Pages
Followers- Jalinan Ukhuwah
Wednesday, October 28, 2009
Haji- Omokkan Negatif
Photo umum Masjid Nabawi.
Pergi Haji menuju kematian?
Semalam saya menerima panggilan telefon dari insan yang saya tidak kenali secara peribadi. Kami berhubung di alam maya. Pun begitu, beliau kerap menelefon saya. Walaupun tidak mengenali beliau dan tidak pernah bertemu, hubungan kami macam abang-adik.
Beliau menyebut “Maafkan saya Wan. Abang akan berangkat ke Tanah Suci tidak lama lagi, maaf ya.” Saya bertanya “Mengapa perlu minta maaf dengan saya sedangkan abang tidak pernah melakukan dosa kepada saya dan kita juga tidak pernah bersua?” Beliau menegaskan, “Bukankah perjalanan Haji adalah perjalanan menghampiri kematian?” Saya bertanya kembali, “ Siapa kata begitu?” Beliau menambah, “Boleh dikatakan semua orang kata begitu!”
Omokkan negatif ini pernah menghantui saya semasa saya remaja dahulu. Bila mak dan arwah abah melangkah ke Tanah Suci, saya disuntik oleh masyarakat di sekeliling saya dengan anggapan bahawa mereka tidak akan kembali lagi. Jadi peluklah mak dan ayah sepuas mungkin, itu pesanan mereka kepada saya.
Saya tidak menafikan bahawa Haji adalah perjalanan emosi. Namun mengapa perlu menebalkan gambaran negatif seolah-olah kita tidak akan kembali ke tanah air? Hidupkan suasana positif dan gembira agar perjalanan kita diiringi dengan rangkaian aktiviti caj positif. Caj positif ini akan memberi kita ekstra mileage untuk mengekalkan kesihatan fizikal, emosi dan ruhani. Jika perlu juga untuk bersedih dan menangis, hindarkan melakukannya di hadapan orang-orang tersayang.
Ketika melangkah menunaikan umrah Ramadan baru-baru ini, abang saya menangis di hadapan isteri dan anak-anak. Peristiwa ini agak pelik buat saya kerana pengalaman haji dan umrah bersama abang sebelum ini, beliau belum pernah menunjukkan sikap sedemikian. Ia turut mengundang emosi seluruh ahli keluarga termasuk emak dan diri saya.
Tips berikut boleh membantu emosi:-
1. Meminimakan ahli keluarga ketika menghantar jamaah di TH Kelana Jaya/ Pusat pertemuan TH kawasan.
2. Jika perlu azan sebelum keluar rumah (ianya bukan amalan sunnah tetapi elok juga untuk dilaksanakan), carilah muazin yang mantap suara. Dengan lain perkataan, elakkan mencari muazin yang bersuara sayu, mendayu-dayu dan sedih.
3. Segera masuk (check-in)di Kelana Jaya. Ini dapat mengurangkan emosi dan kesedihan.
4. Lihat kehadapan (Look Forward). Allah menanti TetamuNya, Allah hendak menghadiahkan pahala yang besar dan Allah akan menerima taubat kita.
Allahu AKbar! Seronoknya jika dapat pergi Haji..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
SALAM PERJUANGAN... Subhanallah..terasa sangat seperti nak terbang ke sana hari ini juga...bukan hanya sekadar contoh yang tuan berikan untuk posting kali ini..ada seorang klien saya berusia dalam 45 tahun menunaikan haji tahun ini dan sungguh2 berdoa agar mati di sana..anak2 masih kecil seramai 5 orang anaknya..bila saya bertanya mengapa nak mati di sana ..dengan yakin dia menjawab bukankah mati di sana mati yang terbaik...puas juga saya berbcg dan menasihatinya..kalau saya menjadi tetamu Allah ingin sekali mendapat keampunannya..mendapat haji mabrur agar bila kembali nanti dapat kekuatan kesungguhan dan ketabahan baru untuk mengabdikan diri padanya hingga saya kembali padanya..namun kalau saya kembali lebih awal saya ikhlas dan pasrahkan semuanya pada Nya yang Maha menentukan...
salam
seronoknya nk pergi haji
pengalaman melaksanakan umrah membuatkan saya begitu teruja untuk menunaikan haji pula
Salam ukhuwah,
Sebelum buat Haji, diri perlu bersih/suci, jangan ada apa-apa dosa samada dengan Allah ataupun manusia. Di tanahair lagi kita dah kena bertaubat byk2. Dengan manusia pulak perlu minta maaf jika ada buat kesilapan. Dan perlu minta maaf asap, bukan tunggu sempena2 (cth sempena raya, nak gie haji). Tak brpa tepat kalau kita minta maaf tu sebab takut2 meninggal di sana.
Bila minta maaf ayat yg klise 'Saya minta maaf jika ada buat apa2 kesalahan' sebab selalunya kita tak perasan perbuatan/kata2 kita telah menyinggung hati org lain.
Wallahualam.
tips yang sangat baik. Saya akan mengunakan tips-tips ini ketika tiba masa saya,InsyaAllah.
Dr,
Salam Ukhwah.. Tips baik untuk pergi umrah dan haji. Rasa-rasa nak sedih pujuk diri, patutnya sayalah orang yang paling gembira ketika ini.
salam...sy adlh salah seorng hamba allah yg dberikn keizinan olehny utk menunaikan haji pd umur 18thn.sy akui kelazatan yg diperolehi stelah menunaikn ibadah hji ini!!
Salam tajamkanuraniku,
Bagus usaha untuk membetulkan perspektif ini.
Salam M.q , Kamarul dan Zie,
InsyaAllah tidak lama lagi Allah akan jemput sebagai Tetamu KhasNya. Amin!
Salam ina,
Bukan mudah nak sebut satu-satu kesalahan kita lebih2 lagi jika ianya melibatkan maruah. Kena banyak latihan.
Salam adik Siti,
Tahniah dapat menunaikan Haji pada usia yg sangat muda. Moga refleksi Haji dapat membina tembok iman kukuh dan semangat serikandi dakwah. Amin.
Post a Comment