Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, March 10, 2009

MAULUD DAN MUALAF

Salam Maulidur-rasul s.a.w.

Allah berfirman:

”Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan memuji Allah dan mohonlah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat.”
(An-Nashr: 1-3)

Sambutan maulid ar rasul diraikan oleh masyarakat kita sebagai rutin tahunan. Perarakan dengan tema tersendiri menyulami sambutan. Tentu sekali kos perarakan ini menelan belanja ratusan ribu atau mungkin mencecah jutaan RM. Di setengah tempat pula pengisian lebih berbentuk ceramah dan penghayatan sirah.

Dengan kebesaran Allah, kami menyambut maulid ar-rasul dalam keadaan yang istimewa pada tahun 1430H ini. Ayat Qur’an di atas adalah janji Allah bahawa bila usaha dilakukan maka pertolongan Allah tiba, maka berbondonglah manusia mencari jalan Ilahi.

Minggu lepas saya menulis entri untuk mengujudkan sub-unit dakwah bagi membina warga baru muslim di tempat saya. Allah mendengar isi hati saya. Apa yang berlaku?

Selepas sholat Asar di Masjid petang maulid ar-rasul (petang semalam), kami dihampiri oleh dua pemuda cina. Hasrat beliau suci, ingin membenarkan shahadah dan ikhlas mahu mendalami Islam. Allahu Akbar! Allhu akbar! Walilahilhamd. Shahadah dilafazkan di hadapan ustaz Badar dan disaksikan oleh beberapa jamaah. Sememangnya sukar untuk mereka menyebut kalimah suci shahadah di dalam bahasa Arab. Beliau bersungguh-sungguh melakukannya. Dalam kedamaian petang, airmata saya menitis tanpa disedari. Mengapa mereka perlu bersusah payah mencari jalan al-islam dalam kesulitan dan pada masa yang sama anak-anak muda Melayu pula GAH dengan nikmat hidup? Mengapa mereka memilih Islam dalam keadaan ada segelintir orang kita yang menolak Islam, sunnah dan menghentam ulama dan generasi Qur’an?

Saya teringat kenangan ketika belajar di England dahulu bilamana sama-sama membantu mat salleh mengucap shahadah. Hampir setiap hari ada sahaja ’mat soleh’ dan ’minah solehah’ akan hadir ke Islamic center untuk membuat perakuan janji mendaulatkan Allah dan RasulNya. Mereka bersungguh-sungguh mahukan Islam. Saya juga mengimpikan senario ini akan berlaku di Tanah Melayu tercinta ini.

Sedikit muhasabah buat kita. Setelah Tanah Melayu merdeka lebih dari 50 tahun, berapa ramai rakyat Malaysia bukan Islam sudah memeluk Islam? Berapa ramai pula yang benar-benar menghayati dan melaksanakan Islam? Adakah pendekatan dakwah kita efektif?

MUTIARA BICARA

Ayat terakhir surah an-nashr menjemput kita untuk bertasbih memuji kebesaran dan kehebatan Allah. Subhanallah, Maha Suci Allah yang mengatur perjalanan cakerawala, yang menyusun hati-hati insan untuk bertawaf mengelilingi Kaabah hingga kiamat dan yang memelihara hati dan jiwa manusia. Di akhir ayat, Allah menyuruhkan kita memohon keampunan atas kelalaian kita (khususnya diri saya) kerana kurang sungguh-sungguh untuk mendampingi teman-teman bukan Islam.

2 comments:

tajamkannuraniku said...

SALAM MAULIDUR RASUL..NURANI SAYA BENAR2 TERUSIK MEMBACAARTIKELKALINI..SYABAS TAHNIAH..SY MEMBELI BUKU TUAN BEBERAPABULAN LEPAS SELESAI MEMBACA NYA DALAM 2 HARI..TERUS DAFTAR HAJI MOHON DOANYA AGAR SY DAPAT JEJAKKAN KAKI SAYA SEKALI LAGI KE SANA...RASANYA TENTU TUAN NI ALUMNI ESQ165..SYABAS..TAHNIAH..

Dr Ridzwan Bakar said...

tajamkannuraniku,
saya dan keluarga mendoakan agar Allah segera memilih cik puan untuk menunaikan Haji lagi.

insyaallah & amin.