Followers- Jalinan Ukhuwah

Wednesday, May 13, 2009

Bandung

(Lokasi gambar di kawah Gunung Berapi yang masih aktif di Tangkuban Perahu).
(Sebelah kanan adalah Lokasi bandar Bandung dan Masjid).

Saya berada di Bandung sejak minggu lepas hingga Isnin lalu. Kesempatan berurusan di sana saya ambil dengan melawat tempat-tempat menarik dan bershopping. Semenjak sebulan dua ini saya rasa saya tidak mendapat rehat yang cukup justeru kesempatan di sana saya ambil dengan berehat dan kurangkan komunikasi internet kecuali menggunakan teknologi blackberry yang saya boleh capai di sana untuk tujuan komunikasi rasmi.

Saya sudah lama tidak ke Indonesia. Ketika tiba di sana minggu lepas, saya merasai kenyamanan udara dan persekitaran Bandung. Setiap hari hujan turun dengan lebat di antara Asar dan Isya. Ketika Malaysia mengalami cuaca panas, Bandung pula amat nyaman. Tidur malam pula tidak perlu membuka aircond kerana udara nyaman dan sejuk sudah cukup melenakan. Aktiviti bershopping cukup mengila kerana pengunjung boleh mendapat barang yang sama di Msia pada harga yang jauh lebih murah. Sepasang kasut kulit untuk tujuan ekspot dijual pada harga Rp 320,000 boleh ditawar hingga ke Rp200,000 iaitu sekitar RM50 sahaja. Kasut yang sama dijual di Msia pada harga hampir RM200!

Ramai rakyat Malaysia berada di Bandung untuk tujuan shopping dan main golf. Ianya sudah menjadi weekend destination buat rakyat Malaysia. Ada juga saya jumpa kakak-kakak kita yang menempah kain langsir untuk persediaan Hari Raya, membeli pakaian anak-anak untuk Raya dll.
(Sebelah kiri adalah gambar Bersama isteri di perjalanan ke kawah Gunung berapi).

Hampir 100% penduduk Bandung adalah Muslim. Cuma ekonomi mereka dikuasai oleh kaum Cina. Kehidupan Rakyat tempatan amat sempit dan terdesak. Kemiskinan amat ketara. Sempat juga saya menghulurkan sedikit sumbangan untuk masjid mereka yang uzur.

Pendek kata, pengalaman singkat ini amat bermakna. InsyaAllah, saya akan datang lagi ke Bandung untuk menikmati udara nyaman.

Nota: Tip-tip melancong ke Bandung akan saya tulis di entri akan datang, insyaAllah (Itupun jika ada permintaaan pengunjung blog).

4 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Seronok gi shopping kat sana! KN gi tahun lepas. Rasa nak ke sana lagi...

Farra Da Smiley said...

bestnyer jalan-jalan..sy tak pernah gi bandung lg

Fuad Latip said...

Assalammualaikum,

Abg Ridzwan, menghilang ke bandung rupanya. Banyak yang menarik di sana?

16 Mei syarahan intelektual di UiTM Johor. Saya sebenarnya bimbang juga kerana saya ni banyak jahilnya lagi.

Semua yang dicatatkan di blog adalah apa yang saya amalkan. Namun disebabkan sesuatu ilmu itu memberi manafaat kepada saya, saya share dalam blog.

Tapi tak terfikir pula sampai dijemput dengan cukup istimewa oleh Prof Kamil sendiri untuk memberikan talk di UiTM Johor.

Semuanya adalah kehendak Allah. Mudah-mudahan ia datang dari jiwa dan ia diterima ke dalam jiwa.

p/s Nak jemput saya juga ke? Aduh! Cukup merisaukan :)

sitinoor said...

G Bandung!!best napa tak ajak saya.boleh sy kesana lagi utk shoping n paling best air buah.