Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, April 8, 2009

Sahabat Berjiwa Abu Bakr

Ketika saya menunaikan Haji, hampir setiap hari saya membeli akhbar pada harga SR2 senaskah untuk mengetahui perkembangan dunia. Semasa di Madinah, timbul satu isu yang mengemparkan rakyat tempatan. Isunya mendapat liputan meluas media Saudi kerana seorang pemimpin Syiah meludah ke makam Abu Bakr ketika menziarahi Makam Rasul s.a.w. Mereka (syiah) mempunyai hujah tersendiri mengapa mereka melahirkan kebencian ini. Saya tidak berhasrat untuk komen pegangan mereka. Namun, universiti Haji memberi saya ruang untuk berfikir.

Abu Bakr adalah insan pertama yang mengakui peristiwa isra’ dan mi’raj Rasul s.a.w. Di dalam keadaan Rasul s.a.w. dikelilingi oleh Bani Luay dan Bani Ka’ab dan hentakkan hebat Abu Jahal terhadap baginda, Abu Bakr pula mengambil jalan membenarkan kejadian isra’ dan m’raj. Bahkan beliau melangkah satu tangga lagi dengan menyatakan bahawa beliau akan mempercayai peristiwa yang lebih hebat dari isra’ dan mi’raj jika Rasul s.a.w. menyatakannya. Rasul s.a.w mengiktiraf iman Abu Bakr dengan menyatakan jika keseluruhan iman manusia ditimbang nescaya berat lagi iman Abu Bakr.

Peristiwa Hijrah juga membuktikan Abu Bakr adalah insan yang taat dan mempunyai iman yang tinggi. Dalam ramai-ramai sahabat, Rasul s.a.w. telah memilih Abu Bakr menemani perjalanan hijrah yang berminggu-minggu itu. Perancangan strategik dilakukan bersama. Merentas panah mentari di gurun pasir pula bukanlah mudah. Jamaah haji/umrah yang menaiki bas berhawa dingin pun sering mengeluh kerana tidak tahan dengan perjalanan 5-7 jam Mekah-Madinah.

Sukar untuk kita mendapatkan insan yang ikhlas untuk menghulurkan cermin buat kita. Tidak kira samada perkara peribadi atau urusan pejabat, kita amat memerlukan sahabat berjiwa Abu Bakr. Bukankah seronok jika kita mepunyai sahabat berjiwa Abu Bakr. Sahabat yang menjadi cermin hidup mampu memandu kita mendekatkan diri dengan Allah.

Allah berfirman
”Dan kami akan memberi kamu taufiq kepada jalan kebahgiaan (dunia dan akhirat), oleh sebab itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat.”
(Al-A’laa: 9-10)

3 comments:

Muna said...

assalamualaikum,
i've bought and read your haji muda book..it was totally an inspiring read..insyallah..ada rezeki and umur panjang saya dan suami pun ingin sama-sama mengerjakan ibadat haji..
but in this near date, this month insyallah, kami sekeluarga akan ke sana untuk mengerjakan ibadat umrah..pergi bersama keluarga mentua saya sekali..kami akan membawa anak-anak kami bersama umur 4+ tahun dan 2+ bulan. we have no choice to bring the baby along cause have no one to leave the baby to while we're away..bole saudara cerita sikit bagaimana pengalaman ibu bapa yang bawa anak-anak kecil pegi umrah ni? terima kasih..keep on writing your wonderful journey:)

email: msmuna@gmail.com

Norlela Zubir said...

Assalamualaikum.
Saya menghadiahkan buku Haji Muda kepada anak saya sempena hari jadinya yang ke 24 bulan April ini. Turut saya hadiahkan kepadanya buku Travelog Dakwah tulisan Prof. Kamil. Anak saya terpilih untuk mengerjakan haji pada tahun ini, insyaAllah. Syukur Alhamdulillah, ada buku-buku istimewa untuk memberi inspirasi kepada mereka yang masih muda. Semoga Allah membeli pahala setimpal buat usaha tuan yang menulisnya.

Dr Ridzwan Bakar said...

Salam Pn Muna & Pn Norlela,
Tahniah atas usaha untuk membawa dan motivate anak untuk ke Tanah Suci. InsyaAllah bila free nanti saya akan menulis sedikit cabaran dan nikmat membawa anak2 ke Tanah Suci.