Kejujuran adalah aset kehidupan. Kita mahu bersikap jujur dan begitu juga kita mahu orang lain juga jujur dengan kita. Namun kadang-kadang kita tergelincir, mungkin alpa dengan sedikit nikmat yang kita perolehi.
Di dalam satu kisah ada dinyatakan bahawa Rasululah s a w pernah memaklumkan jamaah bahawa jika kita jujur dengan Allah, maka Allah juga akan jujur dengan kita. Di dalam kitab Sahih Muslim, disebutkan bahawa Rasululah s. a w pernah berpesan:
”Barangsiapa yang jujur meminta mati shahid, maka Allah akan menyampaikannya ke darjat para syuhada’, walaupun dia meninggal di atas katil.” (Riwayat Sahl bin Hanif)
Bila menyingkap kembali sejarah, Saidina Umar r a pernah berdoa memohon dianugerahkan mati syahid di bumi Madinah. Bila doa Umar yang lahir dari hati yang jujur dan ikhlas, maka Allah menganugerahkan beliau mati syahid di bumi Madinah. Kematian beliau bukan di perang jihad, tetapi di katil akibat di bunuh.
Walaupun secara fitrah kejujuran dan keikhlasan adalah aset kehidupan, namun tidak semua insan mampu menguasainya. Kita akan rasa kecewa bila kejujuran kita diperlekehkan. Atau mungkin kejujuran kita akan menjadi liabiliti kepada insan-insan yang mementingkan diri sendiri.
Justeru, jujurlah dan ikhlaslah dengan Allah dan kerana Allah. Tidak perlulah kita bersungguh-sungguh mencari pengiktirafan manusia atas usaha kita membina jaringan kejujuran dan keikhlasan. Beristighfarlah memohon perlindungan dan keampunan Allah.
1 comment:
betul tu..kejujuran yg lahir dari hati yg ikhlas takperlu pun pengiktirafan dr org lain..
thanks Dr sudi komen blog saya dan mendoakan saya dan ibu saya..amin amin ya rabb
Post a Comment