Followers- Jalinan Ukhuwah

Saturday, November 14, 2009

26 Zulkaedah

Hari ini adalah 26 Zulkaedah. Tarikh 26 Zulkaedah tidak memberi apa-apa makna bagi kita. Tidak juga tercatat dalam sejarah Islam istimewanya tarikh ini (nota: jika ada, minta tuan/puan berkongsi di blog ini).

Masa saya kecil-kecil dahulu, arwah nenek selalu sebut bulan ini adalah bulan berapit. Ianya dihimpit oleh 2 eid iaitu eid-fitr dan eid-adha. Itu sahaja yang saya ingat bagi bulan Zulkaedah ini. (Soalan untuk anda jawab: Adakah bulan Zulkaedah termasuk dalam bulan-bulan Haji?).

Bila kita ukur kalender Hijrah ukuran bagi umat Islam, setiap tahun ianya kurang dalam 10 hari jika dibandingkan dengan kalender masihi. Jika umur anda 36 tahun sekarang (tahun masihi), maka ikut kiraan kalender hijrah anda sudah melangkah ke tahun 37 (tua setahun). Kalender Hijrah menjadikan kita lebih ’tua’ dari kelender masihi. Dengan lain perkataan, kita semakin hampir untuk bertemu Allah yang maha Esa.

Malam semalam saya menghadiri kuliah bulanan ahli keluarga di rumah abang. Ustaz kami (ustaz pakar Fiqh) menyentuh sedikit mengenai bab kematian. Pendek cerita, jika seseorang tidak solat maka mereka adalah fasiq (dalam kaedah Ahlul-Sunnah wal-jamaah). Maka, sepatutnya tanah perkuburan perlu dipisahkan antara muslim-mukmin dengan muslim-fasiq. Cuba kita fikirkan apa akan berlaku jika pemisahan tanah kubur ini boleh dilaksanakan?

Walaupun tarikh 26 Zulkaedah tidak memberi makna kepada anda, tetapi ianya sentiasa saya ingat. 26 Zulkaedah adalah tarikh saya diizinkan Allah untuk berhijrah dari alam rahim ke alam dunia.

Adakah anda tahu tarikh Hijrah anda dilahirkan?

”Mak, terima kasih kerana mengizinkan saya menumpang sebentar di perutmu sebelum melangkah ke alam dunia yang hipokrit ini...Halalkan setiap aturan makan-minum ketika saya menumpang di rahimmu dan maafkan saya jika saya pernah menyinggung hati mak sepanjang kehidupan ini....” (Petikan buku ke 2 saya- Cinta Kaabah).

8 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Salam Dr Ridz,

Kak Nab lahir pd 5 Ramadhan 1372H...arwah ayah catat di SB..tahun masihinya 18.5.53..rupa2nya 2 thn lebih tua drpd yg disangkakan! maknanya betullah kak nab bersara thn ni...sebab ada yg suruh sambung ngajar lagi tapi kak nab tak nak..penat!

ridz said...

Salam kak Nab,
Bersara awal untuk tingkatkan amalan dan kerja2 masyarakat adalah lebih baik dari meneruskan kerja sama yg telah dilakukan bertahun-tahun. Pun begitu, pengalaman Kak Nab masih diperlukan untuk membina anak2 Muda.

rezeki said...

salam dr,

bercerita ttg pemisahan kubur, imam masjid di tempat saya juga pernah menyatakan bahawa tidak perlu menyembahyangkan jenazah org fasik (salah satunya orang yang tidak menunaikan solat)

Citratus said...

Assalamu'alaikum wbt,

Dear Dr,

What a co-incidence! Saya juga menulis tentang kelahiran saya pada 26 Zulkaedah. Antara perkara yang saya terlepas pandang suatu ketika dahulu.

Saya berkesempatan membaca 'Haji Muda' dan bagi saya sgt infomatif. Harap-harap saya turut berkesempatan menelusuri 'Cinta Kaabah'!

Selamat berdakwah dan saya doakan semoga Dr sentiasa dalam rahmat dan kasih-sayang Ilahi. wassalam...

Anonymous said...

Kak Nor said

Assalamualaikum Dr.Ridz,
N3 Dr. banyak pengajarannya hati kak Nor sentiasa tersentuh bila membaca. Dr. teruskanlah berdakwah. Kak Nor doakan agar Dr. dan famili sentiasa di lindungi oleh NYA.

ridz said...

Salam rezeki,
Saya sekadar ingin refresh dan mengesahkan sedikit ilmu sebelum ini dgn bertanya ustaz saya pd mlm berkenaan. Beliau menyebut bukannya tidak boleh solat jenazah muslim-fasiq tetapi cukuplah sekadar petugas spt imam dan bilal sahaja mensolatkan si mayat jenis ini. Dgn lain perkataan, gugur tuntutan utk solat jenazah ke atas org awam dalam kes begini. Wallah alam.

ridz said...

salam citarus,
Wa..kita sama-sama raikan 26 Zulkaedah. Tahniah kerana Allah masih memberi kita peluang untuk berbakti dan beramal buat bekalan di alam akhirat.

TQ

ridz said...

salam kak nor,
Terima kasih dengan sokongan. InsyaAllah saya akan terus menulis dan bercakap selagi kekuatan Allah limpahkan kepada saya.

TQ