Followers- Jalinan Ukhuwah

Thursday, January 21, 2010

Pesanan Buku BPHT

Nota: Untuk membaca blurr buku BPHT kulit belakang, sila klik gambar di atas.


Alhamdulilah, dengan kebesaran ALLAH buku BPHT dijangka siap akhir bulan Januari 2010 dan dipasarkan pada bulan Feb 2010.

SINOPSIS BUKU

Buku Bila Pintu Hati Terbuka bukan sekadar buku yang mengisahkan sebuah travelog menguasai ilmu. Buku inspirasi ini mengajak pembaca menguasai ilmu setinggi mungkin, menjemput hati menyemak kembali wawasan hidup, mengemukakan tip-tip penting bagi menguasai ilmu diperingkat tinggi, mengupas faktor sukses dan menjemput jiwa insan untuk mengenali ALLAH dengan lebih dekat.

Kita dilatih dari kecil untuk mencintai Baitullah dan Kaabah. Tanpa disedari, kita dipupuk untuk berkongsi satu Kaabah dengan berbilion manusia. Cinta Baitullah dan cinta Kaabah menjemput hati untuk mengagungkan Allah, melutut memohon keampunan dan kasih sayang Allah dan melerai kebuntuan ranjau duniawi. Kehebatan Kaabah memaku emosi dan mencairkan hati dengan linangan airmata tanpa henti. Maka cinta Kaabah mampu menjadi bekalan hidup yang bernilai tinggi.

Buku Bila Pintu Hati Terbuka adalah buku dedikasi khas mengajak pembaca mencintai Allah, Rasululah s.a.w, mak dan ayah, menghargai ilmu dan mencintai Kaabah. Ia menjemput pembaca menyelami beberapa perkara sebagai individu muslim. Beberapa persoalan cuba diketengahkan seperti bagaimana cinta kaabah mampu memberi motivasi tahap pertama dalam hidup insan?, Apakah sebenarnya yang kita cari dalam hidup ini? Apakah peranan Kaabah dalam pengurusan diri muslim? Adakah Ijazah kedoktoran-PhD/Masters/Ijazah diperlukan untuk hidup? Jika Ya, bagaimana untuk menjayakan misi ini?

Seruan khusus kepada:-

• Diri anda sendiri. Hadiahkan buku ini sebagai langkah sulung motivasi merangkul ijazah di tahap tinggi.
• Ayah/ibu. Hadiahkan anak-anak atau adik/abang/kakak anda sebagai panduan perjalanan menuntut ilmu
• Bos. Hadiahkan buku ini kepada pegawai bawahan anda supaya mengambil tip-tip panduan kehidupan.
• Pegawai bawahan. Hadiahkan kepada bos anda supaya menghargai nilai Tuhan dan Akhlaq dalam pengurusan diri dan manusia.
• Profesor/ Penyelia PhD/Masters/Ijazah. Hadiahkan bahan ini kepada anak buah (supervisee) agar mereka memahami perjalanan PhD/Masters/Ijazah adalah perjalanan mendekatkan diri dengan Tuhan.

Bulet Menarik:-

Ibu Peledak Motivasi- ”Terima kasih mak kerana mengizinkan saya menumpang sebentar di rahimmu yang tenang itu.”

Analogi Hajar Aswad- Hanya insan yang fokus dapat mengharungi cabaran.

Semangat Ombak- Memberi tip pengurusan semangat diri. ALLAH membicarakan mengenai langit, laut dan bumi. ALLAH menjemput hambaNYA berfikir akan kebesarannya.

Kunci Hidup- Sudahkah anda memiliki kunci hidup?

Konvokesyen Maha Agung- Perjalanan kita menuju AL_MALIK, perjalanan tanpa teman, persinggahan untuk dihisab, langkahan penuh gementar. Bukankah seronok jika di Mashyar nanti kita diberi lagi penghormatan karpet merah, jubah indah, nama pula disebut-sebut oleh para malaikat, menerima tepukan gemuruh petugas Syurga dan menerima skrol dari Maha Esa Ar Rahman Ar-Rahim? ....


Buku ini dihidang khas untuk insan yang benar-benar mahu memiliki, memahami dan menghayati bahawa perjalanan mencari ilmu adalah perjalanan mencari kebesaran Allah.

Jika anda berminat untuk menjadi antara insan terawal memperolehi buku ini terus dari saya, sila nyatakan nama, alamat, no tel dan email di ruangan "comment" entri ini. Anda juga boleh email saya di tigeridz@gmail.com.

Buku ini dijual pada harga Pasaran RM15
Mukasurat : 300

Pesanan:-
1. Pesanan terus kepada Penulis. InsyaAllah saya akan autograf di setiap buku tuan/puan. Akan dihantar melalui Pos Ekspress. Harga buku RM15 + Kos Ekspres RM6 = RM21 - Diskaun RM2 = RM19

2. Pesanan terus ke penerbit . Semak keluaran bulan Feb 2010 majalah Mingguan Wanita, MIDI, Majalah I dan isi borang yang dipaparkan.

3. Kedai buku seperti MPH dan Popular Bookstore (minggu kedua Feb 2010)

Subhanallah dan Astaghfirullahalazim , Ku pohon keampunan dariMU ALLAH...

12 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam dr Ridz,

Alhamdulillah & tahniah. Insya Allah kak nab akan dapatkan buku ini buat tatapan kami sekeluarga. mudah2an ilmu yang dikongsikan itu memberi manfaat kpd kami.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr.

Syukur pada Allah. Cantik kulit buku ni. Kak Nor akan beli buku ini InsyaAllah.
Tahniah Dr.

Kak Nor.

Naz Mohamed said...

Tahniah...cantik kulit depan & blkg, InsyaAllah secantik kandungan di dalam. Pastinya pembaca akan mendapat manafaat.

Naz Mohamed said...
This comment has been removed by the author.
Naz Mohamed said...

(sambungan)....

Saya nak buat tempahan terus dari Dr. 1 saja dulu hadiah special utk diri sendiri...bayaran melalui Maybank2u (mohon no akaun bank Dr).
Hadiah utk kenalan nanti saya beli di kedai buku.

Nanti saya emailkan detail saya.

One Malaysia said...

Salam Dr Ridz

Alhamdulillah n Tahniah. Nanti senaskah utk saya ok.

malimputih said...

Assalamualaikum,

Tahniah Dr, saya ingin memesan 2 buah buku Dr yang terbaru. Sila berikan no akaun untuk pembayaran. Jzkk

H@nn@H said...

salam Dr
saya dah wat pesanan melalui emel.

azie said...

salam

saya baru selesai membaca buku Haji Muda. pengalaman doktor sungguh mengujakan dan mengagumkan. terasa nak mengucapkan terima kasih kepada penulis buku ini. thanks..

zarifah said...

Salam Dr,

Saya nak 5 buah utk saya dan rakan2. Tandatangan penulis tu yang 'MAHAL'.....

Tlg berikan no. A/c Dr. untuk saya buat pembayaran.

zarifah said...

Salam,

Nak tambah 1 buah lagi. Total 6 buah.

Terima kasih...

ridz said...

Kepada semua pengunjung,
Terima kasih dgn sokongan serta pesanan buku. Mohon email saya alamat penghantaran, no telefon dan nyatakan jumlah naskah pesanan. Bank akaun saya akan email kepada tuan-puan minggu depan bila buku sudah berada di tangan saya.

tigeridz@gmail.com