Saya berada di Selatan Tanahair sejak tiga hari lalu kerana tugas rasmi dan menghadiri konferens Akauntan. Saya memang ternanti-nanti program sebegini kerana berpeluang untuk bertemu dengan ramai kenalan dan membina networking hidup. Pengisian program, walaupun penting bagi meningkatkan profesionalisma, tidak mampu menyaingi pengisian hidup yang perlu dikerahkan.
Di sepanjang program saya lebih banyak mendampingi insan-insan asing bukan Muslim. Semasa tea-break, lunch dan dinner saya cuba mengisi diskusi menyentuh topik Islam dan pembinaan bangsa Malaysia. Peserta konferens adalah manusia yang hebat, Ceo dan pegawai kanan syarikat besar dan kerajaan.
Hari ini topik diskusi semasa makan tengahari berkisar aspek bahawa Tuhan tidak wujud dan alam ghaib/roh adalah mengarut. Seorang CEO (bukan Islam) mempertikaikan kewujudan Tuhan dan menyatakan bahawa agama hanya merosakkan masyarakat. Islam, Kristian dan Yahudi dihentam sebagai faktor kejumudan manusia dan sains. Rakan Kristian mempertahankan agama mereka sementara saya mempertahankan Islam.
Perbincangan semakin menarik bila teori-teori sains seperti teori big-bang, fizik dan evolusi dibahaskan oleh kami yang bukan ahli sains.
Ada beberapa pengajaran yang saya perolehi dari proses ini:-
1. Saya adalah insan daif dan tidak mantap ilmu sains dan comparative religion. Kajian peribadi dan ilmu yang ada tidak cukup untuk berhujah.
2. Masyarakat bukan Islam termasuk golongan atheis mengakui kehebatan Allah dan Muhamad tetapi tidak dapat menerima cara masyarakat muslim membawa Islam. Mereka mengupas bagaimana Arab dan Melayu tidak menunjukkan model Qur’an.
3. Masyarakat bukan Islam termasuk golongan athies sebenarnya banyak mengkaji Islam, Kristian dan Yahudi, Cuma menolak Islam kerana menggunakan hujah sains dan logik akal.
4. Mereka memerlukan penerangan yang jelas mengenai Islam. Mereka keliru dengan sikap kita terhadap Islam . Antara mereka menyebut ”Muhamad did allow muslim and non-muslim to discuss and express themselves in the holy mosque in Madinah. But why muslims nowadays are not given freedom of speech by Imam?” Show us the best Islamic model? Dengan lain perkataan, mereka mengkaji bagaimana Rasululah s.a.w mentadbir masyarakat dan negara.
Rumusan,
1. Saya perlu banyak belajar mengenai agama lain jika ingin menarik mereka kepada Islam.
2. Silibus subjek sains di sekolah perlu mengaitkan Islam dan Sains supaya kita dapat menyediakan para dai professional dan bakal pemimpin berjiwa Quran di peringkat sekolah lagi.
3. Imam dan Penguasa perlu lebih terbuka untuk menerima komen dan cadangan pembaikan usaha dakwah tanpa mengira siapa yang memberi cadangan.
Ya Allah... Maafkan hambaMu jika tidak mampu berhujah dengan baik. Berikanlah kami hikmah dan ilmu agar mampu menyampaikan Islam kepada non muslim sebagaimana Kau anugerahkan ilmu dan kebijaksanaan kepada Musa ketika berhujah dengan Firaun. Amin.
5 comments:
salam dr,
mmg ilmu yg ada pada kita manusia hanya sebesar zarah jika handak dibandingkn,
Manusia hanya diberikan sekelumit sahaja ilmu. Namun begitu ilmu yang sebesar zarah itu sangat bermakna di sisi Allah jika ianya digunakan sebaik mungkin sehingga membawa kepada keimanan yang kukuh terhadap Allah serta mengikut perintah dan menjauhi laranganNya. Ilmu mesti dipelajari dan dikembangkan berdasarkan asas-asas tauhid dan disertakan integrasi iman, kemanfaatan ilmu, amalan yang soleh dan akhlak yang mulia (Mohd. Kamal Hassan, 1998:19).
Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahannam kebanyakkan Jin dan manusia, bagi mereka ada jantung hati (tetapi) tidak mengerti dengannya, dan bagi mereka ada mata (tetapi) tidak melihat dengannya, dan bagi mereka ada telinga (tetapi) tidak mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat. Mereka itulah orang-orang yang lengah." (Al-‘Alaq:179)
Sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (HR. Bukhari dan Muslim)
salam rezeki,
Terima kasih dgn kupasan ringkas. kita khuatir tidak mampu membawa mesej Islam bahkan mungkin menjadi liabiliti kpd Islam.
Salam Hj/ Dr., tertarik dgn coretan Hj berkenaan Sains & Islam. Saya 100% bersetuju dgn pandangan Hj yg ianya perlu didedahkan kepada remaja kita di peringkat persekolahan lagi. Silibus Agama perlu digubal bagi menguatkan keyakinan kita terutama remaja kita terhadap Allah SWT. Utk berkongsi pengalaman, saya mengenali Prof Madya Arif Kosmo seorang pensyarah di UKM yang aktif memberikan kuliah dan penerangan tentang Sains & Islam. Kami pernah jemput beliau ke Surau kami di Seksyen 7. Dulu, beliau beberapa kali keluar di radio IKIM. Mungkin Hj boleh jemput ke Masjid kariah Hj. Boleh rujuk blof Dr Arif Kasmo utk maklumat lanjut. Tk..Wasalam.
Salam akhi Arizal,
Terima kasih dgn makluman. InsyaAllah saya memang ada perancangan utk menjemput beliau. Sedikit tambahan, kita kadang2 ketemu dengan pelbagai ragam manusia dgn latar belakang ilmu yg berbeza. Bukan mudah utk kita menguasai pelbagai disiplin ilmu. Moga Allah mengizinkan usaha kita dan menerima usaha sebagai amal soleh.
IMAM al-Bukhari menyebutkan, kewajiban seorang Muslim sebelum beramal adalah berilmu. Jangan sesekali menghina dan memandang rendah akan kemampuan mereka yang memiliki ilmu. Islam melihat ilmu dan amal sebagai penyumbang kepada kehidupan bahagia di dunia dan akhirat.
Post a Comment