Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, November 26, 2009

Wukuf

Gambar Padang Arafah diambil di atas Jabal Rahmah- Ramadan 2009

Arafah adalah kemuncak Haji. Arafah adalah rukun penting ibadah Haji.

Semalam saya menerima sms dari abang Jamal. Katanya, jamaah kini sedang bergerak ke Arafah, disertai dengan hujan lebat. Sebentar tadi, beliau sms lagi dengan mengatakan, jamaah kita sedang bersiap untuk Khutbah Arafah. Penat dan mengantuk bukan kepalang cabarannya.

Arafah zaman dahulu mungkin lebih banyak cabarannya. Soalan-soalan asas seperti di mana bilik air, di mana hendak cari air, bagaimana hendak masak, bagaimana hendak menguruskan diri di tengah padang pasir yang kemahnya sudah tentu uzur dan berbagai lagi cabaran yang sudah pasti jauh hebatnya dengan zaman sekarang.

Ketika arwah nenek menunaikan Haji pada awal 70an, saya masih ingat nenek ke Mekah dengan Kapal Haji. Kenangan lain tidak saya ingat atau ambil pusing. Saya masih kecil ketika itu (belum sekolah). Cuma perjalanan arwah nenek memakan masa yang panjang.

Bila melihat gambar di bawah, mungkin arwah nenek melalui proses yang amat sukar

Kita seharusnya bersyukur kerana Allah memberi kita nikmat yang banyak dan teknologi yang canggih. Dengan nikmat yang banyak dan teknologi canggih, proses Haji kelihatan mudah.

Dari padang pasir tandus, Arafah kini mempunyai kemah yang berkipas dan dikelilingi oleh pokok-pokok hijau. Ketika saya menunaikan Haji tahun 2002, jamrah pula adalah satu batu menegak. Maka bersesaklah manusia ditempat yang sama. Dengan ilmu dan teknologi, jamrah sekarang diperbesarkan dan leper melebar serta bertingkat-tingkat. Ianya kelihatan lebih mudah dari Haji tahun 2002 lalu.

Apa sekalipun, jamaah Haji adalah manusia terpilih dan mereka sekarang sedang online dengan Allah di padang yang tanpa hijab. Mereka bebas berdoa. Pesanan Sms saya kepada abang Jamal ini ialah

”Di kala langit Mekah dan Arafah menangis
manusia pula sedang ketawa
Kemuncak Arafah adalah mempersembahkan
airmata keinsafan dan rayuan hati suci seorang hamba
Allah tidak memerlukan kita
namun kita mendambakan kasih sayangNya
Airmata Arafah akan menjadi bekalan
untuk mendinginkan tekanan mahsyar
dan meredakan kehangatan neraka Tuhan
Haji mabrur akan lahir dari jiwa bersih
hadiah mutlak Allah
buat hambaNya yang ikhlas.”

Saya doakan semua jamaah memperolehi ilmu, pengalaman dan keampunan terbaik di Arafah.

5 comments:

tajamkannuraniku said...

Assalamualaikum...Subhanallah..posting yang benar2 menajamkan nurani saya lagi dan lagi...mohon untuk copy and paste untuk artikel saya ye..

Malam tadi terbaca satu artikel..semasa Rasulullah mengerjakan haji Wada' baginda telah mengorbankan unta sebanyak 63 ekor bersamaan dengan umur baginda..Subhanallah Insan paling agong dan mulia ini mendidik kita agar bukan saja memiliki jiwa yang kaya juga kaya materialnya...

Semoga kita terus berusaha meletakakn cinta yang total kepada Allah swt seperti yang di buktikan oleh Rasulullah , para nabi dan Rasul yang lain...Selamat berkorban..

H@nn@H said...

salam Dr
semasa wukuf Allah akan turun ke langit terendah & mendengar doa hambanya.ni terhad utk org sedang wukuf di arafah sahaja ke?

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr.

Subhanallah, tersentuh hati Kak Nor membaca en3 ini. Semuga kita sentiasa mengingati pengorbanan insan2 terdahulu....

Kak Nor

ridz said...

salam tajamkannuraniku,

Tkasih dgn komen. No problem utk copy paste tapi kena quote sumbernya.

salam 4981- Wukuf adalah khusus dan istimewa utk mereka di Arafah. Allah memberi satu jaminan khas utk hambanya yg ikhlas. Buat kita di sini, masih boleh terus berdoa tetapi tidaklah sehebat doa di Arafah, Mekah dan Madinah.

salam kak nor,
moga Allah menerima korban kita.

H@nn@H said...

oo mcm tu..thanx reminder Dr pasal connection dgn Allah tu ye.. :)