Semalam dan hari ini kita dikejutkan dengan penahanan mantan Mufti, Dr Maza. Diberitakan beliau di tahan di sebuah banglo di bandaraya KL. Penahanan beliau mengejutkan ramai pihak termasuk mendapat reaksi Perdana Menteri.
Menilai banyak tulisan saya di blog ini mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat dan approach dakwah saya. Saya juga mungkin tidak bersetuju dengan beberapa pandangan anda. Dengan lain perkataan, kita akan sentiasa tidak setuju antara satu dengan lain dalam banyak konteks dan keadaan. Selagi kita berhujah dengan penuh hikmah, menghormati pendapat orang lain dan memberi pilihan-pilihan untuk kita terus berjaya dan Islam berkembang, perbahasan intelek dengan nilai akhlaq tinggi seharusnya dihargai.
Saya pernah menulis sebelum ini betapa jumudnya jabatan-jabatan agama di negara ini (berdasarkan pengalaman saya sejak remaja hingga sekarang). Menghadirkan diri di jabatan agama adalah membosankan! Jabatan agama juga tidak banyak membantu pengurusan masjid. Polisi-polisi jabatan agama juga banyak tidak relevan di dunia globalisasi, serba kompetitif dan tidak forward looking.
Mungkin ada antara kita berhujah, Dr Maza membawa fahaman Wahabbi. Saya nyatakan, adakah kita mempunyai bukti kukuh beliau menyeleweng? Jika Wahabbi itu salah, jadi bagaimana dengan solat para jamaah Haji dan Umrah yang bersolat dan berimamkan golongan Wahabbi di Mekah dan Madinah? Dengan lain perkataan, beratus juta umat islam yang pernah berimamkan mereka tidak sah solat mereka?
Rakan saya seorang Cina yang bukan Islam bertanya ”Mengapa seorang ilmuwan bekas mufti boleh ditangkap tanpa alasan kukuh oleh Jabatan Agama?” Di mana maruah umat ketika ini? Jika bekas mufti yang berfikiran terbuka dianggap salah, siapa lagi kita hendak bergantung?
Masyarakat Islam Malaysia semakin celaru dengan tindakan tidak professional. Pendapat saya, banyak lagi kerja amar ma’ruf dan nahi mungkar yang jabatan agama boleh fokuskan. Bila saya mengadu ujudnya ajaran sesat di sekitar tempat saya, hingga sekarang tiada tindakan jabatan agama. Hubungi jabatan agama melalui telefon juga tidak berjawab!
Bagi saya, isu Dr maza tidak perlu diperbesarkan yang boleh membuat masyarakat keliru. Langkah terbaik (jika belum buat) jabatan agama/JAKIM perlu mengadakan muzakarah antara mufti-mufti/ ahli majlis fatwa dan para ulama untuk berbincang dengan Dr Maza. Jika Dr Maza silap, perbetulkan secara fardi dan tertutup. Tidak perlulah kita menghukum dan mengaibkan beliau. Jika wujud golongan yang tidak bersetuju dengan beliau, ajaklah berbincang. Bukan mudah untuk kita mentarbiah golongan hartawan dan professional. Jika Dr Maza mampu menembusi tembok ini, ia adalah satu kelebihan yang kita perlu sokong. Pengalaman saya di sektor korporat, bukan mudah untuk menembusi tembok ego golongan professional dan jutawan. Kita perlu sama-sama berganding bahu membuat dakwah professional dan korporat.
Pertimbangan bersandarkan emosi dan politik tidak menguntungkan perjuangan ummah (nota: saya tidak menolak bab siasah dalam pengurusan negara). Usaha menarik bukan Islam dan mentarbiah masyarakat perlulah menjadi prioriti penting kehidupan.
Kita berhadapan dengan medan dakwah dengan cabaran berbeza. Berilah sokongan antara satu sama lain. Jika esok diumumkan kesalahan Dr Maza hanyalah disebabkan tiada tauliah mengajar, maka mengapa menyukarkan usaha dakwah. Jika saya Pengarah Jabatan Agama, saya akan mengambil pendekatan proaktif memberi tauliah kepada semua mufti dan mantan Mufti negeri-negeri di Malaysia ini tanpa perlu mereka membuat application.
Allah lebih mengetahui apa yang sedang berlaku. Wallah’alam.
12 comments:
salam dr,
saya juga terkejut apabila membaca berkaitan penangkapan itu.
mungkin ada motif di sebaliknya kerana kelantangan beliau dalam menyuarakan pendapat . Ada golongan tertentu yg tidak menyukai. Tapi Allah SWT maha mengetahui . Ini semua ujian dan dugaan kepada beliau dlm berdakwah.
saya juga terkejut dgn berita itu.malah timbul juga keraguaan dihati bila berita2 itu dibincang secara meluas begini.seolah2 mengiakan kata2 segelintir masyarakat yg cetek ilmu agamanya. mungkin ada yg akn berkata..."dia pun tak betul,ni kan pula nk mengajar org lain.cermin diri dululah".
isu2 begini bkn saja boleh membuatkan golongan bkn islam memandang serong kpd islam, malah mungkin sedikit sebyk memberi impak buruk kpd masyarakat islam itu sendiri.
Terima kasih atas catitan entri dr. ini. ia membuka minda sy dan menghilangkan keraguan yg terlintas.
Salam Dr,
Saya setuju dengan pandangan Dr, pada saya ini lebih kepada isu politik sebab ada 2 wakil rakyat ( DUN dan Parlimen )di rumah berkenaan.
Apapun, saya salah seorang pembaca setia kolum Dr Maza di MM.Pendekatan dia terbuka dan mudah kita fahaminya.
Salam Dr.
Sedih sebenarnya. Alasan penagkapan oleh JAIS langsung tak masuk akal dan boleh dianggap 'joke of the year'. Tak ada kredibiliti langsung.
Pd siapa lagi nak kita harapkan membetulkan masyrakat Islam yang semakin gawat jika golongan yg mentadbir hal ehwal Islan sendiripun gawat tahap kronik. Inilah dunia akhir zaman. Kebenaran cuba disembunyikan, hedonisme berleluasa.
Jika dilihat sejarah dunia Islam, ramai penegak2 kebenaran telah dipenjarakan oleh pemerintah pd zaman dahulu krn dikhuatiri dakwah mereka boleh menggugat periuk nasi pemerintah . Pastinya sejarah akan berulang.
Mama baru masuk sini.Selamat berkenalan.Saya memang mengikut perkembangan Dr Asri.Dlm tv,rancangannya Bahtera Perubahan' begitu memikat wpun ramai yg kena hentam.Namun ada yg berjauh hati...baca F Tehrani.Teruskan Dr Ridwan menulis..
salam dr,
baru-baru ni ada baca profil dr dalam majalah i.tahniah pada dr sekeluarga.
ana sendiri buat haji di usia muda.kbtln ana blaja sana jadi berkesempatan haji setiap tahun ana berada di sana.tapi sayang ana mngkin tak rasa apa yang dr rasa dan tak dapat dikongsi pun pengalaman itu...
apa2 pun tahniah buat dr dan buku yang dr tulis.
tntng penahanan dr maza mmng sangat2 dikesali.mngkin jg ada agenda peribadi di sebalik penangkapan tu.biarlah masa yang akan membuktikannya..
dikesali jg ada tuduhan liar yang mengatakan dr maza nak cari pablisiti..ntah la orang2 ni.
semoga dr maza bersabar atad dugaan ini.
adat orang berjuang jalan tidak akan dihampar dengan permaidani merah tetapi penuh onak duri..
Seorang mantan mufti, pensyarah, memiliki phd dalam bidang keagamaan dari universiti ternama, tapi tidak diiktiraf oleh JAIS. sungguh mengecewakan.. apakah kayu ukur yang digunakan oleh JAIS?
Salam.. Masuk berpintu keluar bertangga.. Sebagai seorang mantan mufti apakah yg menjadi kesukaran utk beradab apabila berada di negeri org dan menghormati undang2 yg ada di negeri tersebut. Sebesar mana pun sijil dan kelayakan tetapi jika tidak ada akhlak dan adab hanya akan menimbulkan fitnah khasnya kepada golongan agamawan..
Salam kepada rezeki,manusia lemah,rosli, ina & mamasherry,
Terima kasih dgn komen. Kita usahakanlah yg terbaik mengikut kemampuan kita. Kita belum diuji spt insan2 dan masyarakat terdahulu. Moga Allah sentiasa menyayangi dan melindungi kita.
Salam mama ju,
terima kasih kerana ziarah rumah virtual saya. Moga ukhuwah terus terjalin.
Salam cik puan sakinah,
Allah memberi kita berbagai pengalaman dan ilmu sepanjang kita hidup. Tahniah kerana bergelar Haji Muda.
Belajar di mekah & Madinah? Alhamdulilah mesti ilmu tinggi. Lagi tinggi ilmu, lagi besar ujian.
Salam anonymous,
Jika sudah masuk melalui pintu, jemputlah duduk bersila. Kita boleh sembang2 kualiti, menambahkan ilmu dan berkongsi wawasan.
Manusia tidak sempurna. Nabi Adam pernah buat silap, nabi Yunus juga pernah alpa. Jika Dr Maza ada kesilapan, maka kita berlapang dadalah dan muhasabahlah dia.
Kita permudahkanlah perkara-perkara mudah dan memudahkan lagi perkara yang memang mudah.
Wallah alam.
Post a Comment