Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, March 4, 2009

Allah mendengar isi hati kita

Hasrat untuk mengujudkan sub-unit dakwah untuk warga muslim yang baru memeluk Islam sudah lebih tiga tahun dipinggirkan di lubuk hati saya. Di mana kekuatan untuk mengerakkannya? Wallah alam, mungkin kelemahan saya.

Perbincangan dengan teman-teman yang baru memeluk Islam mengambarkan bahawa mereka merasa terpinggir dan tiada sokongan masyarakat muslim Melayu yang kaya dengan budi bahasa itu. Secara umum, selepas mereka mengistiharkan shahadah, mereka Cuma diberi kursus bersiri lebih kurang dua bulan oleh Jabatan Agama dan kemudian terhenti di situ. Tidak ada follow-up program.

Ketika kami sekeluarga mengahwinkan adik ipar saya dengan sdr ALif Lim Abdullah baru-baru ini, perkara tiada pengisian program susulan kepada saudara baru muslim ini seolah-olah bukan lagi cakap-cakap kosong. Memang tiada follow-up program! Ini satu ‘beban’ buat saya dan keluarga untuk mendidik suami kepada adik ipar saya ini untuk mendalami dan memahami Islam.

Beberapa hari lepas bila meneliti perlunya digerakkan usaha ini dan menghidupkan kembali azam saya yang terpinggir itu , dengan KEBESARAN ALLAH, dua pemuda yang baru memeluk Islam datang dan memaklumkan kesediaan untuk mengujudkan sub-unit dakwah bagi warga baru muslim.

Subhanallah! Itulah kebesaran Allah. Allah mendengar isihati saya dan Allah juga yang menghantar dua pemuda bukan Melayu ini untuk mengerakkannya.

InsyaAllah, dengan izin Allah kami akan usahakan proses follow-up tarbiyah untuk warga baru muslim dan potential muslims di dalam organisasi Masjid Al-Munawwarah.

“Ya Allah berikanlah kami kekuatan dan sokongan untuk meneruskan usaha murni yang kecil ini. Peliharalah kami agar tidak tergelincir di jalan dakwah.”

2 comments:

Anonymous said...

Salam. Happy Birthday Uncle..May Allah Bless You..n have a great year in 2009..

Warmest Regards
Nurul Fatin Haq

a.t.u.l.a.s.c.a. said...

ya Allah...mg2 Allah memberkati encik dalam melebarkan sayap dakwah ini...apa yang boleh saya bantu encik untuk sub-unit dakwah ini?? saya amat berbesar hati jika saya dapat sumbangkan sesuatu untuk usaha murni ini, walaupun hanya melalui alam maya-internet...