Kita sering berhadapan dengan pusingan roda kehidupan. Seketika kita senyum, diketika lain kita murung. Hari ini kita melonjak, esok kita merudum.
Hari ini saya bertemu dengan seorang rakan lama. Raut wajah mengambarkan yang beliau di dalam kesusahan. Perniagaan beliau tidak menentu di saat ini dan hutang juga kian meningkat. Itulah harga sebuah perniagaan, risiko yang perlu diambil. Beliau tidak meminta bantuan kewangan, tetapi beliau memerlukan rakan untuk meluahkan tekanan. Hati mulia beliau diluahkan kepada saya. ”Wan, aku takut Allah mengambil usiaku esok pagi di dalam keadaan hutang aku yang tidak mampu aku dan ahli keluargaku langsaikan.” Subhanallah! Rakan saya ini khuatir mati dalam keadaan hutang. Mulia sungguh hati sebegini. Dalam hati saya menyebut, ada segelintir orang-orang kita yang tak kisahpun menimbun hutang?
Biar apapun kondisi kita, Tuhan tetap menyayangi kita. Apa sahaja makhluq samada burung yang terbang, binatang yang merayap, ikan di lautan, cacing di dalam tanah dan tumbuhan menyedari kehadiran Allah yang menguruskan kehidupan dan rezeki.
Firman Allah
...dan tidak ada satu makhlukpun melainkan dia bertasbih dengan MemujiNya, tetapi kamu semua tidak mengerti tasbih mereka. Al-Isra’:44
Insan mukmin seharusnya gembira kerana Allah menjanjikan perlindungan, rezeki, rahmat dan keampunan. Jika ada insan yang tidak dapat mengasihi kita semasa kita di dalam masalah, itu bukan titik noktah perjalanan. Allah selalu mengasihani kita, mengampuni kita dan menerima taubat kepada sesiapa yang bertaubat kepadaNya.
Rahmat Allah itu maha luas, maka mohonlah kepadaNya. Moga Allah meringankan beban rakan lama saya ini.
1 comment:
salam..
ohh, ini membuatkan saya takut nak berhutang..
sebab ia akan dituntut di akhirat kelak..
dan, beban melangsaikan hutang juga akan diletakkan kepada ahli keluarga jika sesorang itu tidak sempat melangsaikannya semasa hidup..
huhuhu, risaunya..
Post a Comment