Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, March 19, 2009

MUTIARA

MUTIARA

Setiap insan ingin memiliki barang berharga dan bernilai tinggi di mata masyarakat. Memiliki mutiara yang mahal sudah tentu antaranya. Mutiara termahal sudah dijanjikan dalam Qur’an buat pendokong risalah Islam.

Dalam kehidupan, antara mutiara berharga ialah memiliki ilmu. Semakin banyak ilmu dan pengalaman maka secara prinsipnya kita lebih berharga. Umpama mutiara, semakin dalam ia di dasar laut maka makin tinggi nilainya.

Insan yang ada wisdom adalah mereka yang menghargai pemberian Allah ini. Justeru ilmu dimanfaatkan, dikongsi dan dengan ilmu ia merendah diri. Insan yang ada wisdom sentiasa berhati-hati takut akan Tuhannya seperti seekor burung yang berhati-hati ketika menghinggap dahan pokok.

Insan yang bahgia adalah insan yang mahu sentiasa berkongsi, memperolehi kasih sayang orang yang dikongsi dan memperolehi ganjaran pahala yang telah dijanjikan.

No comments: