung Haji turut diberi subsidi kira-kira RM1,000. Menurut beliau, Tabung Haji mampu berbuat demikian sebelum ini kerana lembaga itu memperoleh 67 peratus pendapatan daripada keuntungan pelaburan saham di kaunter berlandaskan syariah Islam di Bursa Saham Malaysia dan hasil pelaburan hartanah serta jualan komoditi kelapa sawit.

Selain itu Ahmad Zahid juga yakin jumlah kuota 26,000 jemaah haji yang diberikan kerajaan Arab Saudi untuk negara ini tidak terjejas langsung berikutan kegawatan ekonomi dunia.
Setakat ini, tambahnya, 380,000 umat Islam di negara ini mendaftar untuk menunaikan ibadah haji tetapi hanya 26,000 sahaja kuota yang diberikan. Beliau yakin ramai jemaah mampu membiayai kos tambahan sekurang-kurangnya RM2,000 untuk menunaikan ibadah haji tahun ini. "Keadaan ini berlaku ketika musim kemelesetan ekonomi dunia dan ia mungkin kembali seperti asal apabila kedudukan hasilnya pulih semula," katanya.

**************************************************

Berilah komen ikhlas anda di sini.

8 comments:

Anonymous said...

Salam,

Saya tidak pandang diri saya, alhamdulilah Allah mengurniakan rezeki bagi saya lebih dari cukup. Tapi saya teringat dan terpandang wajah-wajah tua orang-orang kampung yang teringin nak menunaikan haji tapi perlu menambah lagi 2 ribu untuk belanja haji mereka tahun ini.

Kesian....

- hamba Allah yang baru pulang dari tanah suci -

Farra said...

salam dr hj ridzwan,

bagi saya insyallah tiada masalah..insyallah ada rezeki, tapi mmg kesian kepada yang btol2 kurang berkemampuan..mungkin TH boleh rangka satu pelan subsisi istimewa untuk golongan yang amat memerlukan mengikut kriteria tertentu ie pendapatan isirumah, bilangan ahli keluarga etc

JALAN REBUNG said...

salam hj,

satu pandangan yang bernas dan alngkah bagusnya kalau kita dapat adakah satu tabung amanah (mungkin dah ada) yang kumpul dana khas untuk bantu mereka yang mmerlukan untuk ke Mekah.

RIZAL

cikgu zainab said...

Kesian pada mereka yang tak mampu..
TH bolehlah sponsor pada yang memerlukan..

ridzwan bakar said...

Salam tuan/puan,
Terima kasih kepada yg sudah memberi komen/cadangan. InsyaAllah saya akan majukan cadangan ke TH mengikut channel yg saya ada. Saya mengharapkan feedback ini bagi memberi usul terbaik kepada pengurusan TH bagi membantu bakal jamaah disamping mengurangkan bebanan TH. Setiap sentuhan jari di keyboard pc tuan/puan ketika tuan/puan menaip untuk usaha ini akan dikira sebagai amal soleh.

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam,

Dengan izin Allah swt izinkan saya memberi pendapat/cadangan. Most of the suggestions tu betul kesian kpd org2 kampung(yg bekerja sawah,getah dsbnya) tetapi bagi saya kita juga perlu pandang ke hadapan. Jika asyik naik sahaja, org2 yg macam 'layak' pun akan terpaksa postpone. Sedih juga. Sepatutnya, urusan amal ibadat ini dipermudahkan. Jika tidak salah saya, Brunei memberi tambang free utk first timer ke Mekah. Dan sehingga hari ini Allah swt terus memakmurkan dan mengkayakan hasil negeri tersebut. Hrap dipertimbangkan setiap sudut/faktor baik dari yg benar2 memmerlukan sehinggalh kpd yg average people. Kalau boleh kita nak semua dapat Haji Muda. Dgn izin Allah jua.
-JustRina-

Anonymous said...

salam ,
saya pernah bertanya di kaunter KWSP mengapa tidak ada akaun khas untuk memudahkan pencarumnya menunaikan haji,jawapannya : tidak adil bagi bangsa / agama lain jika pihak kwsp membenarkan pencarum mengeluarkan sebahagian caruman semata-mata untuk menunaikan haji.Cadangan saya : mungkin pihak TH boleh berbincang dgn pihak KWSP untuk memanfaatkan caruman tersebut.Kalau tak belanja penuh,mungkinbeberapa peratus dari caruman agar dapat membantu memenuhi keperluan belanja haji yg bakal naik .wallahua'lam

- knoreza -

Anonymous said...

Salam,

Penambahan RM2,000 itu mmg nampak banyak, tapi yakin pada rezeki Allah jika betul kita diundang untuk jadi tetamuNya InsyaAllah akan dipermudahkan.