Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, April 29, 2009

Menjadi Pilot Pesawat #3

Setiap kali sebelum pesawat berlepas saya akan berbincang dengan pilot, navigator dan radio controller berkaitan peta misi penerbangan. Peta ini disediakan oleh navigator dan jika saya sebagai airbos bersetuju, maka penerbangan boleh dilaksanakan. Perbincangan dilakukan agar semua krew memahami arah tuju destinasi pesawat. Peta perjalanan dilakar dengan anggaran masa penerbangan. Dari titik ke titik (point to point) kami anggarkan masa penerbangan. Radio Controller akan berkomunikasi dengan pilot disetiap titik bagi memastikan pesawat selamat. Jika peta diikut dengan sempurna, pesawat bukan sahaja selamat kembali ke Air base tetapi akan menepati sasaran waktu mendarat.

Saya cuba refleks pengalaman ini dengan kehidupan. Allah sudahpun memberi peta kehidupan dengan panduan dari junjungan mulia Muhammad s.a.w. Kita perlu melaksanakan 5 rukun Islam dalam tempoh kehidupan. Kita juga diberi panduan untuk amalan sebulan seperti puasa, panduan amalan harian seperti shahadah dan sholat, panduan pengorbanan melalui zakat dan panduan kemuncak pengorbanan iaitu Haji. Jika panduan-panduan peta kehidupan ini kita alpa, sudah tentu kita akan sesat, mendustakan Allah dan rasulnya dan melawan kitab suci.

Dalam amalan harian, kita juga bertolak menerusi peta pusingan jam dari titik ke titik. Bermula dengan kewajipan sholat Subuh dan berakhir dengan isya’, kita melalui jalan seharian melalui peta waktu sholat. Maka beruntunglah orang yang bersholat khususnya yang sempurna sholatnya.

Insan juga laksana pilot pesawat. Seorang pilot perlu fokus dan sentiasa bersedia untuk berlepas. Jika tidak, airboss boleh membatalkan penerbangan. Begitu juga, bila satu titik dalam peta perjalanan di tinggalkan, maka kita akan sesat sebagaimana pesawat sesat. Muazin sentiasa mengingatkan kita waktu sholat. Lebih dari itu beliau mengajak kita ” haiya alal-falah” marilah kita menuju kejayaan. Bagi mereka yang tidak menghiraukan titik ini, maka mereka juga tidak menghiraukan titik kejayaan dan mereka termasuk golongan orang yang rugi.

”Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk di dalam sholatnya.....”
Al-Mukminun: 1
Mutiara Bicara
Ya Allah ampunilah dosa kami yang sentiasa tidak khusuk dan fokus ketika melakukan sholat.

Insyaallah bersambung....

2 comments:

tajamkannuraniku said...

Assalamualaikum..bila baca coretan kali ni teringat intisari characterbuilding..antaranya..bila kira semula jumlah rakaat solat sepanjang umurkita..begitu byk jumlahnya..darabkan saja 17 rakkat sehari dgn 365 hari..kemudian jumlah itu didarab pula dgn lama kita mengerjakan solat...jumlahnya mungkin melebihi ratusan puluh ribu rakaat..tapi lehatlah kedalam diri kita..begitu byk mungkin tabiat buruk..akhlak negetif yang kita miliki..lagilah bila nak dibandingkan dgn peribadi Rasulullullah yang memiliki akhlak paling mulia" Alquran itulah umpama akhlak rasulullullah..."Mg ini mengingatkan kita untuk terus meningkatkan mutu solat kita agar benar2 dapat membina karakter kita sebagai muslim yang diredhai Allah

ridzwan bakar said...

tajamnuraniku,
solat yg mantap mampu membina karekter sejati. Ianya adalah satu proses yg panjang utk membina akhlaq. Tarbiah Haji mampu mengubah akhlaq insan.