Followers- Jalinan Ukhuwah

Tuesday, May 5, 2009

PPSMI: Hasil Meja Bulat Di Tolak

Isu PPSMI akan terus membara selagi tuntutan pencinta bahasa Melayu di pandang ringan. Di dada akhbar hari ini terpampang perkataan ’Hasil Meja Bulat Di tolak’.

Saya baru kembali dari Singapura setelah berada di sana selama 3 hari. Secara umum, masyarakat Singapura berjaya menguasai bahasa Inggeris dengan baik termasuklah di kalangan masyarakat Melayu. Di dada akhbar Berita Harian Singapura terpampang wajah seorang Profesor Melayu yang telah diberi kepercayaan tinggi dan menerima grant untuk mengembangkan kajian beliau. Wartawan akhbar pula mempersoalkan mengapa masyarakat Melayu cukup sensitif dengan perkataan inggeris yang di Melayukan tetapi boleh pula menerima bahasa Arab yang di Melayukan? Banyak lagi perkara yang boleh diperbahaskan berhubung bahasa inggeris-Melayu ini.

Namun begitu, saya berminat untuk membawa empat perkara yang ingin saya berkongsi di posting kali ini:

1. Dikalangan anak2 Melayu mereka mahu PPSMI diteruskan.
Bila saya tanya anak-anak Melayu (termasuk anak saya dan anak saudara/jiran) mereka mahu PPSMI diteruskan. Mereka berhujah bahawa mereka dah bersedia dan boleh belajar dalam bahasa Inggeris. Ini sedikit membuka minda saya bahawa anak-anak kita cepat belajar dan mampu melakukannya. Ia turut memberi tamparan kepada saya yang menentang PPSMI!

2. Dikalangan rakan-rakan saya di sektor korporat dan kerajaan, kebanyakkan pula mahu PPSMI diteruskan. Mereka mahu anak-anak mereka lebih hebat dari diri mereka.

3. Malay Competitiveness.
Di kalangan CEO Melayu yang saya temui menyatakan bahawa Melayu tidak akan kompetitif di pasaran global jika tidak menguasai bahasa Inggeris di sekolah.

4. Pelaksanaan tidak meletakkan kepentingan.
Saya menyokong pendapat yang menyatakan bahawa kita kena ubah nama bangunan, nama jalan atau nama tempat kompleks membeli belah kepada nama bahasa Melayu. Masyarakat Cina berusaha keras mengubah nama bahasa Melayu ke bahasa lain di papan tanda jalan di KL dan P.Pinang. Kita pula membiarkan nama-nama Inggeris tumbuh macam cendawan di Taman perumahan, kompleks pejabat dan pusat membeli belah. Persoalannya bagaimana untuk kita melakukan perubahan ini setelah terlanjur jauh melebihi 50 tahun pasca Merdeka?


Pada hemat saya, Melayu perlu menguasai bahasa Inggeris untuk tujuan komunikasi. Kita tidak kompetitif kerana kita tidak mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik walaupun mungkin kita boleh menulis dan membaca dalam bahasa Inggeris dengan baik. Bangsa bukan Melayu tidak lah hebat sangat dengan inggerisnya namun mereka mampu hentam sahaja bila berbicara dalam bahasa asing itu. Bila saya menemuduga anak-anak Melayu yang memiliki Ijazah kelas Pertama atau yang memohon biasiswa PhD/Masters, kelemahan ketara ialah tidak mampu ekspresi diri dan berhujah dalam bahasa Inggeris. Jadi di mana silapnya?

Mutiara Bicara:
Bila kita bermusafir atau menunaikan Haji tiada bahasa lain yang mampu untuk kita berkomunikasi selain bahasa Inggeris (terlalu kurang orang kita boleh berbicara dalam bahasa Arab). Justeru, kementerian perlu membanyakkan masa di sekolah untuk anak-anak bercakap dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Ibubapa pula perlu juga gigih menguasai bahasa Inggeris dan bahasa Al-Qur’an lohgatul arabiah supaya menjadi contoh terbaik untuk anak-anak.

7 comments:

Zuraimah Ismail said...

Setuju!!! Lagi bagus kalau anak bangsa kita juga boleh berkomunikasi dgn perlbagai bahasa. Ia akan lebih membantu dalam perkembangan diri..

p/s:talking to myself actually..:)

tajamkannuraniku said...

Assalamualaikum..DR. daripada satu segi saya setuju dgn pandangan dr. dan anak2 hari ni..terutama yang memang ok bahasa inggerisnya..begitu juga dgn anak2 saya yang memulai sains dan maths dalam BI..nampaknya vocabulary depa jauh lebih banyak dan baik compared dgn kakak yang x mulai BI lebih awal..tapi bila kita lihat anak2 yang memang lemah dan x minat dgn BI ni semuanya makin merosot, yang lebih ketara minat untuk kesekolah dan belajar sains dan maths ini semakin merudum..kadang2 saya terfikir mungkin ada baik nya depa buat dua aliran mcm dulu2..zaman 60an..kami adik beradik pun hanya saya sorang english medium..abang dan adik2 malay medium..at least kita beri peluang semua orang untuk belajar dgn selesa....agar minat untuk belajar sentiasa subur...agarmemperolehi ilmu yang bermanafaat..hrp dr respond beberapa comment saya di post sebelumnya....

Anonymous said...

Salam,
Saya mewakili anak saudara saya dikampung yang sememangnya tidak bercakap BI.Ibu bapa apatah lagi.Minatnya menjadi tumpul bagi belajar Math dan sains.Siapa nak tolong angkat tangan.....

ridzwan bakar said...

Salam,
PPSMI sudah dikaji baik buruknya. Kita berharap kerajaan dapat memikirkan jalan terbaik demi masa depan ummah. Bagi CT, anda sememangnya telah menguasai BI sementara pandangan anonymous juga penting untuk diberi perhatian. Tajamnuraniku membawa usul yg baik iaitu mengujudkan kembali dua aliran.

Posting saya ini cuba berkongsi bahawa kita perlu memantapkan komunikasi bahasa inggeris bukannya PPSMI.

Moga Allah memandu pemimpin2 kita utk membuat keputusan terbaik demi survival Islam.

ZAINAL ZAKARIAH said...

Saudara Ridzwan,

Saya & isteri baru sahaja selesai membaca buku Haji Muda. Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman. Semoga kehidupan kita diberkati Allah selalu.

tajamkannuraniku said...

Salam perdamaian..saya sgt bersetuju dgn pandangan dr. yang jauh lebih penting tingkatkan keupayaan bercommunikasi dlm BI..ramai yang boleh membaca dan menulis dalam BI tetapi belum tentu boleh berkomunikasi dgnnya..saya pun begitu x terpaksa x bercakap kurang yakin sebenarnya..anak saya yang sulung memilih untuk ke UK menyambung pelajarannya agar fasih berbahasa inggeris..anak kedua pernah belajar di Syria selama 5 tahun agar alhamdulillah fasih berbahasaa Arab..sepanjang hidup dan perjalanan sementara ini kita pasti memunggut berlian berharga...

Rislah said...

Assalamua'alaikum.

Saya setuju dengan Doc. Kita perlu memantapkan bahasa Inggeris. Oleh itu kaedah pembelajaran dan pengajaran BI yang perlu dipertingkatkan supaya pelajar lebih pandai dan menguasai BI. Bukannya memaksa pelajar belajar Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris.

Bagi pelajar yang lemah matematik dan sains ia ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran.

Tidak semua pelajar hendak mendalami ilmu sains dan matematik untuk masa depan mereka. (seperti saya)