Followers- Jalinan Ukhuwah

Friday, April 24, 2009

Menjadi Pilot Pesawat

Sudah hampir seminggu saya tidak update blog ini. Saya tidak dibenarkan berkomunikasi dengan orang luar untuk sementara waktu. Saya telah diarahkan menjalani latihan membawa kapalterbang di Segamat Johor. Kamera yang saya bawa juga tidak dibenarkan disepanjang latihan.

“Ha! Bawa kapalterbang?” Ramai yang ketawakan saya bila saya nyatakan saya akan menjalani latihan pilot membawa pesawat kecil. Apa kaitan tugas saya dengan kapalterbang? Secara logiknya, memang tiada kaitan. Kos ditanggung majikan pula melebihi RM10,000 seorang. Bila saya diminta hadir, hati saya juga ketawa apatah lagi orang lain. Ketika itu saya berkata, “RM10,000 boleh 2 kali pergi umrah!”

Saya tidak pernah terlintas atau bercita-cita membawa pesawat atau menjadi pilot. Namun, bila peluang hadir, saya akan cuba menguasainya kerana peluang sebegini tidak semua akan perolehinya. Kelas teori membawa kapalterbang telah saya ikuti dua bulan lepas. Selepas menghadiri kelas teori, hati saya tidak sabar-sabar untuk membawa pesawat.

Saya mula berangan-angan sepanjang perjalanan KL_Segamat. Bukankah seronok dan banyaknya pahala jika boleh membawa pesawat komersil membawa jamaah Haji dan Umrah? Di sepanjang penerbangan saya boleh berdoa, mengajak jamaah bertasbih dan bila tiba di Miqat boleh mengajak jamaah bertalbiah. Boleh juga mengajak jamaah solat berjamaah dalam flight. Ketika menunaikan Umrah tahun 2004 lalu, saya menaiki pesawat Biman Air. Peramugari yang bacakan doa naik kenderaan dan doa musafir.

Apa yang saya perolehi bila secara peribadi memegang controller pesawat? Apa perasaan saya? Apa kaitan antara menguruskan penerbangan dengan kehidupan, kepimpinan dan matlamat hidup muslim? Apa yang saya fikirkan berkenaan pengurusan jamaah Haji dengan penerbangan?

InsyaAllah saya akan sambung….

3 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Ridz,
Wah! Tentu sangat teruja boleh bawa pesawat!! Kak Nab nak tunggu cerita seterusnya...

VimmiYasmin said...

Dr

alamak
bestnya berada diudara
saya suker kalo kesemua anak anak perempuan saya..
jadi PILOT !

nanti mintak tlg Dr bagi motivation talk sket bleh?
hehehe!

tajamkannuraniku said...

Assalamualaikum...dr, syabas dan tahniah sekali lagi..tambah stu lagi kemahiran dan kepakaran..teringat kisah kapten indonesia yang terselamat kerana mamapu buat zmp tepat pada masa dan situasi..subhanallah..sorang anakanda saya minat dulu2 nak jadi pilot..ada inspektor muda tudm..tapi sekarang sedang lanjutkan pelajarannya dibidang quantity surveying di u northtumbria newcastle