Followers- Jalinan Ukhuwah

Monday, March 8, 2010

Ikhlas, Jom Aminkan!


Kita sering menyebut perkataan ikhlas. Kita akan marah bila orang mengata kita tidak ikhlas. Hakikatnya, sukar kita mengukur keikhlasan seseorang. Kita juga tidak mampu mengukur keikhlasan diri kita. Ianya adalah martabat yang tinggi yang kita mesti usahakan menguasainya.

Kita bimbang amalan kita yang tidak seberapa ini termasuk dalam kategori tidak ikhlas. Kadang-kadang kita bersedeqah, lepas tu kita bersungut. Atau kita memberi sesuatu, lepas tu kita mengungkit pemberian kita.
Ketika saya remaja dahulu, ada seorang Pak Aji di kampong saya melaburkan wangnya untuk sponsor siak MAsjid menunaikan Haji. Setelah tamat menjalani ibadah Haji, Pak Aji ini mengunkit-ungkit pelaburan yang telah dia lakukan. Akibatnya, silaturahim tidak bertahan lama. Mungkin akan timbul kategori tidak ikhlas di sisi ALLAH. Silaturahim hancur, pahala juga mungkin berlalu..

Imam al-Ghazali menyebut di dlm Muqaddimah kitab An-Niyyah Wal-Ikhlas..

"Dengan penghujahan iman yang nyata dan cahaya al-Quran, mereka yang mempunyai hati mengetahui bahawa kebahagiaan tidak mungkin akan tercapai kecuali dengan ilmu dan ibadah. Semua insan pasti akan binasa kecuali mereka yang berilmu. Mereka yang berilmu pula pasti akan binasa kecuali yang aktif beramal. Semua insan yang aktif beramal pula akan binasa kecuali mereka yang ikhlas."

Amal tanpa niat adalah sia-sia, niat tanpa ikhlas adalah riya'. Ikhlas tanpa kejujuran dan lemah perlaksanaan adalah merugikan.

Moga ALLAH sentiasa memelihara kita dan menerima setiap amalan kita,

"Ya ALLAH terimalah usaha dan amalan kami dan masukkanlah kami dalam golongan insan-insan yang ikhlas." Amin!

6 comments:

H@nn@H said...

amin...

rezeki said...

salam dr

amin...


ps : minggu lps saya cuba mendapatkan buku terbaru DR di JB namun belum sampai lagi

insyallah.

Anonymous said...

Salam Dr

Amin...


Kak Nor.

E_jump said...

amin...

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Amin.

Salam Dr Ridz,

Kak nab belum 'nampak' pun buku dr kat kuantan ni.sedang sabar menunggu.
Dr Ridz akan ke Makkah ke?

ainhany said...

salam dr

amin
tidak ada yg tak benar melainkan benar belaka..syukron
jgn lupa di mekah nnti doakan buat saya juga..muga jadi mukmin sejati.
amin