Followers- Jalinan Ukhuwah

Sunday, January 25, 2009

Kisah Serban Besar

Sudah tentu kita menghormati insan berserban atau berkopiah putih. Penghormatan lebih tinggi jika insan ini berserban besar. Banyak juga cerita-cerita dan pengalaman mengenai mereka ini yang kita dengar.

Ketika rancak kita membicarakan usaha memboikot barangan Yahudi dan kroni-kroninya, maka saya teringat satu kisah yang saya alami kira-kira 17 tahun lalu yang berkait dengan serban besar dan KFC. Ketika Bujang saya kurang gemar menziarahi outlet makanan segera. Kerana kejahilan, ianya memberi sedikit disadvantage kerana tidak ambil pusing perkembangan semasa.

Dipendekkan cerita, ketika berbaris untuk mengeluarkan wang di mesin ATM BSN Kompleks PKNS, saya mendapati seorang insan berserban besar (saya namakan SB) terkial-kial untuk mengeluarkan wang. Tanpa berlengah saya cuba membantu dan memang benar beliau berhadapan kesukaran untuk mengeluarkan wang. Dengan wajah kesian, Lelaki SB ini memohon bantuan saya, katanya ”Boleh adik tolong pinjamkan wang? Anak-anak abang tiga orang ada di KFC sedang menjamah ayam. Kalau duit tak boleh keluar, macamana saya hendak bayar?” Betul juga kata si SB ni. Saya bertanya ”Berapa abang perlukan?” Beliau menjawab, ”tak banyak RM350 sahaja”. ”Ha! Sekali makan KFC RM350 ke?”, betapa daifnya saya ketika itu (sebab tidak mahu ambil tahu atau masuk ke outlet makanan segera). Si SB ni menambah ”Isteri abang ada di Hospital Klang, melahirkan anak. Nanti bila balik abang ambil kad ATM isteri abang dan keluarkan wang untuk bayar balik duit adik. Lagipun abang tinggal di Banting tidak jauh dari Klang.”

Perasaan belas kasihan menyebabkan saya beralah. Saya terus keluarkan wang di ATM dan memberi beliau RM350. Saya mempunyai keyakinan ke atas insan yang berserban besar. Si SB ini kemudiannya mengambil no telefon rumah dan berjanji akan memulangkan wang pada malam itu juga selepas Isya’. Beliau juga menulis di atas kertas nama dan alamat pejabat majikan beliau iaitu DBKL Jln Raja Laut .

Selepas menunggu beliau hingga jam 11 malam akhirnya, kepercayaan saya terhakis. Keesokannya saya menelon DBKL bertanyakan nama si SB ini namun jawapan telefonis, tiada nama tersebut di pejabat DBKL. Dua hari kemudian saya pergi sendiri di alamat pejabat SB ini, namun jawapan yang sama saya terima, tiada insan yg bernama SB .....


Mutiara Bicara:
Pertama, Berhati-hatilah ketika berhadapan dengan orang yang tidak dikenali. Kedua, cubalah apa sahaja perkara baru supaya kita tahu sesuatu perkara. Kepada insan yang berserban dan berkopiah/berpurdah, tunjukkanalah contoh yang baik kepada masyarakat. Janganlah kerana sikap buruk anda menyebabkan kepercayaan orang kepada orang yang berserban/berkopiah terhakis. Islam rugi kerana perangai buruk anda.

2 comments:

Anonymous said...

Salam,

Saya selalu memikirkan, mereka-mereka jenis yang sebegini, yang meminta sedekah dengan bacaan Al Quran dan sebagainya telah meletakkan Islam itu daif sangat.

Anggaplah duit Tuan Haji Dr itu sebagai sedekah dan zakat.

p/s Saya tidak balik kampung. Isteri sedang mabuk mengandung :D

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Salam Dr Ridz,
Betul tu...SB - belum tentu baik orangnya! pernah kawan kak nab kena tipu si perempuan bertudung labuh..abis duit kat bank dikeluarkannya..kn pukau gitu! kita kena tengok2 jugak orang tu..bertudung ke, berserban ke, berkopiah ke..