Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, November 9, 2009

Nilai RM5

RM5 tiada nilai buat kita. Di KL, minum pagi sahaja sudah hampir RM5. Bagi perokok, mungkin RM5 tidak cukup untuk membeli satu kotak rokok. RM5 juga tidak cukup untuk saya membayar tol setiap hari ke pejabat. Namun hari ini Allah memberi saya nikmat RM5.

Rasululah s.a.w berpesan jika kita ada kesulitan atau ada sedikit ujian kesihatan, maka bersegeralah bersedaqah di pagi hari. Justeru selepas Subuh pagi tadi, saya menyediakan dua keping RM5 untuk di hadiahkan kepada insan yang benar-benar memerlukan. Sukar juga mencari insan yang benar-benar kesempitan wang walaupun nilainya Cuma RM5. Allah tidak mengizinkan saya bertemu dengan golongan yang saya cari.

Selepas solat Zuhur di Masjid, Bilal berbisik dengan saya ”Dr, ada seorang pemuda meminta wang kerana katanya beliau kehilangan dompet. Boleh percaya ke?” Sambil beliau menunjukkan seorang pemuda yang sedang bersolat sunat ba’dia Zuhur. Beliau menambah ”Nampak gaya, pemuda ni sihat, tegap macam berduit.” Saya bertanya ”Apa ukuran tuan Bilal mengatakan pemuda ini berduit? ” Pemuda ini kelihatan segak dan sihat. Pakaian juga kemas.” tambah tuan Bilal, Satu penghujahan kukuh.

Saya pula mengemukakan hujah, ”Beginilah tuan Bilal. Seseorang yang menipu tidak akan menunaikan ibadat sunat tambahan. Jika beliau menipu, sudah tentu beliau akan segera menemui tuan Bilal atau Imam selepas solat Zuhur tadi untuk mendesak diberikan wang. Tapi ini tidak berlaku. Beliau terus menunaikan solat sunat lepas Zuhur untuk terus online dengan Allah. Tidak cukupkah ini sebagai ukuran? Bilal bertanya kembali ”Betul juga. Jadi nak buat apa Dr?” Saya menegaskan ”Kita buat kutipan sekarang juga.”

Dengan izin Allah RM50 dapat dikumpulkan untuk pemuda yang musafir ini. Dua keping RM5 yang saya hajatkan menemani pemuda ini meneruskan perjalanan musafirnya untuk pulang ke Kedah.

Seronoknya hati dapat membantu insan yang kesempitan ini. Hari ini RM5 benar-benar bernilai bagi insan yang terdesak.

4 comments:

Naz Mohamed said...

Salam Dr,

Bagi kita mungkin sukar merasai nilai RM5, tetapi bg org yang kesempitan RM5 tu terasa besar nikmatnya. Semasa PM umumkan nak beri tambahan saguhati RM500 kpd k/tgn k'jaan, terdengar jiran sebelah (seorg guru) memberi komen, ahh...RM500 nak beli cincin belah rotanpun tak dpt, boleh beli cincin Zhulian je (emas saduran).

Sayu & sedih hati saya krn jiran tak dpt merasa nikmat RM500. Kalau kita tidak dpt menghargai RM5, belum tentu kita dapat meghargai RM 5,000 atau gandaannya.

rezeki said...

salam dr,

alhamdulillah, nilai bukan ukuran di sisi Allah utk tujuan sedekah, yg penting niat kita ikhlas utk membantu .

etuza said...

salam doktor saya suka baca dakwah anda , saya ada follow, jemput follow etuza blog ya. Boleh kah copy mana-mana catatan, saya akan tulis catatan itu dari doktor meniti renjisan kedamian.

sila chat tuk izinnya ya.

Anonymous said...

salam..
Dr,sy nak brtnya,rm5 yang Dr letak ni,Dr punya ke?