Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, April 2, 2009

Prestasi Kerja Manusia

Baru-baru ini saya bertemu dengan sifu psikologi saya. Beliau bertanya mengapa sektor korporat mengamalkan cara penilaian prestasi yang tidak menghargai sumbangan kakitangan sendiri? Saya tiada jawapan khusus namun mencelah ”Mungkin itu sahaja method yang mampu mereka fikirkan.” Seterusnya saya menambah ”Lagipun, kita mengamalkan sistem kapitalis yang hanya memperkasakan shareholders.”

Beliau meneruskan bicara, ”Sebenarnya semua insan mempunyai kekuatan tersendiri dan saya tidak nampak kepincangan ketara kakitangan yang diberi performance Level 1 (prestasi tidak baik, tiada sumbangan, tidak layak bonus). Beliau menambah ”Bila saya bertemu dengan insan yang prestasi ”teruk” ini, saya dapati mereka sebenarnya ok.” Bagus juga kupasan sifu saya ini.

Kes sebegini bukanlah kes terpencil. Ianya bukan sahaja berlaku di sektor korporat sahaja. Ramai juga rakan-rakan di sektor kerajaan merungut mengenai penilaian prestasi kerja yang tidak adil. Berbagai-bagai kaedah digunakan untuk penilaian prestasi. Pun begitu, kenapa hendak gunakan ’bell curve’ untuk penilaian prestasi? Contohnya jika bell curve menunjukan pecahan 3%, 4%, 50%, 40%, 3% , ini bererti setiap 100 kakitangan, 3 orang akan dianggap tidak perform langsung! Maksudnya, orang yang buat kerjapun berisiko (pada kadar 3% kebarangkalian) untuk jatuh kategori 1 (prestasi tidak baik dan zero bonus/zero increment). Ini bakal menimbulkan ketidakpuasan hati pekerja dan menjejaskan motivasi kerja.

Ketika memandu pulang, saya terfikir betapa sukarnya untuk berlaku adil. Ada insan yang tidaklah buat kerja sangat, tetapi oleh kerana rapat dengan bos maka beliau boleh mendapat cemerlang pencapaian Level 4 atau 5. Ada juga kes, bos sahaja yang mendapat ketegori cemerlang tapi anak-anak buah sekadar biasa sahaja. Macam mana boleh jadi bos sahaja cemerlang tetapi lima lagi anak buah samada jatuh kategori ’biasa aje’ atau ’kurang memuaskan’? Pelik tetapi itulah yang berlaku!

Jika kita sebagai pemimpin, muhasabahlah diri bahawa kita akan ditanya mengenai ketidakadilan yang telah dilakukan. Orang yang kita aniaya akan menuntut haknya di mahkamah Allah, jika mereka mahu. Ketika itu, tiada peguam yang dapat membantu kita..
Allah berfirman
”Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu kelak bakal disoal.”
( AL-Isra’: 36)


Takutlah Allah dan takutlah azab Allah.

2 comments:

Unknown said...

Secara peribadi, saya rasa kes2 itu tidaklah terpencil.. tetapi banyak.Ianya hanya tidak difikirkan sangat.. 'kalo bukan rezeki, takpe arr'. Itu yang menyebabkan ianya tidak dihebahkan..

Tapi selemah-lemah iman, kita berdoa moga2 suatu hari nanti adalah rezeki kita..Amin.

inamohamed said...

Sebagai manusia memang sukar menentukan keadilan. Allah s.w.t yang Maha Adil dan maha Suci juga dikatakan sebagai tidak adil oleh manusia.

Sesungguhnya rezeki setiap makhluk ditentukan olehNya. Manusia hanya berusaha. Hukum alam, apa yang diusaha, itulah yang dituai. Namun jika bukan rezeki, bencana alam merosakan segalanya. Makanan yang dah hampir amsuk ke mulut juga boleh terjatuh keluar.