Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, November 5, 2009

Hospital

Sejak sebulan-dua ini saya agak kurang sihat. Tekanan kerja pejabat, kesesakkan jalanraya dan karenah anak-anak buah di pejabat banyak menyumbangkan kepada faktor kesihatan ini. Minggu lepas MC, Isnin pun MC. Selasa di masukkan ke hospital dan Hari ini saya masih di hospital (Sudah 2 hari bermalam di hospital pakar KPJ Specialist).

Malam tadi cuaca sedikit dingin. Teringat pengalaman dingin sejuk Madinah ketika menunaikan Haji dahulu. Seorang rakan yang kini berada di Madinah sms saya mengatakan Madinah sekarang sejuk macam berada di puncak Genting. Seronok menerima khabar berita Madinah. Rindu akan Madinah sentiasa membara.

Suasana sejuk dan dingin memberi sedikit kekuatan untuk menhasilkan sesuatu untuk sumbangan kepada ummah. Suasana tenang mengizinkan saya menulis bab ke enam buku ke 3 saya (nota: insyaAllah buku ke 2 akan berada di pasaran sedikit masa lagi. InsyaAllah saya akan beri sinopsis buku ke 2 selepas disahkan penerbit dan sudah memasuki makmal percetakkan). Petang semalam pula, ada wartawan menelefon saya berkaitan apa yang saya tulis dalam Berita Harian untuk dipanjangkan tulisan saya. Saya nyatakan alhamdulilah dan insyaAllah jika untuk kerja-kerja membina ummah saya tiada halangan, jemputlah ziarah saya.

Berada di hospital, Dr pakar suruh berehat. Peluang bermalam di hospital dapat banyak meringankan tekanan kerja dan tekanan di jalanraya. Saya rasa hidup amat merugikan terpaksa berhadapan dengan kesesakan trafik sekurang-kurangnya 2 jam sehari. Pahala solat berjamaah Maghrib dan Isya pun kadang-kadang terlepas akibat trafik jam. Bila di hospital, ‘Release’ sedikit dan kepala agak ringan dari biasa. Cuma email rasmi pejabat bertalu-talu menghujani blackberry. Biasalah makan gaji kata orang. Ianya sedikit menganggu peluang berehat.

InsyaAllah ketemu lagi....

(Nota: blog di update di cafe hospital).

15 comments:

Salam sejahtera....... said...

Salam Dr,
Semoga cepat sihat sepenuhnya dan sejahtera selalu.

rezeki said...

salam dr,

semoga dikembalikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT.

Insyallah.

One Malaysia said...

Salam Dr,
Moga dikembalikan kesihatan sedia kala. Rehat byk2 yer Dr.

Zuraimah Ismail said...

Salam Tn Haji Dr,
Mungkin ini tanda kasihnya Allah pada tuan...die bagi nikmat berehat seketika di hospital..

semoga cepat sembuh...

kamarul said...

semoga dr cepat sembuh...

hjSab2 said...

Dr, assalamu'alaikum.
...insyaAllah, tentu ada hikmahNYA.

Berilah tubuh dan sistemnya berishtirehat... doa kami, semoga semuanya dipermudahkan!

Sebenarnya baru kelmarin saya & isteri balik dari 'berkampung' (dua minggu) di HPAK Melaka & KPJ AmpPuteri - menemani ibu mertua menerima rawatan...

salam hjSab2 & keluarga

Naz Mohamed said...

Salam Dr,

Allah Maha Bijaksana. Mungkin, Dr teruk sangat kerja, jadi Allah berikan sedikit kesakitan supaya Dr berpeluang berehat. Jadi berehatlah sepenuhnya. Semoga cepat sembuh.

p/s: Suami sayapun asyik kerja, kerja, kerja....bak kata Dr, makan gaji. Bila dia ambil cuti tahunan pun, dia pergi kerja jugak..kesian dia.

Anonymous said...

Kak Nor said...

Assalammualaikum Dr.

Semuga dr. sentiasa diberikan kekuatan dan kak Nor doakan semuga dr. cepat sembuh dan kembali bertugas. INSYAALLAH.

tajamkannuraniku said...

salam perjuangan...Tuan, pasti gangguan kesihatan ini ada hikmahnya..Ya Rabb..kurniakanlah Tuan Hj ini kesihatan yang baik..afiatkanlah dia agar dia dapat bertugas memikul amanahMu seperti biasa...

ridz said...

Salam semua,
Terima kasih dengan doa kalian. Moga Allah sentiasa memelihara kita dan memperkukuhkan keazaman dan saf perjuangan.

Ereen said...

Salam Dr,
Semoga segera kembali sihat dan lebih bersemangat...
Saya salah seorang "silent reader" blog Dr.
Salam...Erin

rosli said...

Salam Dr,

I tak tau you masuk hospital, jaga diri, makan ubat dan banyakkan rest. Speedy recovery.

Rislah said...

Dr, Assalamu'alaikum.

Semoga sentiasa sihat dan tenang..

Saya turut merasa rindu kepada ketenangan dan kedinginan kota Madinah..

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam dr ridz,

semoga cepat sihat.

Anonymous said...

Kdg2 ape yg diberi oleh Allah ada sebaliknya.. maybe ade tersalah barisan kata dilemparkan pada insan2 yg xsepatot yea mendgr...xsemua manusia sempurna..tp kata2 insan yang teraniaya lbh didgr oleh Allah..