Followers- Jalinan Ukhuwah

Sunday, November 8, 2009

Diskusi Wartawan- Seru Haji

Sebagaimana yang dijanjikan, wartawan Mingguan Wanita menziarahi saya pada hari ke 3 bermalam di hospital. Temujanji jam 3 petang selepas saya membuat pemeriksaan di klinik Dr Pakar KPJ Specialist. Saya tidak boleh menolak kerja-kerja dakwah walaupun menerima rawatan di hospital. Bukankah rehat kita Cuma di alam barzah?

Puan Netty kelihatan simple, namun serius dengan tugas. Awal-awal lagi beliau menyebut, ”Penatlah Dr menjalankan tugas. Rasanya tiada rehat.” Dalam hati saya menyebut, ”Emm.. agaknya semua manusia mengeluh kepenatan kerja, merasai tekanan dan mengeluh dengan tugas yang tidak kunjung tamatnya.”

Perbincangan kami berkisar aspek Haji khususnya mengapa kita perlu mengalakkan orang muda segera menunaikan haji dan bagaimana berhadapan dengan cabaran pasca Haji. Ia bukan kerja mudah.

Perbincangan di Cafe hospital berjalan rancak. Diskusi yang dirancang 20 minit berakhir hampir satu jam. Di akhir sesi diskusi, beliau menyebut ”Saya belum sampai serulah Dr.”

Saya katakan, ”Ya, ramai berkata begitu.”

Kunci kepada ”Belum sampai seru” ialah lakukan langkah pertama. Cuba kita ambil contoh Prof Hj Muhd Kamil, bagaimana perubahan boleh dilakukan hanya dengan langkah awal membersihkan diri dan menilai jauh wawasan hidup.

Tidak semua insan akan mendapat peluang menjadi tetamu Allah. Haji adalah jemputan istimewa dari Allah.

Saya ambil satu lagi contoh bagaimana merealisasikan SERU. Dua Minggu lepas seorang insan yang saya kenali tiba-tiba menerima panggilan telefon dipilih menunaikan Fardu Haji tajaan sebuah Bank yang berpusat Di Arab Saudi. Beliau Cuma membuka akaun di Bank tersebut dan dipilih untuk ke Tanah Suci. Nampak mudah bukan , itulah kuasa Tuhan.

Langkah breakthrough beliau ialah membuka akaun Bank berkenaan dengan harapan dipilih menunaikan Haji/Umrah tajaan Bank ini. Mungkin beliau mengambil satu lagi langkah iaitu berdoa sungguh-sungguh agar dipilih oleh pihak Bank. Mungkin Allah memilih beliau kerana kebaikan yang pernah beliau lakukan. Mungkin juga dengan doa emak dan isteri beliau secara istiqamah.

InsyaAllah, saya akan masuk pejabat hari Rabu (masih MC) dan insyaAllah akan membuat temujanji dengan tetamu Allah yang istimewa ini.

Pendek cerita, SERU juga mungkin liat hadir jika kita juga liat berdoa dan berusaha.

4 comments:

hanimmokhtar said...

Assalamualaikum Dr,

Mak/ayah saya selalu pesan, pasanglah niat untuk pg haji..simpan sikit2..InsyaAllah rezeki untuk ke sana akan datang mencurah2 tanpa disangka2..(berdasarkan pengalaman mereka).

Bagi saya, melalui pembacaan/cerita (minat utk mengetahui tempat kelahiran Junjungan kita nabi Muhammad s.a.w..) mampu menjana 'seru'.
Ibubapa juga memainkan peranan mengingatkan anak-anak tentang rukun Islam ini, sama seperti solat, puasa dll

Wallahuaklam.

semoga Dr cepat sembuh..:-)

tajamkannuraniku said...

Salam perjuangan..semoga telah semboh dan dapat menjalankan urusan seharian seperti biasa..keinginan untuk ke SANA semakin mendalam apabila adinda saya di jemput menjadi tetamu Allah pada 17 hb ni..hanya mampu menitiskan airmata namun hati saya pasti dibawa olehnya nanti...seperti kata Tuan pasti ada hikmah penangguhan pemergian saya dan suami..Alhamdulillah permohonan biasiswa JPA anakanda sya telah diluluskan..syukran sekali lagi atas doa dan sokongan tuan...

alihassan said...

Seru - satu yang subjektif bila mendengar orang mengatakannya. Dulu saya kurang faham dengan istilah jemputan Allah. Tapi kita mesti mulakan langkah pertama ( daftar haji) kemudian banyakkan doa. Insyaallah SERU kita akan dapat Kalau suami liat(nak daftar), si isteri kena main peranan penting.Wassalam.Terima Kasih Allah.

ahalim man said...

Baru habis baca buku Haji Muda..bagus danbanyak panduan bermanafaat yang boleh dikongsi bersama. Mudah-mudahan dipermudahkan Allah s.w.t. akan menjadi tetamu Nya lagi.